28.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaBerita UtamaAksi kucing nakal muncul sebelah notis kucing hilang buat warganet tepuk dahi....

Aksi kucing nakal muncul sebelah notis kucing hilang buat warganet tepuk dahi. Jenuh tuannya mencari..

Jika anda membela kucing di rumah, pasti ada ketikanya di mana anda mencari di mana kucing anda kerana mereka gemar menyembunyikan diri.

Sebenarnya, kucing suka akan ruang yang kecil kerana ia membolehkannya bersembunyi dan menjauhkan diri daripada semua.

Keadaan itu akan membuatkannya berasa tenang dan selamat. Tetapi jika sembunyi terlalu lama buat kita bimbang pula, seperti kisah kucing nakal ini.

ddojoy

Seekor kucing dibimbangi hilang oleh tuannya kerana sebaik sahaja individu itu pulang ke rumah, dia tidak berjaya menemui kucingnya.

Oleh itu, individu terbabit memutuskan untuk melekatkan notis kucing hilang di tingkap rumahnya yang sering dilalui oleh pejalan kaki.

ddojoy

Namun ia sama sekali satu tindakan yang lucu dan mengundang tawa apabila kucingnya yang disangkakan hilang, muncul pula di sebelah notis!

Kucing hilang. “Eh, tapi saya ada je di sebelah ni”…

ddojoy

Rupa-rupanya kucing nakal tersebut bersembunyi di sebalik langsir manakala tuannya pula terlalu bimbang hingga segera menampal notis secara terburu-buru.

Bertuah betul kucing itu ya! Sebaiknya jika anda gagal menemui kucing anda yang sedang bersembunyi, cuba anda ‘memancingnya’ dengan membuka makanan kegemarannya.

Mungkin kucing anda akan bau makanan kegemaran mereka lantas keluar daripada tempat persembunyian.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...

TREN TERKINI