30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
UtamaGaya HidupJutawan hartanah belanja kira-kira 400 orang penduduk Besut naik helikopter

Jutawan hartanah belanja kira-kira 400 orang penduduk Besut naik helikopter

Kami pasti, ramai antara kita yang masih belum pernah merasai pengalaman menaiki helikopter, walaupun untuk masa yang singkat.

Seorang jutawan hartanah yang bermula sebagai pengutip sampah dari Besut, Terengganu, Muhammad Azlan Abdullah @ Ali, bagaimanapun berbesar hati untuk mempelawa kira-kira 400 orang penduduk di kampungnya untuk menaiki helikopter secara percuma.

Muhammad Azlan Al-Amin/Facebook

Menurut perkongsian Utusan Malaysia, idea untuk memberi pengalaman baharu buat penduduk di kampungnya itu muncul kerana Muhammad Azlan mahu berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat terutamanya anak-anak yatim dan orang-orang yang kurang berkemampuan.

Muhammad Azlan Al-Amin/Facebook

“Keluarga saya adalah antara orang paling miskin di Besut lebih 20 tahun lalu. Jadi apabila saya ada kemampuan, saya terfikir untuk menghadiahkan sesuatu kepada penduduk kampung terutama anak muda dalam bentuk inspirasi dan motivasi,” kongsi Muhammad Azlan kepada Utusan Malaysia.

Helikopter milik Muhammad Azlan yang berwarna merah yang bersaiz sederhana besar itu mampu memuatkan sehingga tujuh orang penumpang dalam satu-satu masa dan selama enam hari, kira-kira 100 orang penduduk setiap hari dapat merasai pengalaman dibawa terbang di sekitar daerah Besut menaiki helikopter tersebut dalam tempoh antara lima ke 10 minit.

Muhammad Azlan Al-Amin/Facebook

Muhammad Azlan yang merupakan pemilik Syarikat Azlan Al-Amin Properties Sdn. Bhd. itu berkata bahawa dia berasa bahagia apabila dia mampu melihat masyarakat di sekelilingnya itu bahagia.

“Memandangkan helikopter adalah kenderaan yang lazim digunakan untuk urusan kerja dan peribadi, jadi saya kongsikan pengalaman ini dengan masyarakat. Tidak sangka ada yang menangis kegembiraan dengan peluang diberikan sekali gus membuatkan hati saya bahagia apabila melihat mereka bahagia,” katanya.

Muhammad Azlan sebelum ini pernah mendapat perhatian ramai setelah kisah hidupnya yang berjaya dari seorang pengutip sampah menjadi jutawan hartanah cetus inspirasi buat orang ramai. Kisah hidupnya itu kemudiannya telah dibukukan dalam “Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan.”

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI