29.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaBerita UtamaLanggar 2 buah motosikal sebelum larikan diri, wanita 52 tahun mengaku minum...

Langgar 2 buah motosikal sebelum larikan diri, wanita 52 tahun mengaku minum alkohol

Seorang wanita berusia 52 tahun didapati telah melanggar dua buah motosikal sebelum melarikan diri ke Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa.

Semasa kejadian pada jam 12:41 pagi 16 Mac lalu, wanita tersebut difahamkan memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar motosikal jenis Harley-Davidson dan Yamaha Avantis sehingga rosak.

Video insiden tersebut walau bagaimanapun telah pun tular di laman media sosial dan hangat diperkatakan warga maya.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat berada di bawah pengaruh alkohol ketika bercakap dengan kedua-dua penunggang motosikal itu setelah pelanggaran berlaku.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Ketika ditanya sama ada dia ada meminum alkohol, wanita tersebut mengaku dengan berkata, “(Ada) minum sikit”.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kedua-dua penunggang motosikal ada meminta wanita itu untuk melaporkan kejadian ke pihak polis.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Namun wanita tersebut terus memecut melarikan diri. “Tiada kecederaan dilaporkan dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi”.

Individu yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya.

Tambah beliau, pihak polis kini sudah berjaya mengesan wanita berusia 52 tahun itu dan tangkapan kini sedang dijalankan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...

TREN TERKINI