23.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaBerita UtamaRambut 'rosak' selepas berkunjung ke salon terkenal, wanita ini akhirnya mendapatkan gaya...

Rambut ‘rosak’ selepas berkunjung ke salon terkenal, wanita ini akhirnya mendapatkan gaya yang cantik sebagai permohonan maaf pihak salon

Kata orang rambut adalah mahkota setiap wanita. Jadi, tidak hairanlah jika ramai wanita yang sangat menitikberatkan hal penjagaan rambut sehingga sanggup berbelanja banyak hanya untuk penjagaan rambut.

Namun, kadangkala salon rambut gagal memberikan perkhidmatan yang baik sehingga gaya rambut yang diinginkan tidak sama dengan apa yang dihasilkan. Itulah kejadian yang menimpa seorang wanita di Pulau Pinang apabila rambutnya ‘rosak’ selepas pergi ke sebuah salon rambut.

Facebook

Menurutnya dia telah pergi ke salon rambut Hairstory International di Georgetown pada 11 Mac lalu untuk mendapatkan gaya rambut “air bangs” seperti yang terkenal di Korea kini.

Namun sebaliknya yang berlaku apabila rambutnya dipotong oleh seorang pelatih sedangkan pada mulanya dia sudah berpesan supaya tidak membenarkan pelatih yang memotong rambutnya.

Apabila melihat pada hasilnya dia mula marah kerana ianya tidak sama dengan apa yang dia mahukan malah rambutnya juga terus dipotong pendek. Apa yang lebih teruk ialah apabila pelatih tersebut berpura-pura tahu tentang gaya rambut yang dia mahukan sedangkan dia langsung tidak tahu apa itu “air bangs.”

Pengalaman buruk tersebut telah diceritakan melalui akaun Facebook miliknya sehingga menerima pelbagai reaksi netizen. Hal ini kemudian telah membuatkan salon tersebut tampil melakukan permohonan maaf kepada wanita tersebut atas apa yang berlaku kepadanya. Pihak salon juga berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian tersebut.

Facebook

Wanita tersebut menerima permohonan maaf itu dan meminta orang ramai berhenti untuk ‘menyerang’ salon tersebut dan berdoa supaya rambutnya akan menjadi cantik semula.

Facebook

Atas permohonan maaf tersebut pihak salon telah mengotakan janji mereka untuk memperbetulkan kesalahan yang dibuat.

Mereka telah mengubah semula gaya rambut wanita tersebut menjadi lebih cantik dan ianya telah dilakukan sendiri oleh pengarah seni salon tersebut.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI