32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 14, 2025
Utama Blog Laman 360

Video acara lumba lari bertukar jadi insiden lucu apabila pemenangnya ‘ghaib’ selepas tamatkan larian

0

Dalam sesebuah acara sukan, acara yang paling dinanti-nantikan oleh orang ramai adalah acara sukan lumba lari.

Semangat kesukanan akan terpapar dalam diri setiap penonton yang akan bersorak sekuat hati bagi memberikan galakan kepada peserta untuk teruskan berlari dan memenangi pingat.

Dalam satu video pendek berdurasi 23 saat yang tular baru-baru ini, seorang atlet telah berjaya mencuri perhatian warganet dalam acara balapan berkenaan. Menerusi video yang dikongsikan di Twitter oleh @cringemalaysian itu, kelihatan seramai enam orang atlet sedang menyertai acara larian 100 meter.

Twitter

Bagaimanapun, pemenang acara larian tersebut telah membuatkan ramai tertanya-tanya akan keberadaannya setelah acara tersebut tamat. Hal ini kerana sebaik sahaja tiba di garisan penamat, atlet berkenaan secara tiba-tiba tersungkur dan terus hilang dari pandangan.

Twitter

Selepas terjatuh, atlet tersebut dilihat jatuh tergelongsor lantas memasuki kawasan luar trek dan terus ‘ghaib’ serta tidak memunculkan dirinya. Peserta-peserta lain yang turut kehairanan sempat menjenguk kawasan luar trek untuk mencari atlet berkenaan namun tidak ditemui.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 430.7K kali tontonan, 14.5K tanda suka dan 14.7K retweet.

Twitter

Ramai yang terhibur dan tidak dapat menahan ketawa setelah melihat penamat larian tersebut yang mengejutkan. Malahan ada beberapa komen telah dilontarkan oleh warganet antaranya:

“Sudah lah penat berlari. Dah menang kena culik dengan Pennywise (watak badut jahat dalam filem It) pula”.

“Dah menang terus balik”.

“Terus masuk alam lain pula”.

Saksikan insiden lucu ini di bawah:

@cringemalaysian/Twitter

@MKNJPM/Twitter

Namun menurut beliau, Sarawak akan menamatkan tempoh PKPB lebih awal iaitu pada 12 April. Selain itu, Kuala Muda di Kedah dan Seremban, Negeri Sembilan turut dikenakan PKPB.

Ujar beliau lagi, terdapat lapan buah negeri dan dua wilayah persekutuan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada dua minggu pertama bulan April.

@MKNJPM/Twitter

Ia melibatkan Perlis, Kedah, Perak, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah dan Labuan.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa pejabat di seluruh negara dibenarkan untuk beroperasi dengan kapasiti penuh.

@MKNJPM/Twitter

Ini kerana bermula 1 April, peraturan 30% kapasiti maksimum di pejabat untuk kawasan PKPB tidak lagi terpakai.

Menurutnya, beberapa negeri masih lagi menunjukkan trend yang tidak stabil walaupun jumlah kes harian COVID-19 secara keseluruhannya dilihat menurun.

Perjalanan merentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali atas inisiatif gelembung perjalanan yang diumumkan sebelumnya.

Menerusi inisiatif itu, individu yang ingin bercuti perlu menempah percutian menerusi agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC).

Lahir dengan bulu yang unik, ramai netizen bandingkan kucing ini dengan selebriti terkenal

0

Antara perkara yang seronok dibincang pastinya haiwan peliharaan seperti kucing. Di laman-laman sosial seperti Twitter dan Facebook banyak sekali akaun warganet yang memaparkan gambar dan video tentang haiwan comel itu.

Masing-masing seronok berkongsi cerita tentang kucing mereka dan apa yang pasti tiada yang akan bosan melihat telatah kucing-kucing itu. Selain telatah mereka yang comel dan selamba, rupa dan wajah mereka juga sering menjadi perhatian ramai.

Twitter

Contohnya seperti kucing comel ini mempunyai warna bulu yang sangat unik dan keunikan itu membuatkan dia mirip selebriti Hollywood. Antara yang dibandingkan oleh netizen adalah:

Jim Carrey

Twitter

Oz Perkins

Twitter

Leonard Nimoy

Twitter

Moe Howard

Twitter

Ezra Miller

Pinterest

Lihat sahaja gambarnya sudah boleh membuatkan ramai yang tergelak. Tidak hanya itu, warna bulunya memang mirip dengan gaya rambut kebanyakan watak yang dilakonkan oleh pelakon untuk membawa watak tersebut.

Dengan melihat pada gayanya seperti ini tidak mustahil banyak kucing betina yang pasti akan jatuh hati padanya!

Pandai sungguh cuba rebus sotong kembang guna periuk tekanan tinggi, wanita ini tercari-cari sotong bertukar ‘jelly’

0

Ada orang kadang-kadang apabila nampak sotong kembang, terfikir pula macam mana sotong yang kecil itu boleh menjadi kembang. Kalau anda hendak tahu asalnya daripada sotong kering yang kita beli dekat pasar kering. 

Tanya dengan auntie atau uncle dekat pasar hendak masak sambal sotong kering atau hendak buat sambal sotong kembang. Kemudian tanya hendak beli air abu sotong sekali bersama sotong kering itu, hendak buat sotong kembang. Auntie atau uncle dekat pasar pasti faham punya.

Buat sotong kembang pakai air abu, dengan menjalani proses rendaman dan bilasan air sebanyak beberapa kali sehingga sotong kering menjadi kembang. Jika anda tidak mahu buat sendiri, boleh beli sahaja di pasar basah atau pasaraya.

Facebook

Kalau ada orang yang kata masak sambal sotong kembang itu leceh, mungkin orang itu akan kena gelak-gelak kaw-kaw punya. Mana tidaknya masak sotong kembanglah paling senang berbanding sambal sotong kering, sotong gurita atau sotong biasa.

Tambah kalau anda hendak buat sambal sotong kembang, tidak perlu direbus lagi sotong kembang itu. Hanya perlu rendam seketika dengan air sejuk, bilas dan tus kering. Potong ikut saiz kesukaan dan boleh masak sambal sotong, macam resipi sambal tumis sotong yang biasa. 

Entah bagaimana perkongsian seorang wanita ini di laman Facebook kumpulan MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL nampaknya menggelikan hati dan membuat ramai netizen berdekah terhibur.

Dia agak bersemangat hendak masak sambal sotong kembang, tapi lain pula yang terjadi dengan kisahnya.

Facebook

Menerusi perkongsian Norliza Liza, dia menceritakan kisahnya yang baru pertama kali ingin memasak sambal sotong kembang.

Namun lain pula yang terjadi apabila dia tersalah meletak setting periuknya iaitu menekan suhu untuk merebus daging kerana selama ini dia hanya menggunakan ‘pressure cooker’ untuk memasak daging saja. Dan ini kesalahannya, masak sambal sotong kembang adalah terus di kuali, tidak perlu menggunakan periuk tekanan tinggi. 

“Alih-alih bila buka periuk akak pun nak keluarkan sotong, ehhh mana pergi sotong ni. Sambal dah elok masak, sotong ini menyorok. Tak puas hati akak tuang je dalam sinki,” tulisnya.

Facebook

“Nah, surprise! Tinggal seperti dalam gambar je. Rupa-rupanya akak salah setting periuk, tertekan untuk daging. Selalu setting daging je, hari ni ambik. Tinggal tu je nak masuk dalam sambal sebelanga. Nasib sotong dah hancur lebur, dapat bau je,” tulis Norliza.

Posting yang menjadi tular dengan pelbagai komen netizen yang rata-rata geli hati membaca perkongsian wanita tersebut.

Facebook

Sambil ada pula netizen yang mengajar cara yang betul memasak sambal tumis sotong kembang.

Facebook

Tidak mengapalah tersalah masak sambal sotong kembang, buat pertama kali pun. Yang ini boleh jadi pengajaran. Tidak semua benda dan bahan boleh masuk lebur terus di dalam ‘pressure cooker’ tau. Lain kali menjadi baik sahajalah masakan sotong kembang tu, kalau sudah tahu cara tidak mahu sotong kembang bertukar menjadi ‘jelly’.