Kucing secara lumrahnya adalah haiwan yang sangat suka memburu. Bahkan untuk kucing domestik, mereka adalah pemburu dan pemangsa yang hebat.
Rata-rata kucing juga kerap membawa pulang haiwan yang menjadi mangsa buruan mereka misalnya, burung, tupai, tikus dan pelbagai lagi. Mengapa agaknya ya?
Menurut sumber, mereka melakukan sedemikian kerana menganggap anda adalah sebahagian daripada keluarganya.
Sayang juga kucing pada kita nampaknya. Jadi jika mereka bawa ‘hadiah’ buruan mereka itu, terima sahajalah seperti beberapa contoh di bawah ini :
#1 Surpriseeee!
#2 “Ada dua ekor ni. Seorang seekor ya?”
#3 Pemburuan yang hebat!
#4 “Hadiah untuk kamu saya letakkan kat sini tau!”
#5 “Jangan risau. Saya okay je..”
#6 Hasil tangkapan untuk hari ini..
#7 Yang ini apa pula yang dibawa pulang?
Naluri kucing secara semula jadinya akan membolehkan mereka kekal hidup dengan memburu serta mereka perlu menyampaikan ilmu ini kepada keluarganya.
Ya, andalah keluarganya. Itu tandanya mereka mahu berkongsi makanan juga dengan anda.
Mereka melihat kita tidak mahir memburu dan berusaha untuk mengajar kita untuk melakukan hal yang sama.
Jadi hargailah kebaikan kucing anda yang mahu berkongsi tangkapannya. Berbanggalah dengan kemahiran mereka itu ya?