25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 13, 2025
Utama Blog Laman 374

Rutin kucing tenung makanan tuan dengan muka kasihan raih perhatian netizen. Padahal sudah cukup makan..

0

Waktu makan sememangnya merupakan saat yang dinantikan ramai antara kita, lebih-lebih lagi ketika kita lapar.

Nampaknya bukan kita sahaja yang menanti waktu makan kerana Beb, kucing comel ini mempunyai rutin harian aneh –  menatap hidangan tuannnya pada setiap hari!

Nink Nisakon/Facebook

Beberapa foto lucu kucing yang dibela oleh Nink Nisakon, wanita dari Nakhon Ratchasima, Thailand ini juga ada dimuat naik di Facebook.

Nink Nisakon/Facebook

Setiap hari sebelum makan, Nink terpaksa berhadapan dengan tabiat aneh kucingnya yang berbaka campuran Scottish Fold itu.

Nink Nisakon/Facebook
Nink Nisakon/Facebook

Sebaik sahaja Nink mahu duduk untuk menikmati makanannya, Beb akan datang, duduk di tepi dan merenung sambil buat muka kasihan.

Nink Nisakon/Facebook
Nink Nisakon/Facebook

“Nak sikit boleh? Macam sedap je tengok..”

Nink Nisakon/Facebook
Nink Nisakon/Facebook

Gaya renungannya itu nampak seperti mahu makan bersama. Adakah bau makanan itu memikat seleranya?

Nink Nisakon/Facebook
Nink Nisakon/Facebook
Nink Nisakon/Facebook

Nampak macam kebulur betul namun sebenarnya Nink cukup memberinya makanan dan juga kasih sayang sebenarnya.

Nink Nisakon/Facebook

Reaksi Beb sangat menghiburkan. Mungkin Beb tidak mahu makan makanan tuannya namun hanya mahu ‘memeriksa’ kerana kucing punyai rasa ingin tahu yang tinggi!

Paling mudah hendak buat, sediakan bekal anak ke sekolah atau juadah sarapan dengan resipi Sandwic Telur

0

Bila bercakap pasal menu sarapan atau penyediaan bekal untuk anak-anak ke sekolah dengan resipi berasaskan roti, ia menjadi menu yang paling mudah semudah memetik jari.

Makan apa juga jenis roti sudah pasti mengenyangkan dan mudah didapati, disamping membekalkan khasiat yang mencukupi untuk anak kekal bertenaga. 

Dan menu yang paling mudah berasas roti adalah sandwic telur!

Facebook

Ikuti resipi roti telur, Sandwic Telur Paling Viral seperti di bawah hasil perkongsian Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

Bahan-bahan ( hidangan untuk 1-2 orang) :

  • 3 biji telur rebus
  • 1 sudu besar mayonis
  • ½ sudu kecil mustard
  • 1 cubit lada hitam atau lada sulah
  • 1 keping keju
  • 2 keping roti
  • 1 cubit garam
  • 2 cubit gula
  • Mentega atau marjerin.
Facebook

Cara-cara penyediaan:

1. Mula hancurkan telur rebus dengan penapis. Lagi halus lagi bagus. Buat dengan putih telur dulu.

Facebook

2. Tekan telur sampai hancur dan melepasi penapis macam ini. Kalau gunakan “food processor” pun boleh. Dia akan lumat jadi pes.

Facebook

3.Kalau pakai penapis, dia jadi macam ini. Kasar-kasar sikit. Ikut suka macam mana.

Facebook

4.Lepas putih telur sudah siap, buat pula telur kuning. Boleh juga kalau hendak buat sekali sebiji telur, tiada masalah.

Facebook

5.Ini hasil telur yang telah “ditapis”.

Facebook

6.Kemudian, masukkan mayonis, mustard, garam, gula dan lada hitam atau lada sulah. Mayonis jangan banyak sangat, nanti basah. Gaul rata, dan ketepikan.

Facebook

7.Sapukan mentega atau marjerin pada roti.

Facebook

8.Letak telur yang disediakan tadi, dan padatkan. Tadi pesan jangan letak mayonis banyak sangat, kan? Kalau banyak sangat, dia tidak boleh padat macam ini.

Facebook

9.Letak kepingan keju atasnya. Hendak tabur keju yang telah di sagat pun boleh.

Facebook

10.Sandwich Telur siap! Potong kulit tepi. Kemudian potong sandwic menjadi kiub-kiub kecil. Mudah anak hendak makan. Kalau orang dewasa, sekali ngap je kiub tu.

Facebook
Facebook

Selamat mencuba!

Gagal ikuti SOP yang ditetapkan, kompaun RM10,000 dikenakan

0

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan bahawa kompaun sebanyak RM 10,000 telah dikeluarkan kepada individu yang gagal mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengekang wabak COVID-19.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, berkata tindakan kompaun itu dikenakan dalam pemeriksaan pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai makan di Bukit Jalil pada 11 Mac lalu.

Harian Metro

Kompaun yang dikeluarkan adalah seperti mana yang diperuntukkan mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, mana-mana individu yang melanggar SOP yang ditetapkan boleh dikompaun sebanyak RM10,000.

Menurut kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, individu yang dikompaun kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh dikenakan kompaun RM10,000.

Katanya, langkah itu berikutan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai 12.01 tengah malam dua hari lalu.

Menurut beliau lagi, nilai kompaun kerana melanggar SOP ditetapkan sehingga RM10,000 namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) untuk menetapkan nilai sebenar kompaun yang dikenakan.

Selain itu, jika pesalah merasakan jika kompaun yang dikeluarkan pihak polis adalah salah maka mereka boleh mengajukan aduan dalam tempoh 14 hari selepas kompaun dikeluarkan.

Dalam masa yang sama pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap aduan tersebut. Jumlah kompaun juga boleh dikurangkan atau dibatalkan jika terdapat kesalahan.

Simpan tong gas bawah kabinet dapur bertutup mungkin boleh meletup jika bocor, berhati-hati dengan patuhi panduan keselamatan yang disyorkan

0

Gas LPG merupakan jenis gas popular yang digunakan oleh lebih 80 peratus rakyat Malaysia ketika memasak. Tapi, ramai yang tidak tahu cara penyimpanan yang tidak betul sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada pengguna. 

Kerana penyimpanan tong gas di tempat yang bertutup akan memudahkan tong gas tersebut berkemungkinan untuk meletup kerana malang tidak berbau!

Tong gas boleh meletup jika disimpan dalam kabinet dapur.

Menurut Pengurus Jualan Kawasan Wilayah LPG Petronas Khalil Fairy Baharim kepada Harian Metro, sifat asas gas LPG iaitu butane dan propane, adalah tidak berbau, tidak berwarna serta lebih berat daripada udara dan ringan berbanding air.

Oleh itu katanya, sejenis bahan kimia khas yang bertindak balas secara positif dengan komponen LPG dimasukkan yang menyebabkan apabila berlaku kebocoran gas, ia akan mengeluarkan bau pelik atau busuk agar kebocoran gas akan mudah dikesan.

“Di rumah, kebanyakannya menggunakan hos gas plastik lut sinar yang mudah didapati namun ia tidak disyorkan kerana hos jenis itu akan mengeras dan patah jika digunakan agak lama. Malah ia akan mengembang dan longgar jika terdedah kepada keadaan panas, selain mudah terbakar, yang bukan untuk diguna pakai bagi memasak menggunakan gas LPG,” katanya.

“Sebaliknya disyorkan menggunakan hos getah yang mempunyai ketahanan tinggi yang biasanya diperbuat daripada getah lebih tebal dan berwarna hitam. Pastikan ia mempunyai tanda pengesahan SIRIM,” tambahnya.

Panduan keselamatan di dapur yang disyorkan Petronas:

1.Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.

2.Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.

3.Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna terdapat kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.

4.Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna terdapat kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.

5.Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.

6.Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan dapur ketika sedang memasak.

7.Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.

Apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan:

1.Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan menegak dengan injapnya ke atas. Jangan baringkan tong gas anda.

2.Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.

3.Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.

4.Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.

5.Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.

6.Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangka masa panjang, mati dan tarik keluar kepala gas.

7.Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.

8.Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.

Cara mengesan kebocoran gas:

1.Jika anda terhidu bau gas bermakna terdapat kebocoran gas.

2.Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.

3.Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.

4.Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan alat atur gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika terdapat gelembung buih sabun pada keseluruhan saluran gas tersebut.

Sentiasa berhati-hati dan utamakan keselamatan.

Petua hendak hilangkan kesan hangus atas seterika dengan hanya guna Panadol, dijamin kembali berseri

0

Seterika anda di rumah kalau sudah digunakan bertahun-tahun pasti akan mempunyai kesan hangus. 

Menjadikan proses menggosok baju kadangkala terganggu. Asyik tersekat lalu kain baju akan terdapat kesan kuning dan ketul-ketul hitam kecil akibat bekas hangus.

Maka, ada yang malas hendak fikir macam mana boleh hilangkannya, anda beli sahaja yang baru. Seterika bukannya mahal pun.

Apa kata anda tidak perlu susah-susah beli seterika baru, tetapi cuba ‘life hacks’ ini dengan guna panadol soluble dan hasilnya gerenti memuaskan hati dan anda tidak pening lagi.

Facebook

Ikuti petua hilangkan hangus seterika guna Panadol Soluble hasil perkongsian Achai Wong di Facebook.

Cara-cara:

1. Pastikan seterika baju dalam suhu yang panas dan panadol dibasahkan terlebih dahulu sebelum digosok pada permukaan seterika.

Facebook

2. Gosok pada permukaan seterika sehingga berbuih dan kemudian lap dengan kain bersih sehingga bersih.

Facebook
Facebook

3. Tengoklah kesan hangus pada seterika sudah hilang! Wow! Nampak macam baru..

Facebook

Boleh cuba petua ini untuk hilangkan hangus berkarat dekat seterika yang lain-lain itu juga.

Tukar seterika jadi berkilat dan kembali berseri. Janji anda rajin semua jadi.

Pilihan Editor:

Bilik sewa jauh lebih mahal, gadis ini menginap hotel sepanjang tempoh latihan industri

0

Siapa sangka kos tinggal di hotel untuk tempoh enam bulan jauh lebih murah daripada kos menetap di rumah sewa?

Rasa macam tidak masuk akal bukan? Baru-baru ini, seorang pelajar di Johor Bahru tular setelah berkongsi pengalamannya tinggal di hotel sepanjang tempoh latihan industri.

Paparan Skrin/TikTok

Gadis tersebut berkongsi kisahnya menerusi akaun TikTok miliknya dengan kapsyen, “Ye 6 bulan sewa hotel”.

Paparan Skrin/TikTok

Difahamkan bahawa Nurfateha Balqis menetap selama enam bulan di Tune Hotel, Danga Bay dan menariknya, dia turut berkongsi bahawa langkahnya itu jauh lebih menjimatkan.

“Saya tidak mempunyai pengangkutan sendiri untuk ke pejabat. Saya ada tahu beberapa bilik untuk disewakan sekitar Johor Bahru namun setelah mengira kos, saya rasa ia lebih mahal”.

Paparan Skrin/TikTok

Malah Nurfateha juga perlu menggunakan khidmat Grab untuk ke pejabat.

“Semasa saya melalui pejabat, saya ternampak hotel. Saya segera bertanya jika mereka terima tempoh penginapan yang lama”. Lebih kurang 4 buah hotel ditanya gadis itu dan bapanya.

“Kos kebanyakan hotel mencecah ribuan Ringgit. Kemudian, saya bertanya hotel ini dan nampaknya kos penginapan di sana agak murah”.

Paparan Skrin/TikTok

Turut dikongsi gadis itu, kelebihan menginap di hotel adalah dia tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar bil utiliti.

Malah, lokasi hotel yang berdekatan dengan pejabatnya juga membolehkan dia berjalan kaki sahaja setiap hari. Jimat kos pengangkutan.

Paparan Skrin/TikTok

Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa agaknya kos untuk sehari menginap di hotel tersebut bukan? Jawapannya adalah hanya RM17.72 sehari!

Ini bermakna dia hanya perlu membayar RM550 sahaja untuk sebulan untuk bilik yang selesa dengan televisyen, pemanas air, WiFi dan juga khidmat mengemas.

Paparan Skrin/TikTok

Murah bukan untuk bilik sebegini?

Seorang wanita berjaya diselamatkan sepasukan bomba yang menahannya dalam cubaan terjun dari jejambat di Kuala Lumpur

0

Sepasukan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita yang cuba membunuh diri di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur pada 11 Mac.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.57 pagi, wanita berusia 39 tahun itu dilihat berdiri di atas bumbung sebuah jejambat di stesen monorel, pada ketinggian 9.1 meter.

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook

Komander Kanan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPM) Wan Hamizan Kamaruddin berkata wanita itu, seorang warga tempatan, juga memegang sebilah pisau dan meletakkannya di leher bagi mengelakkan pasukan penyelamat daripada mendekatinya, lapor Sinar Harian.

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook

“Hasil tindakan pantas anggota bomba, mereka telah berjaya menyelamatkan mangsa pada jam 9.28 pagi dengan selamat,” katanya.

Beliau menambah mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook

Pusat Operasi Kuala Lumpur juga telah memaklumkan bahawa sejumlah 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu telah terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan.

Remaja lelaki lemas ke dasar kolam renang selepas bermain ‘pusing sampai pening’ bersama rakan-rakan

0

Bergurau tanpa batasan tentang apa yang dianggap hanya untuk berseronok, tetapi akhirnya mengundang padah apabila sekumpulan remaja tidak menyedari bahawa mereka sedang melakukan perkara yang amat berbahaya.

Sebuah rakaman video CCTV menjadi tular di media sosial Filipina baru-baru ini yang menunjukkan sekumpulan remaja lelaki sedang berseronok dengan ‘permainan pusing sampai pening’ di tepi kolam. 

Facebook

Kumpulan remaja itu begitu seronok memutar salah seorang rakan mereka dalam satu bulatan sehingga dia menjadi pening dan kemudian menolaknya ke dalam kolam untuk melihat sama ada dia masih kuat dapat berenang atau mengaku kalah akibat terlalu pening.

Davao 7tv menerusi laman Facebook mereka telah memuat naik rakaman CCTV yang menunjukkan bagaimana sekumpulan remaja ini sedang rancak bermain permainan yang berbahaya itu di tepi kolam renang yang seperti berada di taman tema air.

Mereka menulis, “Seorang remaja lelaki lemas di kolam renang. Bagi mereka yang mandi-manda di laut atau kolam renang, jangan terlalu berseronok bermain air yang mampu mengundang maut.”

Facebook

Video tersebut menunjukkan empat orang remaja lelaki dapat dilihat memusingkan salah seorang rakan mereka sehingga dia menjadi pening dan kemudian menolaknya ke dalam kolam renang.

Remaja lelaki itu kemudian dapat dilihat sedang terkapai-kapai seperti sedang lemas sementara rakan-rakannya yang lain melihat ke dalam air sambil ketawa, sebelum tidak lama kemudian mereka terjun ke dalam kolam itu untuk membantunya, tetapi dia telah hilang di dasar kolam dan tidak muncul di permukaan.

Facebook

PhilNews melaporkan, remaja-remaja ini kemudian seakan panik dan mula mencari rakan mereka pada waktu yang agak lama sebelum mereka memanggil pengawal penyelamat untuk memberikan bantuan. 

Facebook

Tidak lama kemudian, pengawal penyelamat menemui mangsa yang telah tenggelam di dasar kolam lalu dengan segera menariknya untuk memberikan bantuan kecemasan dan CPR kepada remaja itu yang telah tidak sedarkan diri ketika dibawa keluar dari kolam.

Facebook

Tidak dapat dipastikan keadaan terkini remaja itu tetapi dia telah dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri, semuanya akibat sekadar ingin berseronok dengan permainan yang mengundang insiden mengancam nyawa.

Diharapkan remaja lelaki berkenaan selamat dan orang awam sepatutnya lebih peka akan bahaya bermain permainan seperti ini di lokasi yang tidak sepatutnya.

Orang Malaysia makan nasi lauk ayam hari-hari, ‘Pak Guard’ Nepal ini hanya mampu makan nasi air berlauk bawang putih bawang merah, undang sebak di hati

0

Ketika kita makan nasi berlauk-pauk pelbagai hidangan hari-hari sampai kadangkala merungut tidak tahu hendak makan apa atau masak apa hari ini, barangkali apabila melihat gambar ini, hati boleh tiba-tiba menjadi sebak.

Seorang pengguna Facebook, Apit Lid baru-baru ini telah berkongsi dua gambar menyentuh hati yang menunjukkan realiti kehidupan sesetengah orang, bagaimana seorang pengawal keselamatan warga Nepal hanya mampu mengalas perut daripada tidak berlapar dengan bekalan nasi air kosong dan berlauk bawang.

Facebook

Gambar sedih itu menunjukkan pengawal keselamatan ini sedang menjamah nasi putih yang dituang air kosong sebagai kuah dan lauknya adalah tiga ulas bawang putih dan sebelah bawang besar.

Apit Lid dalam posting bersama gambar itu, “Manusia contoh, kerja rajin. Gaji sama banyak je dengan orang lain. Tapi kenapa dia makan nasi putih + kuah air masak + bawang besar + bawang putih???”

“Sebab dia sayang keluarga dia dekat kampung. Sebulan belanja makan dia tidak lebih RM100 dia cakap. Baki gaji semua dia hantar ke kampung. Saya kalau ada rezeki lebih kadang-kadang belanja dia makan. Semoga dipermudahkan segala urusannya…” tulis Apit Lid.

Tambah Apit Lid, dia kagum melihat kesungguhan pengawal keselamatan berkenaan ketika bekerja yang sanggup makan nasi dengan bahan masakan mentah yang dikatanya ‘lauk’, yang mana rata-rata orang kita di Malaysia sudah pasti tidak boleh telan melainkan sudah dimasak.

Facebook

Begitu getir kehidupan mereka berusaha mencari rezeki di negara kita sambil melakukan pengorbanan besar demi membahagiakan keluarga tercinta di negara asal. 

Membuat kita berasa insaf dan bersyukur sebagai rakyat Malaysia, kerana walaupun kita kata diri tengah susah, tidak dapat makan nasi berlauk ayam atau ikan, makan dengan telur goreng dituang kicap pun masih ada orang akan menghulur.

Hilang 7 hari, pesakit warga emas dijumpai maut di Hospital Selayang

0

Mayat seorang pesakit Orang Asli yang dilaporkan hilang ketika menerima rawatan di Hospital Selayang sejak 1 Mac lalu, telah dijumpai.

L Angah, lelaki berusia 79 tahun yang hilang pada 3 Mac lalu ditemui tersangkut pada paip tingkat 6 di hospital tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, mayatnya dijumpai oleh seorang juruteknik yang menerima aduan bau busuk oleh kakitangan hospital.

Dia kemudian memeriksa bilik itu dan mendapati ada tangan terkulai. Sebaik sahaja naik ke tingkat 6, mayat lelaki berkenaan ditemui di deretan paip.

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat telah dikejarkan bagi membantu mengeluarkan mayat warga emas itu yang tersepit di celah paip tersebut.

“Punca kematian masih dalam siasatan dan kita tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh daripada tingkat atas dan tersangkut di celah paip tempat kejadian”, katanya.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Selayang untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.