25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 23, 2021
Utama Gaya Hidup Rakyat Jepun mula ‘gilakan’ Milo tahun lalu kini teruja dengan pembukaan kios...

Rakyat Jepun mula ‘gilakan’ Milo tahun lalu kini teruja dengan pembukaan kios di Tokyo

Tidak perlu kita sebut pun mengenai betapa gemarnya rakyat Malaysia dengan minuman daripada Nestle iaitu Milo.

Namun ‘kecintaan’ kita terhadap Milo nampaknya tidak setara dengan apa yang dirasakan oleh rakyat Jepun.

Milo Malaysia/Instagram

Ini kerana sudah terdapat kios yang menjual minuman Milo di Tokyo, seperti apa yang dikongsikan oleh pengguna @TonanLeopard di Twitter.

@TonanLeopard/Twitter

Menurut perkongsian pengguna itu, kios Milo tersebut difahamkan terletak di stesen kereta api Machina, Tokyo.

Tahun lalu tular di laman media sosial apabila penduduk Jepun mula membeli pek Milo dengan banyak setelah merasai kelazatan minuman malt tersebut.

Milo Malaysia/Instagram

Pada bulan Disember lalu, penjualan Milo di Jepun ditangguhkan setelah kehabisan stok.

Minuman tersebut juga mengalami kenaikan permintaan sebanyak 700%!

@TonanLeopard/Twitter

Difahamkan bahawa secawan minuman Milo di kios itu berharga 200 yen (RM7.60) dan pembeli boleh menambah buah seperti kiwi, pisang atau nanas di dalam minuman.

Itu baru minuman, mungkin rakyat Jepun masih belum tahu mengenai beberapa resipi menarik menggunakan Milo. Lagi laku keraslah jika mereka tahu!

@TonanLeopard/Twitter

Walau bagaimanapun, pengguna itu turut mengatakan bahawa kios tersebut tidak akan berada tetap di stesen tersebut, hanya hingga 30 April sahaja.

Ini kerana kios itu dibuka secara sementara dan lokasinya akan berubah-berubah mengikut masa yang ditetapkan.


MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

TREN TERKINI