24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaGaya HidupBoleh gubah wang kertas jadi jambangan bunga sebagai duit hantaran, tetapi kalau...

Boleh gubah wang kertas jadi jambangan bunga sebagai duit hantaran, tetapi kalau ada tanda ‘dicacatkan’ akhirnya ‘banker yang kena hadap’

Menjadi tradisi dalam perkahwinan orang Melayu sejak berzaman, apabila kebanyakan duit hantaran perkahwinan akan digubah menjadi bunga, yang akan sama ada digulung atau dilipat.

Namun, duit kertas zaman dulu tidak sama dengan duit kertas zaman kini, tambah lagi yang telah beralih kepada wang kertas polimer. Maka akan rosak wang kertas berkenaan apabila dibuat sebagai bunga duit hantaran.

Sekadar Gambar Hiasan / YouTube

Trend terkini ramai yang membuat jambangan bunga duit menggunakan wang kertas RM50 atau RM100 sebagai duit hantaran, juga sebagai hadiah hari jadi atau ulang tahun perkahwinan dan sebagainya. Yang semuanya menurut kreativiti penggubah jambangan bunga duit itu sendiri. 

Cantik memang cantik tetapi tahukah anda akan ada orang yang menerima duit itu, selepas tangan atas tangan dengan rasa mengeluh dan tidak berpuas hati, sehingga ada yang berkata duit dengan tinggalan kesan lipatan dan gulung yang banyak tidak diterima di pasaran.

Sekadar Gambar Hiasan / YouTube

Seorang pengguna Facebook menyatakan keluhan dan menasihati pelanggannya apabila menerima duit kertas yang telah dileraikan daripada jambangan bunga duit hantaran perkahwinan.

As Abu Bakar menerusi satu posting di Facebook bersama gambar wang kertas RM50 ‘mutilated’ yang dimuat naik:

“Sekadar perkongsian untuk yang suka buat duit hantaran. Kalau boleh penggubah bunga di luar sana janganlah buat macam ini sebab kedai tak nak terima. Akhirnya kami banker yang kena hadap.”

“Ini dipanggil mutilated atau dicacatkan. Benda cacat macam ni bukan semua orang boleh terima, lagi-lagi kalau duit.”

“Untuk penggubah bunga kalau hendak letak duit jangan sampai ada lipatan kekal. Harap maklum. Lebih-lebih lagi sekarang ini trend ‘money bouquet’.”

Facebook

Sambil As Abu Bakar menasihatkan pasangan pengantin boleh membuat pilihan pindah terus duit hantaran dalam akaun bank, dan gubah slip atau resit ‘bank in’ mengikut kreativiti masing-masing, untuk menyelesaikan masalah dan memudahkan cerita.

Facebook

Posting tular As Abu Bakar mendapat perhatian netizen dengan pelbagai komen, yang bersetuju dan ada pula yang tidak bersetuju.

Facebook

Antaranya ada yang mencadangkan duit yang hendak diserahkan kepada bank itu boleh diseterika untuk membuatnya terus diterima di pasaran seperti peniaga di kedai atau memudahkan kerja ‘banker’ yang mungkin akan bising kerja menjadi kurang mudah seperti dikata As, selepas menerima duit yang macam ini untuk dikira.

Facebook

Sambil beberapa netizen memberi idea dan pilihan untuk menukar jambangan bunga duit hantaran yang biasa tanpa perlu dilipat menurut kreativiti masing-masing seperti di bawah:

Facebook
Facebook

Fikir-fikirkan mana yang terbaik untuk kemudahan diri sendiri juga demi memudah cara dan menyenangkan tugas orang lain.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI