25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024
UtamaNasionalIsmail Sabri : PKPB dilanjutkan, rentas negeri masih dilarang

Ismail Sabri : PKPB dilanjutkan, rentas negeri masih dilarang

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Mac mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Ia berkuatkuasa bermula 1 April hingga 14 April, melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.

@MKNJPM/Twitter

Namun menurut beliau, Sarawak akan menamatkan tempoh PKPB lebih awal iaitu pada 12 April. Selain itu, Kuala Muda di Kedah dan Seremban, Negeri Sembilan turut dikenakan PKPB.

Ujar beliau lagi, terdapat lapan buah negeri dan dua wilayah persekutuan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada dua minggu pertama bulan April.

@MKNJPM/Twitter

Ia melibatkan Perlis, Kedah, Perak, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah dan Labuan.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa pejabat di seluruh negara dibenarkan untuk beroperasi dengan kapasiti penuh.

@MKNJPM/Twitter

Ini kerana bermula 1 April, peraturan 30% kapasiti maksimum di pejabat untuk kawasan PKPB tidak lagi terpakai.

Menurutnya, beberapa negeri masih lagi menunjukkan trend yang tidak stabil walaupun jumlah kes harian COVID-19 secara keseluruhannya dilihat menurun.

Perjalanan merentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali atas inisiatif gelembung perjalanan yang diumumkan sebelumnya.

Menerusi inisiatif itu, individu yang ingin bercuti perlu menempah percutian menerusi agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC).

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI