26.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024
UtamaGaya HidupTak keruan ‘diserang’ unta manja yang mahu makan, aksi pemuda ini buat...

Tak keruan ‘diserang’ unta manja yang mahu makan, aksi pemuda ini buat warganet tertawa

Unta merupakan mamalia berkaki panjang, berbibir besar dan juga memiliki bonggol di belakang badannya, di mana haiwan ini banyak dijumpai di negara Timur Tengah.

Penduduk tempatan di sana sudah semestinya selalu memberikan unta-unta ini makan memandangkan ia merupakan haiwan yang mesra.

Baru-baru ini, tular satu video lucu yang menunjukkan dua individu di dalam kereta sedang memberi makanan kepada seekor unta di padang pasir.

Sedang mereka leka memberi roti, unta itu nampaknya menjadi terlebih mesra hingga kepalanya masuk ke dalam kereta.

Situasi itu menyebabkan individu di tempat duduk penumpang hadapan berasa kurang selesa dan ketakutan.

Manakala pemandu kenderaan pula tidak menghiraukan keadaan itu dan terus memberi roti kepada unta itu.

Malah, roti itu sengaja pula diletakkan berdekatan pada kepala rakannya. Sengaja mahu mengusik rakannya yang ketakutan barangkali..

Menurut sumber, unta tidak memilih makanan dan mereka merupakan haiwan herbivor yang hanya memakan tumbuh-tumbuhan.

Nasib baiklah penumpang yang ketakutan itu tidak diapa-apakan unta tersebut!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI