31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGlobalIbu bapa dari Singapura mahu upah tutor ajar bayi kembar mereka yang...

Ibu bapa dari Singapura mahu upah tutor ajar bayi kembar mereka yang baru berusia 13 bulan

Dek kerana terlalu bimbang anak-anak akan ketinggalan dalam pelajaran, ibu bapa dari Singapura difahamkan telah mendapatkan khidmat tutor untuk kembar mereka yang hanya berusia 13 bulan!

Kisah itu mula mendapat perhatian setelah satu iklan dimuat naik di Telegram, yang memberitahu bahawa tutor diperlukan untuk bayi kembar berusia 13 bulan.

Menurut sumber, ibu bapa tersebut mahu tutor terbabit mengajar bahasa Inggeris dan Cina kepada bayi kembar setahun mereka itu.

Sebanyak 3 kali kelas selama sejam dalam tempoh seminggu dan pengajar boleh memilih waktu mengajar antara jam 3 hingga 5 petang.

Johor China Press

Difahamkan bahawa ibu bapa tersebut pula sanggup membayar $60-70 (RM183-241) untuk setiap tempoh sejam pengajaran untuk guru tadika.

Manakala untuk tutor sepenuh masa mahupun pelajar lepasan ijazah pula akan diberi upah sebanyak $50-55 (RM153-168) sejam.

Sungguhpun begitu, mereka turut menetapkan bahawa pengajar itu perlu mempunyai pengalaman yang relevan dalam mengajar bayi berusia 13 bulan.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Prasekolah, Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Cina Singapura, Dr Cheng Wanni berkata, kanak-kanak semuda itu tidak sesuai untuk terlibat dalam sesi pembelajaran.

Ini kerana tahap perkembangan fizikal mereka masih lagi berkembang dan mereka tidak boleh menerima maklumat.

Foto hiasan/Pixabay

Tambah pakar yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak itu, dengan usia yang masih lagi kecil, kanak-kanak tersebut baru sahaja belajar berjalan.

Malah mereka masih tidak memahami bahasa yang digunakan oleh orang dewasa. Ibu bapa itu menurutnya hanya membazir masa dan wang sahaja.

Foto hiasan/PhotoAC

Pada tahap sebegini, beliau berkata kanak-kanak seharusnya perlu meluangkan banyak masa dengan berinteraksi dengan ibu bapa mereka.

Meletakkan kanak-kanak dalam persekitaran pembelajaran terlalu awal menurutnya akan memberi kesan buruk dan menyebabkan mereka benci membaca apabila mereka besar kelak.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI