28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 13, 2025
Utama Blog Laman 371

Tular anak muda kutip sampah secara sukarela di Sri Damansara buat netizen kagum

0

Persekitaran dan alam semula jadi yang bersih merupakan tanggungjawab kita semua. Pernahkah kita tertanya mengapa agaknya seseorang itu membuang sampah sesuka hati?

Tidak pedulikah mereka terhadap persekitaran? Atau mereka hanya mementingkan diri sendiri sahaja? Tahukah mereka bahawa tindakan itu akan memakan diri sendiri kelak?

Sedar akan tanggungjawab masing-masing, terdapat foto generasi muda yang mengutip sampah sarap yang dibuang di sekitar jejambat Sri Damansara, Kuala Lumpur.

Mereka tidak menunggu pekerja pembersihan untuk membersihkan sampah itu, sebaliknya meluangkan masa untuk mengutipnya sendiri.

Dan itulah sumbangan mereka terhadap komuniti setempat.

Menurut sumber, keadaan persekitaran seseorang memainkan peranan untuk menetapkan keputusan mereka semasa membuang sampah, sama ada di tempat yang betul atau salah.

Antara faktor lain pula adalah pandangan mereka tentang alam sekitar, di mana ia turut mempengaruhi aspek pengendalian pembuangan sampah.

Kita semua adalah individu yang bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan setempat. Jangan tunggu orang lain untuk mulakan sesuatu seperti ini. Mulakan dengan diri kita semua.

Didiklah anak-anak kita sedari kecil lagi agar mereka menghargai keindahan alam dan sama-sama menjaga kebersihan ya..

Tindakan pemandu Myvi bantu nenek tua berkerusi roda di tepi jalan sentuh hati netizen

0

Asal pengguna Myvi saja, pasti orang ramai akan mengaitkannya dengan tabiat pemanduan yang agak teruk bukan?

Stigma tersebut turut dialami oleh semua pengguna Myvi walaupun gaya pemanduan kebanyakan mereka agak berhemah.

Bukan semua ya pengguna Myvi yang memandu secara melulu kerana baru-baru ini, terdapat satu video tular yang dapat membuktikannya.

Menerusi video yang dimuat naik itu, kita dapat lihat seorang wanita berusia menaiki kerusi roda berusaha menggerakkan sendiri kerusi rodanya itu di tepi jalan.

Melihat kejadian itu, seorang wanita kebetulan memandu Myvi di sekitar itu bertindak memberhentikan keretanya.

Dia kemudian menghampiri wanita berusia itu lalu bertanya arah yang ingin ditujuinya.

Tanpa ragu, dia kemudian menolak kerusi roda itu dan membantunya masuk kereta.

Dia turut mengangkat kerusi roda wanita tua tersebut lalu diletakkan di dalam keretanya.

Setelah semuanya dalam keadaan baik, kereta wanita itu bergerak untuk menghantar wanita tua tersebut.

Tidak semua pemandu Myvi tidak bertimbang rasa bukan? Apa yang ditunjukkan oleh wanita muda ini adalah salah satu contoh yang menyentuh hati.

Dia sanggup berhenti dan membantu golongan memerlukan. Kali ini, ‘King of the road’ ternyata menjadi ratu di hati kita semua..

Tonton video di sini.

Tak pakai sarung tangan dan apron, dua tukang gunting dikompaun RM10,000

0

Dua tukang gunting di Sibu, Sarawak telah dikenakan kompaun RM10,000 setiap seorang setelah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada 13 Mac lalu.

Kompaun tersebut dikenakan selepas kedua-duanya didapati tidak memakai sarung tangan pakai buang dan juga apron semasa satu operasi pemantauan di Bandar Sibu Jaya.

Pemilik kedai gunting rambut yang berusia 67 tahun dan 32 tahun itu dikompaun mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, berkuatkuasa 11 Mac.

Pemakaian sarung tangan pakai buang perlu ditukar untuk setiap pelanggan dan ia adalah satu SOP untuk tukang gunting rambut semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Februari berkata, pengusaha kedai perlulah memakai pelindung muka, apron dan sarung tangan yang baru untuk setiap seorang pelanggan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata jumlah kompaun yang dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 itu hanya akan dikenakan ke atas pesalah berulang.

Tambah beliau, individu yang didenda mempunyai tempoh dua minggu untuk menyelesaikan kompaun tersebut.

Selain itu, jumlah akhir denda hanya akan diputuskan oleh pegawai kesihatan daerah di Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.

Pasangan ini sebak, menangis sebaik sahaja disahkan hamil selepas enam tahun menunggu

0

Rezeki, jodoh dan ajal sudah ditentukan oleh Allah SWT untuk setiap umatnya, dan tugas kita sebagai khalifahnya adalah untuk terus-terusan berusaha mendapatkan yang terbaik.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, untuk mendapatkan cahaya mata pastinya menjadi salah-satu impian yang sangat dinanti-nantikan bagi melengkapkan lagi sesebuah keluarga.

Bagaimanapun, tidak semua pasangan bernasib baik dan ada antaranya terpaksa menunggu lama serta melakukan pelbagai usaha demi mendapatkan zuriat sendiri.

@lisaa_aa98/Twitter

Begitulah yang dialami oleh sepasangan suami isteri yang baru-baru ini tular di media sosial apabila video ketika mereka bertemu dengan doktor untuk mengetahui keputusan ujian kehamilan selepas mereka melakukan proses kehamilan In Vitro Fertilization (IVF) mendapat perhatian ramai.

Menerusi video yang berdurasi 57 saat itu, pada mulanya si isteri yang duduk berhadapan dengan seorang doktor dilihat berasa gemuruh apabila diberikan sebuah bekas yang mengandungi kit ujian kehamilan.

@lisaa_aa98/Twitter

Sebelum menghulurkan bekas itu, doktor itu sempat berpesan kepada wanita itu untuk redha dengan apa sahaja keputusan yang mungkin dilihatnya dalam kit ujian itu.

Kemudian, sebaik sahaja wanita itu membuka bekas itu dan melihat keputusan positif dalam kit ujian itu, dia dengan terkejutnya terus menangis dan memeluk suaminya.

@lisaa_aa98/Twitter
@lisaa_aa98/Twitter

Mulut wanita itu tidak henti-henti memuji Allah SWT, sambil memeluk erat suaminya.

Semua yang berada di dalam bilik tersebut tidak dapat menahan sebak, masing-masing turut menangis terharu dengan keputusan yang diterima setelah pasangan itu menunggu dengan penuh sabar selama enam tahun lamanya.

@lisaa_aa98/Twitter

Memang sebak melihat video yang penuh dengan rasa kesyukuran ini. Di ruangan komen, ramai warganet yang turut meninggalkan komen dan turut berkongsi rasa sebak mereka.

@lisaa_aa98/Twitter
@lisaa_aa98/Twitter
@lisaa_aa98/Twitter

Malah, ada juga antaranya yang turut berkongsi pengalaman peribadi masing-masing yang turut sedang menjalani ujian untuk mendapatkan zuriat setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga.

@lisaa_aa98/Twitter
@lisaa_aa98/Twitter

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah pun meraih sehingga lebih dari 485,200 tontonan, lebih dari 26,100 sukaan, lebih dari 24,200 retweet dan 274 komen dari warganet setelah dimuat naik pada 24 Februari lalu.

Comel dan baik sungguh kucing ini, patutlah ramai warganet yang cemburu dengan pemiliknya!

0

Kucing-kucing yang comel pastinya akan mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Qianqian, seekor kucing berwarna jingga dengan mata yang besar dan membulat, benar-benar telah mencuri hati ramai warganet.

lookerpets

Pemilik Qianqian, Chen sebelum ini ada berkongsi gambar Qianqian yang sangat comel ketika Qianqian sedang berehat di sisinya di atas katil.

“Buka mata yang mengantuk. Melihat kamu merenung saya dengan sebegitu… beritahu saya bagaimana untuk saya tidak menyayangi kamu!” tulis Chen sambil berkongsi beberapa keping gambar Qianqian yang sedang berehat dengan cara yang paling comel sekali.

ookerpets
ookerpets

Menurut Chen, Qianqian adalah seekor kucing yang sangat baik dan memahami keadaan pemiliknya. Qianqian tidak akan membuat bising ketika Chen sedang tidur kerana Qianqian memahami bahawa Chen sering sibuk dan tidak mempunyai masa tidur yang tetap.

Oleh itu, ketika Chen sedang tidur, Qianqian tidak akan melakukan bunyi bising dan hanya menunggu pemiliknya untuk bangun.

ookerpets

Selain itu, Chen juga berkongsi bahawa Qianqian adalah seekor kucing yang sangat berdikari. Qianqian tidak begitu gemarkan sentuhan, tetapi dalam masa yang sama, Qianqian tetap memerlukan kehadiran pemiliknya.

ookerpets

Walaupun Qianqian mempunyai rupa fizikal yang sangat comel dan boleh membuat sesiapa sahaja melihatnya berasa geram, tetapi kadang-kala, rupa Qianqian ketika sedang tidur ada kalanya agak lucu juga.

Lihat sahajalah gambar ini.

ookerpets
ookerpets

Amboi, selesanya Qianqian berbaring, seperti manusia pula gaya tidurnya!

Semestinya, gambar-gambar Qianqian yang sangat comel ini membuatkan ramai warganet berasa geram dengannya. Malah, ada antaranya yang turut meninggalkan komen, “Saya sedang dilamun cinta,” “Siapa yang perlukan teman lelaki jika ada kucing sebegini,” “Inilah masa untuk menciumnya,” “Matanya sangat cantik!”

ookerpets

Sememangnya, Qianqian mempunyai rupa yang sangat comel. Tambahan pula, Qianqian juga mempunyai personaliti yang menyenangkan pemiliknya, Chen. Jadi, tidak hairanlah apabila ramai yang berasa cemburu dengan Chen!

Anjing ini pamer rasa gembira sebaik sahaja melihat potret abangnya yang sudah tiada, rasa rindunya jelas kelihatan

0

Pemergian haiwan peliharaan kesayangan pastinya akan menghancurkan hati mana-mana pemilik pun. Dan nampaknya, pemergian Smiff, seekor anjing yang menyenangkan hati keluarganya, benar-benar memberi kesan kepada pemiliknya Libby Davey, serta adiknya, Frank.

Libby Frances Davey/Facebook

Selepas kematian Smiff, Davey memutuskan untuk menempah lukisan potret Smiff untuk digantung di dinding rumah. Dan tanpa pengetahuannya, rupa-rupanya keputusannya itu bukan sahaja menggembirakan dirinya sendiri, malah turut menggembirakan Frank yang jelas merindui abangnya.

Libby Frances Davey/Facebook

Apabila lukisan itu siap, Davey telah menggantung gambar tersebut di dinding, dan dia sangat terkejut apabila melihat reaksi Frank sebaik sahaja melihat gambar itu.

“Saya fikir Frank tahu bahawa lukisan itu adalah gambar abangnya,” tulis Davey.

Berikut adalah video ketika Frank pertama kali melihat gambar abangnya digantung.

Facebook

Frank jelas tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan rindunya ketika melihat potret abang kesayangannya itu.

Walaupun Smiff kini telah tiada disisi keluarga yang manis ini, tetapi syukurlah, Smiff tetap akan sentiasa diingati buat selamanya.

Momen yang tidak disangka-sangka, seekor burung hantu terbang masuk ke dalam helikopter ketika misi memadam kebakaran hutan sedang dijalankan

0

Sedar atau tidak, kebakaran hutan sebenarnya banyak mengakibatkan kemusnahan habitat haiwan-haiwan yang tinggal di dalamnya.

Dan sebuah kisah yang dialami oleh Dan Alpiner, seorang juruterbang helikopter ini sememangnya dapat memberi kesedaran kepada manusia.

Di pertengahan bulan Disember 2020, ketika Alpiner sedang menjalankan misi memadam kebakaran hutan dengan menggunakan helikopter, Alpiner secara tidak sengaja telah ‘bertentang mata’ dengan seekor burung hantu yang terbang memasuki helikopternya.

The Dodo

Menceritakan tentang pengalamannya bertemu burung hantu itu kepada The Dodo, pada waktu itu, Alpiner sedang terbang mengawal helikopter kira-kira 200 kaki dari darat dan sedang bersedia untuk mencurahkan bekalan air ke atas api yang sedang marak membakar hutan.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba, Alpiner tersedar akan sesuatu yang muncul di sisinya.

“Saya melihat sesuatu dari sudut mata saya,” kata Alpiner. “Saya menoleh, agak takut, dan kami bertentang mata.

“Burung hantu itu tenang.

“Saya benar-benar terkejut. Burung hantu itu sangat jinak – sepertinya burung itu hanya mahu bertegur-sapa,” tambah Alpiner.

The Dodo

Walaupun terkejut dan tidak menyangka akan kedatangan tetamu itu yang terus datang dan berdiri di kerusi bersebelahannya, Alpiner nekad untuk meneruskan misinya.

“Jadi, marilah kita selesaikan tugasan di sini, rakanku,” kata Alpiner kepada rakan baharunya itu.

Menurut Alpiner, burung hantu itu tidak terus bersamanya sehingga ke akhir misi. Sebaliknya, selepas dua kali isian semula air dan dua curahan air ke darat, burung itu telah terbang keluar dari tingkap helikopter berkenaan.

Sehingga saat Alpiner berkongsi kisahnya, dia masih lagi berasa seperti tidak percaya dengan pengalaman uniknya itu.

“Saya masih lagi cuba untuk menghadamnya. Rasanya seperti tidak nyata.

“Pengalaman itu adalah perkara yang berlaku sekali seumur hidup.”

“Jangan makan dulu,” perubahan suara yang ‘menakutkan’ tetapi lucu oleh guru muda ini buat ramai terhibur

0

Bukan mudah untuk bergelar guru yang harus berhadapan dengan para pelajar yang terdiri daripada pelbagai ragam.

Jadi, kadang-kadang terkeluar juga suara garang, lucu atau menakutkan yang jarang sekali digunakan di dalam kelas. Namun, sekali-sekala menggunakan suara lain boleh membuatkan momen tersebut menjadi lucu.

Contohnya seperti yang dilakukan oleh seorang guru apabila dia mengeluarkan suara garangnya ketika mengagihkan makanan buat anak-anak muridnya ketika waktu rehat.

“Yang lain, duduk, jangan makan dulu,” jeritnya sambil membahagikan bubur dan nasi ayam kepada murid-muridnya.

Guru bernama Herdiana yang berusia 33 tahun itu kemudian menjadi tular di media sosial apabila video yang dirakam dimuat naik ke akaun Instagram dan TikTok dengan nota ringkas yang berbunyi: “Nasib baik tak ada api keluar”, bersama dengan emoji naga.

dian.jaunah/Instagram

Video tersebut telah ditonton lebih daripada 17 juta kali dan mendapat lebih daripada 1.4 juta ‘likes’.

Instagram
Instagram

Menurut Herdiana dia tidak menyangka klip itu akan menjadi ‘viral’ dan klip tersebut telah dirakam semasa rehat dan bukan semasa pelajaran.

Tambahnya lagi, untuk rehat, mereka mengikuti prosedur operasi standard (SOP) di mana pengusaha kantin akan menghantar makanan yang dipesan lebih awal dari pelajar ke kelas.

Namun begitu, tidak semua orang mendapat makanan yang dipesan lebih awal kerana sebilangan pelajar memilih untuk membawa makanan dari rumah. Jadi, sebagai guru kelas, dia lah menguruskan pengagihan makanan kepada murid-muridnya.

Tidak cukup dengan itu, video tersebut juga telah menarik perhatian pelakon Diana Danielle sehingga artis cantik itu turut merakam video parodi yang menggunakan suara Cikgu Herdiana.

dianadanielleb/Instagram

Video lucu tersebut juga telah menjadi tular dan telah ditonton lebih daripada setengah juta kali di laman Instagram milik artis tersebut.

Kelakuan burung merpati yang menggelengkan kepalanya dengan dahsyat ini undang rasa bimbang warganet, “Adakah burung ini sakit atau tercedera?”

0

Tidak semua jenis burung bersifat jinak dan berani mendekati manusia. Ada antaranya begitu takutkan manusia dan akan terbang dengan secepat mungkin walaupun jarak manusia dengannya masih lagi agak jauh.

Seorang pengguna internet dari Taipei sebelum ini ada berkongsi rakaman video seekor burung merpati yang berkelakuan pelik ketika dia sedang bersiar-siar di Taman Xianyan.

吳敦易/YouTube

Menerusi rakaman pendek berdurasi 15 saat itu, dapat dilihat burung merpati yang berdiri di atas batu pejalan kaki itu sedang menggeleng-gelengkan kepalanya dengan kerap sehingga membuatkan gadis yang merakam video itu berasa hairan.

Keadaan burung merpati itu kelihatan sangat membimbangkan. Kelakuannya jelas sangat tidak normal. Dalam masa 15 saat rakaman, burung itu hampir melakukan sehingga 100 kali gelengan kepala!

吳敦易/YouTube

Selepas video yang dimuatnaik mendapat perhatian ramai, beberapa warganet meninggalkan komen kerana rasa bimbang mereka terhadap burung merpati itu, “adakah burung ini sakit atau tercedera?” “mungkinkah burung itu terhantuk kepalanya ketika sedang terbang,” “adakah perlakuan ini disebabkan oleh parasit?”

Tidak lama selepas video dimuatnaik, pemilik video berkenaan telah mengesahkan bahawa seseorang telah datang membantu burung merpati itu. Dikatakan, burung itu berkemungkinan sedang sakit dan akan diberi perhatian sebaiknya.

Syukurlah, akhirnya burung merpati ini diselamatkan oleh insan yang berhati mulia.

Comel betul gelagat spontan cheetah dalam zoo ini, sudahlah tersekat di celahan pokok, rakan yang datang pula tidak membantu!

0

Ramai yang sedia maklum bahawa cheetah adalah salah satu spesies haiwan yang tergolong dalam keluarga kucing. Jadi, walau bagaimana garang pun rupa wajah mereka, telatah mereka yang comel pasti akan membuatkan kita berasa geram dan terhibur melihatnya.

Seorang pengguna laman Twitter, @nanata35047722 pada Julai 2019 ada memuatnaik empat keping gambar beberapa ekor cheetah ketika dia sedang melawat Zoo Tama di Tokyo, Jepun.

Yang menariknya, walaupun hanya empat gambar yang dimuatnaik, namun penceritaan di sebalik gambar-gambar ini benar-benar lucu. Dalam gambar tersebut, jelas dapat dilihat bagaimana seekor cheetah yang berada dalam kandangnya telah tersekat di celahan pokok.

@nanata35047722/Twitter

Melihatkan keadaan rakan yang tersekat, seekor cheetah lain datang untuk membantu melepaskan rakan cheetah yang tersekat itu, seperti dalam gambar yang pertama dan kedua. Bagaimanapun, nampaknya niat untuk melepaskan cheetah yang tersekat itu tidaklah semudah yang disangka. Walaupun dengan beberapa kali cubaan, hasilnya masih menemui jalan buntu.

@nanata35047722/Twitter

Malah, posisi cheetah yang tersekat itu juga nampaknya telah berubah selepas berlaku pergerakan untuk melepaskan diri. Tidak membantu!

@nanata35047722/Twitter

Dalam gambar yang keempat, kelihatan rakan cheetah tersebut masih lagi cuba untuk membantu. Tetapi kali ini, tangannya sudah terlanjur memukul bahagian alat sulit cheetah yang tersekat itu. Aduhai!

@nanata35047722/Twitter

Dan lihatlah sendiri, wajah cheetah yang tersekat itu menggambarkan rasa terkejut dan sakit yang tidak tertanggung! Kasihan betul…

Memang lucu dan comel sekali kiriman gambar ini. Walaupun nampak ringkas, tetapi siapa sangka sebenarnya momen yang dirakam ini mempunyai kisah yang tersendiri dan mampu menghiburkan sesiapa yang melihatnya.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 223,300 sukaan, lebih dari 93,000 ulang kicau dan 496 komen.