Siapa kata kucing tidak pandai menghargai manusia? Mereka sebenarnya tahu pengorbanan kita untuk menggembirakan mereka.
Cumanya mereka mempunyai cara tersendiri untuk menzahirkan penghargaan, di mana mereka kerap membawa pulang ‘hadiah’ yang tidak disangka.
Ada yang bawa pulang baju, kasut yang dicuri. Ataupun ada yang bawakan serangga, haiwan yang telah mati untuk tuan mereka. Macam-macam!

Tetapi seekor kucing terbiar ini difahamkan membawa anaknya kepada insan penyayang yang sudi memberinya makan.

Oleh itu, kucing tersebut bertindak membawa anaknya yang comel sebagai tanda terima kasih dan ia ternyata memberi kejutan istimewa buat wanita itu.
Wanita itu kemudian menyediakan kotak khas buat mereka. Tetapi, ibu kucing itu tidak lama di situ. Ibu kucing itu kemudian difahamkan menghilangkan diri dan membiarkan sahaja anaknya.

Nampaknya ibu kucing hanya mahu anaknya itu diberikan tempat yang selesa oleh wanita itu. Ibu kucing tentunya tahu bahawa anaknya akan baik sahaja di bawah jagaan insan yang penyayang.

Tidak sampai hati, wanita itu pun terus membela anak kucing tersebut dengan penuh kasih sayang. Ia kemudian membesar menjadi kucing yang comel.
Bertuah sebenarnya wanita itu kerana kucing lazimnya memilih insan yang mereka percaya sepenuhnya. Apatah lagi jika memberi anak mereka sendiri.

Sungguhpun begitu, wanita itu masih lagi berharap agar si ibu dapat pulang dan melihat anaknya membesar dengan sihat dan baik.