Sedikit berbeza dari kebiasaan, pada tahun ini kita sedikit lewat mendengar kisah ragam kanak-kanak yang pertama sekali masuk ke tadika dan ke sekolah. Tetapi, nampaknya, kisah-kisah begini tetap ada!
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang ibu, Muna Faizura, berkongsi ragam anak kembarnya di tadika yang tidur dengan nyenyak di atas lantai selepas mengadu keletihan kepada guru tadikanya.
Menurut tangkap layar perbualan antara Muna dengan guru anak kembarnya, guru tadika anaknya menceritakan bahawa anak kembar Muna pada mulanya ‘meragam’ dan menangis kerana mahukan ibu dan bapanya. Tetapi selepas dipujuk, anak Muna kembali tenang dan tidak menangis.
“Tetapi nak tidur,” tulis guru kembar itu kepada Muna sebelum memberikan gambar anak Muna yang sedang tidur nyenyak di atas lantai kelas.
Sampai begitu sekali penatnya. Comel betul!
Terkejut dengan gambar yang diberikan oleh guru tadika anak kembarnya, Muna hanya mampu memberi emoji ketawa kepada guru anaknya itu.
“Saya sangat letih. Taknak duduk di kerusi,” kata guru anak kembar Muna menceritakan alasan yang diberikan oleh anaknya.
Lucu betul gelagat anak kecil ini!
Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman yang dimuatnaik oleh Muna pada 2 Mac lalu ini telahpun meraih sehingga lebih dari 1,300 perkongsian, lebih dari 1,200 reaksi dan 381 komen dari warganet yang ternyata terhibur dengan telatah comel si kecil ini.
Memang betul, siapa sahaja yang tidak ketawa melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh guru tadika anak-anak Muna ini. Memang lucu betul!