34.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaNasionalPalsukan Sijil Cuti Sakit : 3 pekerja kilang di Pulau Pinang berdepan...

Palsukan Sijil Cuti Sakit : 3 pekerja kilang di Pulau Pinang berdepan hukuman penjara, denda

Tiga individu yang bekerja di sebuah kilang yang terletak di Bukit Minyak, Seberang Perai, Pulau Pinang dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret ekoran memalsukan sijil cuti sakit.

Muhamad Zulhakimi Masdi, Mohamad Hafizi Zainuddin dan Muhammad Amir Md. Ishak difahamkan melakukan kesalahan itu sekitar Oktober 2020 hingga Februari 2021.

Ketiga tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan dua Majistret berbeza iaitu Sri Pracha Nanthini dan Mohd. Zaki Abd. Rahman.

Muhamad Zulhakimi didenda berjumlah RM3,500 dan akan menjalani hukuman penjara lima hari daripada tarikh sabitan.

Utusan Malaysia

Manakala Mohamad Hafizi dan Muhammad Amir masing-masing didenda RM2,700 dan dipenjara pada tarikh mereka ditahan.

Sementara itu, tiga lagi pekerja wanita di kilang tersebut turut dituduh melakukan kesalahan yang sama. Mereka walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Dua daripada mereka dibenar diikat jamin sebanyak RM4,000, manakala seorang lagi dibenar diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 3 Mei ini bagi serahan dokumen.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI