Seorang wanita berusia 52 tahun didapati telah melanggar dua buah motosikal sebelum melarikan diri ke Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa.
Semasa kejadian pada jam 12:41 pagi 16 Mac lalu, wanita tersebut difahamkan memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar motosikal jenis Harley-Davidson dan Yamaha Avantis sehingga rosak.
Video insiden tersebut walau bagaimanapun telah pun tular di laman media sosial dan hangat diperkatakan warga maya.
Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat berada di bawah pengaruh alkohol ketika bercakap dengan kedua-dua penunggang motosikal itu setelah pelanggaran berlaku.
Ketika ditanya sama ada dia ada meminum alkohol, wanita tersebut mengaku dengan berkata, “(Ada) minum sikit”.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kedua-dua penunggang motosikal ada meminta wanita itu untuk melaporkan kejadian ke pihak polis.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, aktiviti perniagaan sebegitu merupakan satu kesalahan kerana membahayakan penjual dan juga pengguna jalan raya yang lain.
“Menerusi Ops Kesedaran, Polis Johor telah mengenal pasti sebanyak 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di lampu isyarat seluruh Johor”.
Tambahnya, undang-undang memperuntukkan bukan sahaja penjual bahkan pembeli juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.
Dalam mencari rezeki mahupun membantu para peniaga, kita seharusnya mengutamakan keselamatan terlebih dahulu.
Usah risikokan keselamatan diri masing-masing. Moga para penjual di lampu isyarat ini mendapat kaedah penjualan alternatif lain yang jauh lebih selamat.
SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun 11 bulan meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta yang berkunci di sebuah tadika di Taman Ria, di sini, semalam.
Mangsa berkenaan yang diambil pada setiap pagi di rumahnya oleh pengetua tadika berkenaan dilaporkan terperangkap dalam kereta yang diletakkan di bahu jalan dengan keadaan kereta yang berkunci dan tanpa ruang pengudaraan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, mangsa dipercayai ditinggalkan di dalam kereta itu dari jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari.
“Kejadian itu hanya disedari pada jam 12.15 tengah hari ketika pengetua mahu menghantar semula mangsa ke rumah, namun mendapati mangsa tiada di dalam kelas.
“Guru kelas memberitahu pengetua yang mangsa tidak hadir ke sekolah menyebabkan wanita itu terus menuju ke kereta miliknya yang diletakkan di tepi jalan dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri,” kata Adzli.
Tambahnya lagi, pengetua terbabit dengan segera menghubungi ambulans dan turut melakukan bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa, tetapi mangsa masih tidak sedarkan diri.
Mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dengan ambulans dan selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Menurut Adzli, siasatan awal mendapati bahawa pengetua tadika yang berusia 49 tahun itu telah mengambil mangsa di rumahnya di Taman Ria pada jam 7.45 pagi dan pada waktu itu, mangsa berada dalam keadaan yang sihat dan berada di tempat duduk belakang bahagian kiri.
“Sebelum itu, pengetua terbabit juga turut mengambil seorang pelajar lain yang berusia lima tahun dan diletakkan di tempat penumpang hadapan.
“Namun sebaik tiba di hadapan tadika, seorang guru kemudian mengambil pelajar yang berada di bahagian penumpang hadapan dan terus masuk ke dalam tadika, manakala pengetua itu pula terus parkir keretanya di tepi luar tadika dan mematikan enjin keretanya,” katanya.
Dalam kenyataan yang sama, Adzli turut memaklumkan bahawa mangsa telah dihantar ke tadika berkenaan untuk dijaga oleh pengasuh sejak hampir setahun yang lalu.
“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pengetua tadika iaitu wanita berusia 49 tahun itu akan mengambil mangsa dari rumah ibu bapanya ke tadika pada hari Ahad hingga Khamis.
“Namun, selepas PKP, hanya pada hari Selasa dan Rabu (sahaja) pengetua wanita itu akan mengambil dan menghantar mangsa, manakala hari lain mangsa dihantar sendiri oleh ibunya,” tambahnya.
Pihak polis seterusnya telah menahan pengetua wanita berkenaan untuk membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Menjadi tradisi dalam perkahwinan orang Melayu sejak berzaman, apabila kebanyakan duit hantaran perkahwinan akan digubah menjadi bunga, yang akan sama ada digulung atau dilipat.
Namun, duit kertas zaman dulu tidak sama dengan duit kertas zaman kini, tambah lagi yang telah beralih kepada wang kertas polimer. Maka akan rosak wang kertas berkenaan apabila dibuat sebagai bunga duit hantaran.
Trend terkini ramai yang membuat jambangan bunga duit menggunakan wang kertas RM50 atau RM100 sebagai duit hantaran, juga sebagai hadiah hari jadi atau ulang tahun perkahwinan dan sebagainya. Yang semuanya menurut kreativiti penggubah jambangan bunga duit itu sendiri.
