Dalam sesebuah acara sukan, acara yang paling dinanti-nantikan oleh orang ramai adalah acara sukan lumba lari.
Semangat kesukanan akan terpapar dalam diri setiap penonton yang akan bersorak sekuat hati bagi memberikan galakan kepada peserta untuk teruskan berlari dan memenangi pingat.
Dalam satu video pendek berdurasi 23 saat yang tular baru-baru ini, seorang atlet telah berjaya mencuri perhatian warganet dalam acara balapan berkenaan. Menerusi video yang dikongsikan di Twitter oleh @cringemalaysian itu, kelihatan seramai enam orang atlet sedang menyertai acara larian 100 meter.

Bagaimanapun, pemenang acara larian tersebut telah membuatkan ramai tertanya-tanya akan keberadaannya setelah acara tersebut tamat. Hal ini kerana sebaik sahaja tiba di garisan penamat, atlet berkenaan secara tiba-tiba tersungkur dan terus hilang dari pandangan.

Selepas terjatuh, atlet tersebut dilihat jatuh tergelongsor lantas memasuki kawasan luar trek dan terus ‘ghaib’ serta tidak memunculkan dirinya. Peserta-peserta lain yang turut kehairanan sempat menjenguk kawasan luar trek untuk mencari atlet berkenaan namun tidak ditemui.
Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 430.7K kali tontonan, 14.5K tanda suka dan 14.7K retweet.

Ramai yang terhibur dan tidak dapat menahan ketawa setelah melihat penamat larian tersebut yang mengejutkan. Malahan ada beberapa komen telah dilontarkan oleh warganet antaranya:
“Sudah lah penat berlari. Dah menang kena culik dengan Pennywise (watak badut jahat dalam filem It) pula”.
“Dah menang terus balik”.
“Terus masuk alam lain pula”.
Saksikan insiden lucu ini di bawah:
@cringemalaysian/TwitterNak gelak tapi TAK SAMPAI HATI 😭😭😭😭 pic.twitter.com/kSoylQs9Ce
— Cringe Malaysian🇲🇾 (@cringemalaysian) March 25, 2021