Penjualan jeruk buah di sekitar persimpangan lampu isyarat kini agak popular dan nampaknya bukan hanya penjual sahaja yang berdepan tindakan.
Ini kerana, pengguna jalan raya yang membeli produk itu juga akan berdepan saman berjumlah RM2,000 memandangkan ia adalah satu kesalahan.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, aktiviti perniagaan sebegitu merupakan satu kesalahan kerana membahayakan penjual dan juga pengguna jalan raya yang lain.
“Menerusi Ops Kesedaran, Polis Johor telah mengenal pasti sebanyak 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di lampu isyarat seluruh Johor”.
Tambahnya, undang-undang memperuntukkan bukan sahaja penjual bahkan pembeli juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.

Beliau turut menyarankan agar para penjual mencari keadah jualan lain yang bukan sahaja selamat bahkan mengikut lunas undang-undang.
Mengintai komen-komen di media sosial, ramai juga netizen yang turut meluahkan pandangan peribadi mereka berkaitan isu ini, antaranya :






Dalam mencari rezeki mahupun membantu para peniaga, kita seharusnya mengutamakan keselamatan terlebih dahulu.
Usah risikokan keselamatan diri masing-masing. Moga para penjual di lampu isyarat ini mendapat kaedah penjualan alternatif lain yang jauh lebih selamat.