Cantik memang cantik tetapi tahukah anda akan ada orang yang menerima duit itu, selepas tangan atas tangan dengan rasa mengeluh dan tidak berpuas hati, sehingga ada yang berkata duit dengan tinggalan kesan lipatan dan gulung yang banyak tidak diterima di pasaran.
Seorang pengguna Facebook menyatakan keluhan dan menasihati pelanggannya apabila menerima duit kertas yang telah dileraikan daripada jambangan bunga duit hantaran perkahwinan.
As Abu Bakar menerusi satu posting di Facebook bersama gambar wang kertas RM50 ‘mutilated’ yang dimuat naik:
“Sekadar perkongsian untuk yang suka buat duit hantaran. Kalau boleh penggubah bunga di luar sana janganlah buat macam ini sebab kedai tak nak terima. Akhirnya kami banker yang kena hadap.”
“Ini dipanggil mutilated atau dicacatkan. Benda cacat macam ni bukan semua orang boleh terima, lagi-lagi kalau duit.”
“Untuk penggubah bunga kalau hendak letak duit jangan sampai ada lipatan kekal. Harap maklum. Lebih-lebih lagi sekarang ini trend ‘money bouquet’.”
Sambil As Abu Bakar menasihatkan pasangan pengantin boleh membuat pilihan pindah terus duit hantaran dalam akaun bank, dan gubah slip atau resit ‘bank in’ mengikut kreativiti masing-masing, untuk menyelesaikan masalah dan memudahkan cerita.
Antaranya ada yang mencadangkan duit yang hendak diserahkan kepada bank itu boleh diseterika untuk membuatnya terus diterima di pasaran seperti peniaga di kedai atau memudahkan kerja ‘banker’ yang mungkin akan bising kerja menjadi kurang mudah seperti dikata As, selepas menerima duit yang macam ini untuk dikira.
Sambil beberapa netizen memberi idea dan pilihan untuk menukar jambangan bunga duit hantaran yang biasa tanpa perlu dilipat menurut kreativiti masing-masing seperti di bawah:
Oleh itu, kucing tersebut bertindak membawa anaknya yang comel sebagai tanda terima kasih dan ia ternyata memberi kejutan istimewa buat wanita itu.
Wanita itu kemudian menyediakan kotak khas buat mereka. Tetapi, ibu kucing itu tidak lama di situ. Ibu kucing itu kemudian difahamkan menghilangkan diri dan membiarkan sahaja anaknya.
Nampaknya ibu kucing hanya mahu anaknya itu diberikan tempat yang selesa oleh wanita itu. Ibu kucing tentunya tahu bahawa anaknya akan baik sahaja di bawah jagaan insan yang penyayang.
Rupa-rupanya kucing nakal tersebut bersembunyi di sebalik langsir manakala tuannya pula terlalu bimbang hingga segera menampal notis secara terburu-buru.
Bertuah betul kucing itu ya! Sebaiknya jika anda gagal menemui kucing anda yang sedang bersembunyi, cuba anda ‘memancingnya’ dengan membuka makanan kegemarannya.
Mungkin kucing anda akan bau makanan kegemaran mereka lantas keluar daripada tempat persembunyian.
Ibu semestinya mendapat tempat yang paling istimewa dalam hati setiap anak. Maka tipulah jika kita tidak mahu membahagiakan mereka.
Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menggembirakan mereka. Salah satunya seperti kisah seorang remaja lelaki yang tular baru-baru ini.
Menurut sumber, remaja tersebut difahamkan baru sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah mengunjungi sebuah kedai emas di Shah Alam.
Melihat kepada dompet remaja itu yang kosong setelah mengeluarkan wang RM500, pemilik kedai itu kemudian mencadangkan agar remaja itu membeli cincin berharga RM300 sahaja.
“Masih ada sedikit baki duit untuk adik guna”, cadang wanita terbabit. Namun ia ditolak oleh remaja tersebut kerana dia mahu membeli sebentuk cincin yang elok dan istimewa.
“Saya nak guna semua duit ini untuk beli cincin mak. Saya nak gembirakan mak”, jawabnya lagi.
Keikhlasan yang ditunjukkan oleh remaja terbabit terhadap ibunya membuatkan pemilik kedai tersentuh dan berasa sebak hingga mengalirkan air mata.
Akhirnya cincin daun keladi dicadangkan pada remaja itu dengan harga yang ‘lebih kurang’ sahaja dan remaja itu pulang dengan senyuman yang lebar.
Apa sahaja akan dilakukan oleh si anak yang begitu menyayangi ibunya bukan? Semoga kita semua sempat berbakti kepada ibu masing-masing.
Dek kerana terlalu bimbang anak-anak akan ketinggalan dalam pelajaran, ibu bapa dari Singapura difahamkan telah mendapatkan khidmat tutor untuk kembar mereka yang hanya berusia 13 bulan!
Kisah itu mula mendapat perhatian setelah satu iklan dimuat naik di Telegram, yang memberitahu bahawa tutor diperlukan untuk bayi kembar berusia 13 bulan.
Menurut sumber, ibu bapa tersebut mahu tutor terbabit mengajar bahasa Inggeris dan Cina kepada bayi kembar setahun mereka itu.
Sebanyak 3 kali kelas selama sejam dalam tempoh seminggu dan pengajar boleh memilih waktu mengajar antara jam 3 hingga 5 petang.
Difahamkan bahawa ibu bapa tersebut pula sanggup membayar $60-70 (RM183-241) untuk setiap tempoh sejam pengajaran untuk guru tadika.
Manakala untuk tutor sepenuh masa mahupun pelajar lepasan ijazah pula akan diberi upah sebanyak $50-55 (RM153-168) sejam.
Sungguhpun begitu, mereka turut menetapkan bahawa pengajar itu perlu mempunyai pengalaman yang relevan dalam mengajar bayi berusia 13 bulan.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Prasekolah, Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Cina Singapura, Dr Cheng Wanni berkata, kanak-kanak semuda itu tidak sesuai untuk terlibat dalam sesi pembelajaran.
Ini kerana tahap perkembangan fizikal mereka masih lagi berkembang dan mereka tidak boleh menerima maklumat.
Tambah pakar yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak itu, dengan usia yang masih lagi kecil, kanak-kanak tersebut baru sahaja belajar berjalan.
Malah mereka masih tidak memahami bahasa yang digunakan oleh orang dewasa. Ibu bapa itu menurutnya hanya membazir masa dan wang sahaja.
Pada tahap sebegini, beliau berkata kanak-kanak seharusnya perlu meluangkan banyak masa dengan berinteraksi dengan ibu bapa mereka.
Meletakkan kanak-kanak dalam persekitaran pembelajaran terlalu awal menurutnya akan memberi kesan buruk dan menyebabkan mereka benci membaca apabila mereka besar kelak.
Bagi mereka yang sememangnya mempunyai bakat kreativiti pasti suka mereka dan mencipta sesuatu yang baru dan menarik.
Idea mereka kadangkala di luar kotak pemikiran kita kerana hasil daripada idea mereka biasanya sangat luar biasa.
Misalnya kabinet kayu yang dihasilkan oleh seorang tukang kayu ini. Lihat sahaja pada bentuknya ramai pasti setuju bahawa gaya ciptaannya adalah sesuatu yang cukup unik dan lain daripada yang lain. Mana tidaknya, ramai yang melihat kabinet ini seolah-olah ia adalah kabinet seperti di dalam animasi ‘Disney’!
Kabinet unik ini telah dihasilkan oleh seorang pesara tukang kayu, Henk Verhoeff yang menetap di New Zealand. Dengan pengalaman yang dimiliki selama 53 tahun beliau telah menghasilkan pelbagai jenis perabot.
Mungkin pada mulanya ramai yang tidak faham apa yang cuba dilakukan Verhoeff. Kerana kabinet yang dihasilkan nampak seperti rosak atau cacat. Bentuknya juga tidak sama seperti kabinet biasa. Namun, hakikatnya kesemua itu adalah idea unik yang berjaya dihasilkan.
Verhoeff sebenarnya telah melakar dan merancang untuk menghasilkan kabinet-kabinet tersebut secara sangat teliti. Pada mulanya dia hanya menghasilkan kabinet tersebut secara suka-suka untuk mengisi masa lapangnya.
Namun dia memutuskan untuk terus menghasilkan kabinet selepas itu kerana anak perempuannya memberitahu bahawa ideanya adalah sesuatu yang sangat menakjubkan.
Verhoeff juga mengakui bahawa dia tidak menyangka bahawa ramai orang suka dengan hasil tangannya itu. Menurut Verhoeff lagi dia memerlukan kira-kira 80-100 jam untuk menghasilkan sebuah kabinet.
Ramai yang mula bertanya jika Verhoeff mahu menjualnya tetapi menurutnya dia tidak mempunyai rancangan untuk menjualnya.
Dia hanya mencipta almari tersebut hanya untuk kegunaan di rumah sahaja tetapi jika ada yang memang benar-benar mahukannya mungkin dia akan mula menjual atau melelong kabinet-kabinet tersebut secara atas talian.
Unta merupakan mamalia berkaki panjang, berbibir besar dan juga memiliki bonggol di belakang badannya, di mana haiwan ini banyak dijumpai di negara Timur Tengah.
Penduduk tempatan di sana sudah semestinya selalu memberikan unta-unta ini makan memandangkan ia merupakan haiwan yang mesra.
Baru-baru ini, tular satu video lucu yang menunjukkan dua individu di dalam kereta sedang memberi makanan kepada seekor unta di padang pasir.
Sedang mereka leka memberi roti, unta itu nampaknya menjadi terlebih mesra hingga kepalanya masuk ke dalam kereta.
Situasi itu menyebabkan individu di tempat duduk penumpang hadapan berasa kurang selesa dan ketakutan.