27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaGaya Hidup'Mak' yang menjual pakaian terpakai menangis terima ramai penonton siaran langsung, kisah...

‘Mak’ yang menjual pakaian terpakai menangis terima ramai penonton siaran langsung, kisah belian borong pada pukul 3 pagi buat orang ramai sebak

Baru-baru ini, seorang penjual pakaian terpakai melalui laman sosial Facebook mendapat perhatian ramai setelah dia yang lebih mesra disapa sebagai “Mak” secara tiba-tiba menangis terharu kerana menerima ramai penonton dalam siaran langsung yang dilakukan.

Menurut perkongsian Norazman Md Nor, pada ketika itu, Mak sedang menjual pakaian terpakai dengan harga satu ringgit sehelai apabila secara tiba-tiba bilangan penontonnya meningkat dengan mendadak.

Rosidah Ahmad/Facebook

Kata Mak, sebelum ini, penonton yang menyaksikan siaran langsungnya hanya dalam bilangan tiga ke lima orang sahaja, dan ini adalah kali pertama siaran langsungnya ditonton oleh sehingga 179 orang.

“Menangis dia, dia terduduk, teresak-esak menangis, dia cakap dia tidak mahu menjual, dia seronok tengok dan baca komen… Satu-satu nama dia tengok dan sebut dalam siaran langsungnya,” tulis Norazman.

Selepas itu, sesuatu yang lebih mengharukan telah terjadi. Menurut Norazman, terdapat dua orang penonton Mak yang mahu ‘membeli’ sebanyak 100 helai dan 50 helai pakaian terpakai yang dijual oleh Mak. Tetapi, mereka berdua hanya mahu membayar wang sahaja, dan meminta Mak untuk menjual semula pakaian tersebut tanpa mengambil sehelai pakaian yang dibeli pun.

Rosidah Ahmad/Facebook

Bimbang dengan penonton lain yang mungkin tidak berpeluang untuk membeli pakaian yang dijual, Mak diburu rasa bersalah. Tetapi, orang ramai yang menonton siaran langsung itu dengan segera memastikan Mak untuk tidak berasa risau.

“Orang ramai cakap (Mak) patut ambil (pesanan itu). Habiskan pakaian terpakai itu. Mak rehat awal pada malam ini,” kongsi Norazman menceritakan kejadian yang berlaku pada malam yang sudah menjelang pukul tiga pagi itu.

Mak bagaimanapun menolak untuk menjual semula pakaian terpakai yang sama seperti yang dicadangkan oleh dua orang pembelinya tadi. Tidak elok begitu, katanya.

Akhirnya, Mak memutuskan untuk sedekahkan pakaian-pakaian itu kepada orang-orang yang memerlukan.

“Mengalir pahala tidak putus-putus,” tambah Norazman.

Rosidah Ahmad/Facebook

Lebih tambah sayu, penonton yang ‘memborong’ pakaian terpakai daripada Mak itu tadi hanya meminta orang ramai untuk mendoakan mereka untuk dikurniakan zuriat sendiri.

Selain kisah itu, Norazman turut berkongsi bahawa terdapat pengguna Facebook yang telah melawat laman Facebook Mak dan mendapat tahu bahawa Mak juga turut meniaga nasi lemak. Oleh itu, pengguna tersebut telah memberi sebanyak RM1,000 kepada Mak untuk menyiapkan nasi lemak sehingga mencapai nilai tersebut dan sedekahkan makanan tersebut.

Memang sayu betul mendengar kisah yang dikongsikan oleh Norazman ini. Walaupun nampak ringkas, tetapi kisah ini menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang prihatin sesama sendiri dan tidak keberatan untuk membantu insan-insan yang memerlukan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI