27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaGaya HidupPandai sungguh cuba rebus sotong kembang guna periuk tekanan tinggi, wanita ini...

Pandai sungguh cuba rebus sotong kembang guna periuk tekanan tinggi, wanita ini tercari-cari sotong bertukar ‘jelly’

Ada orang kadang-kadang apabila nampak sotong kembang, terfikir pula macam mana sotong yang kecil itu boleh menjadi kembang. Kalau anda hendak tahu asalnya daripada sotong kering yang kita beli dekat pasar kering. 

Tanya dengan auntie atau uncle dekat pasar hendak masak sambal sotong kering atau hendak buat sambal sotong kembang. Kemudian tanya hendak beli air abu sotong sekali bersama sotong kering itu, hendak buat sotong kembang. Auntie atau uncle dekat pasar pasti faham punya.

Buat sotong kembang pakai air abu, dengan menjalani proses rendaman dan bilasan air sebanyak beberapa kali sehingga sotong kering menjadi kembang. Jika anda tidak mahu buat sendiri, boleh beli sahaja di pasar basah atau pasaraya.

Facebook

Kalau ada orang yang kata masak sambal sotong kembang itu leceh, mungkin orang itu akan kena gelak-gelak kaw-kaw punya. Mana tidaknya masak sotong kembanglah paling senang berbanding sambal sotong kering, sotong gurita atau sotong biasa.

Tambah kalau anda hendak buat sambal sotong kembang, tidak perlu direbus lagi sotong kembang itu. Hanya perlu rendam seketika dengan air sejuk, bilas dan tus kering. Potong ikut saiz kesukaan dan boleh masak sambal sotong, macam resipi sambal tumis sotong yang biasa. 

Entah bagaimana perkongsian seorang wanita ini di laman Facebook kumpulan MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL nampaknya menggelikan hati dan membuat ramai netizen berdekah terhibur.

Dia agak bersemangat hendak masak sambal sotong kembang, tapi lain pula yang terjadi dengan kisahnya.

Facebook

Menerusi perkongsian Norliza Liza, dia menceritakan kisahnya yang baru pertama kali ingin memasak sambal sotong kembang.

Namun lain pula yang terjadi apabila dia tersalah meletak setting periuknya iaitu menekan suhu untuk merebus daging kerana selama ini dia hanya menggunakan ‘pressure cooker’ untuk memasak daging saja. Dan ini kesalahannya, masak sambal sotong kembang adalah terus di kuali, tidak perlu menggunakan periuk tekanan tinggi. 

“Alih-alih bila buka periuk akak pun nak keluarkan sotong, ehhh mana pergi sotong ni. Sambal dah elok masak, sotong ini menyorok. Tak puas hati akak tuang je dalam sinki,” tulisnya.

Facebook

“Nah, surprise! Tinggal seperti dalam gambar je. Rupa-rupanya akak salah setting periuk, tertekan untuk daging. Selalu setting daging je, hari ni ambik. Tinggal tu je nak masuk dalam sambal sebelanga. Nasib sotong dah hancur lebur, dapat bau je,” tulis Norliza.

Posting yang menjadi tular dengan pelbagai komen netizen yang rata-rata geli hati membaca perkongsian wanita tersebut.

Facebook

Sambil ada pula netizen yang mengajar cara yang betul memasak sambal tumis sotong kembang.

Facebook

Tidak mengapalah tersalah masak sambal sotong kembang, buat pertama kali pun. Yang ini boleh jadi pengajaran. Tidak semua benda dan bahan boleh masuk lebur terus di dalam ‘pressure cooker’ tau. Lain kali menjadi baik sahajalah masakan sotong kembang tu, kalau sudah tahu cara tidak mahu sotong kembang bertukar menjadi ‘jelly’.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI