28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 11, 2024
UtamaInspirasiRemaja baru habis SPM gigih kumpul duit, beli cincin emas untuk ibu...

Remaja baru habis SPM gigih kumpul duit, beli cincin emas untuk ibu sempena hari lahir. “Saya nak gembirakan mak”..

Ibu semestinya mendapat tempat yang paling istimewa dalam hati setiap anak. Maka tipulah jika kita tidak mahu membahagiakan mereka.

Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menggembirakan mereka. Salah satunya seperti kisah seorang remaja lelaki yang tular baru-baru ini.

Menurut sumber, remaja tersebut difahamkan baru sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah mengunjungi sebuah kedai emas di Shah Alam.

Oh My Media/Facebook

“Mak cik, saya nak beli cincin saiz **. Duit saya ada RM500. Boleh tak mak cik tolong pilih cincin yang sesuai?”, soal remaja itu pada pemilik kedai.

Ingin tahu, pemilik kedai itu kemudian bertanya untuk siapakah cincin yang mahu dibeli remaja terbabit.

“Bukan mak cik. Saya nak beli cincin hadiah untuk mak saya sebab hari ini hari jadi mak”, balas remaja tersebut.

Jawapan remaja itu ternyata menyentuh hati si pemilik kedai, yang kemudian bertanya daripada mana remaja itu memperoleh wang sebanyak itu.

Ujar remaja itu, sambil bersekolah, dia ada mengambil upah servis penghawa dingin. Wang upah disimpannya untuk membeli hadiah buat ibu.

“Sudah lama saya pasang niat nak hadiahkan emas buat mak. Sekarang baru cukup duit yang saya kumpul ini”, katanya lagi.

Gambar Hiasan/Facebook

Melihat kepada dompet remaja itu yang kosong setelah mengeluarkan wang RM500, pemilik kedai itu kemudian mencadangkan agar remaja itu membeli cincin berharga RM300 sahaja.

“Masih ada sedikit baki duit untuk adik guna”, cadang wanita terbabit. Namun ia ditolak oleh remaja tersebut kerana dia mahu membeli sebentuk cincin yang elok dan istimewa.

“Saya nak guna semua duit ini untuk beli cincin mak. Saya nak gembirakan mak”, jawabnya lagi.

Keikhlasan yang ditunjukkan oleh remaja terbabit terhadap ibunya membuatkan pemilik kedai tersentuh dan berasa sebak hingga mengalirkan air mata.

Akhirnya cincin daun keladi dicadangkan pada remaja itu dengan harga yang ‘lebih kurang’ sahaja dan remaja itu pulang dengan senyuman yang lebar.

Apa sahaja akan dilakukan oleh si anak yang begitu menyayangi ibunya bukan? Semoga kita semua sempat berbakti kepada ibu masing-masing.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI