27.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaWanita dirompak setelah tinggalkan beg dalam kereta yang tidak berkunci

Wanita dirompak setelah tinggalkan beg dalam kereta yang tidak berkunci

KOTA KINABALU – Seorang wanita telah dirompak di siang hari akibat kecuaiannya meninggalkan beg tangan di dalam kereta yang tidak berkunci.

Mangsa kelihatan sedang keluar dari kereta sambil diperhatikan oleh suspek/Facebook

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah itu telah dirakamkan oleh kamera pengawasan keselamatan (CCTV) di sebuah stesen minyak. Berdasarkan rakaman, wanita terbabit dikatakan telah meletakkan kenderaan miliknya di stesen minyak berkenaan sebelum masuk ke kedai.

Suspek mula mengorak langkah jenayahnya tanpa disedari orang sekeliling/Facebook

Ketika kejadian, suspek yang menunggang motosikal dikatakan sedang memerhatikan wanita tersebut tidak jauh dari kereta mangsa. Sebaik sahaja wanita ini masuk ke kedai, lelaki berkenaan terus meletakkan motosikalnya di hadapan kereta mangsa sebelum membuka pintu bahagian penumpang dan mengambil beg tangan mangsa.

Suspek berjaya membuka pintu yang tidak berkunci dan melarikan beg tangan milik mangsa di siang hari/Facebook

Meskipun kawasan berkenaan tidak sunyi selain terdapat ramai orang yang lalu-lalang, namun perompak ini tetap berjaya melakukan aktiviti jenayahnya tanpa disedari oleh orang sekeliling.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI