27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 16, 2025
Utama Blog Laman 345

Hanya belanja kopi untuk lelaki gelandangan, wanita muda ini terima nota renyuk dengan isi mengharukan

0

Ada banyak perkara yang mesti diperjuangkan oleh golongan gelandangan, ketika terpaksa mengais wang demi mendapatkan sedikit makanan sehinggalah mendapatkan tempat untuk berteduh dalam sehari. Hidup yang sangat tertekan.

Kadangkala bantuan sederhana seseorang ke atas golongan gelandangan ini boleh memberi kesan yang besar kepada mereka.

Kisah benar ini terjadi kepada seorang wanita dan ibu muda bernama Casey Fischer setelah dia secara kebetulan bertemu dengan seorang gelandangan yang hanya mempunyai sedikit wang untuk membeli makanannya pada hari itu.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

Suatu hari, ketika Casey Fischer berjalan ke Dunkin’ Donuts untuk membeli kopi dan donut, dia melihat seorang gelandangan bernyanyi di tepi jalan dan mengutip syilingnya.

Tidak lama kemudian, lelaki gelandangan itu berjalan menuju ke Dunkin’ Donuts dan duduk di bangku yang berdekatan dengan Casey.

Casey melihat gelandangan ini hanya dapat mengumpulkan satu dolar dengan nyanyiannya, jadi dia menawarkan untuk membelikan bagel dan secawan kopi.

Pada mulanya gelandangan itu enggan dan menolak tawarannya, tetapi pada akhirnya dia mengalah dengan tawaran Casey.

Kemudian, Casey mengajaknya ke meja bersama di mana dari situ mereka telah berkongsi perbualan.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

Nama lelaki ini adalah Chris yang berkata dia terkejut dengan kebaikan hati Casey.

Katanya dia biasa dipandang rendah oleh masyarakat hanya kerana dirinya seorang gelandangan.

Kebencian dan penghinaan yang dia terima di kalangan orang ramai telah membuatnya menjadi tertekan.

Chris kemudian mengakui bahawa dia kehilangan tempat tinggal kerana penyalahgunaan dadah yang telah membuatnya berada dalam keadaan sekarang dan sejak itu dia mula menyesal.

Namun, Chris masih mempunyai impian untuk menjadi anak lelaki yang boleh dibanggakan oleh ibunya.

Ibu Chris telah lama meninggal dunia kerana barah, tetapi itu tidak pernah menghalangnya untuk bermimpi menunaikan janjinya.

Chris dan Casey bercakap selama satu jam sebelum Casey menyedari bahawa dia perlu kembali ke kelasnya.

Tetapi sebelum Casey beredar, Chris memintanya untuk menunggu beberapa saat sambil menulis sesuatu di atas resit yang renyuk dan menghulurkannya ke tangan Casey.

Chris sempat meminta maaf kerana tulisan tangannya yang tidak kemas dan dia tergigil-gigil sebelum mereka berpisah dengan membalas senyuman dan pergi dengan urusan masing-masing.

Ketika Casey membuka dan membaca helaian kertas renyuk itu, dia menyedari bahawa sikapnya yang baik dan sederhana ketika melayan Chris bukan sahaja telah membantu menghilangkan dahaga dan kelaparan gelandangan ini malahan kehidupannya pada hari itu, ketika saat itu.

Facebook

Dalam kertas itu, gelandangan Chris menulis dengan isinya yang mengharukan “Saya ingin membunuh diri hari ini. Tetapi kerana kamu, sekarang saya tidak mahu melakukannya. Terima kasih, wanita cantik.”

Lihat, betapa besarnya impak bantuan kecil Casey yang tanpa disedari telah mampu menyelamatkan nyawa orang lain.

Pemilik berlutut serta tidak dapat luruskan badan ketika masuk rumah baru, pangsapuri di Sichuan ‘mengecil’ hanya setinggi 1.3 meter

0

Pemilik Komuniti Poly Daduhui di Daerah Xindu, Chengdu, Sichuan di China melaporkan bahawa ketika hartanah yang telah dibeli mereka diserahkan, didapati bahawa lantai dan siling dalam ruang rumah yang dijanjikan oleh pemaju hanya setinggi 1.3 meter.

Orang dewasa sama sekali tidak dapat berdiri tegak. Mereka mendedahkan rumah baru itu digambarkan oleh pemiliknya yang keliru dengan pertanyaan “Apa yang orang panggil semua perlu menundukkan kepala di bawah bumbung untuk masuk.”

Pangsapuri di Komuniti Poly Daduhui telah dijual dengan harga lebih RMB 10,000 (RM6,346.00) meter per persegi untuk seunit. Pemiliknya, Gao berkata pada masa pembelian, pemaju mengiklankan pangsapuri berloteng, tetapi didapati orang dewasa sama sekali tidak boleh berdiri di ruang loteng itu.

hk01

Pada masa yang sama, terdapat juga banyak masalah di unit rumah ini, termasuk tangga yang diperbuat daripada papan kayu yang tidak dipaku dengan padu dan kuat. Cukup untuk memijak kaki dan papan akan bergoyang, juga skru pada pendakap tangga boleh dengan mudah dikeluarkan.

Pemilik lain yang bernama Chen berkata setelah penyerahan harta tanah itu, dia mendapati bahawa rumah itu seperti tersalah serah. Kontrak pembelian itu telah segera diperiksa dan didapati pemaju telah menandakan ketinggian unit sebagai ‘X’ dan tidak membuat peraturan yang jelas mengenai ketinggian unit. 

hk01

Walau bagaimanapun, iklan promosi pemaju mengandungi kata-kata seperti “Hardcover Climbing” dan ruang tamu setinggi 3.9 meter. Pemilik rumah pernah mengukur ketinggian lantai unit, yang menunjukkan bahawa apa yang disebut ‘ruang tamu siling setinggi 3.9 meter’ tidak mencapai 3.9 meter, tetapi hanya 3.7 meter.

Chen juga berkata pemaju tidak menyediakan unit contoh dan hanya boleh bergantung pada kakitangan jualan yang memperkenalkan unit serta bahan promosi lain untuk penilaian bakal pembeli. Walau bagaimanapun, pemaju kemudian meminta pemilik untuk menandatangani perjanjian tambahan, dengan mengatakan bahawa iklan serta lain-lain yang berkaitan seperti publisiti seni grafik tidak mengikat penjual.

hk01

Menurut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pembinaan negara itu, ketinggian lantai kediaman hendaklah 2.8 meter, dan ketinggian lantai bangunan untuk pengiraan ruang bangunan hendaklah berukuran 2.2 meter atau lebih.

Huang Rui, seorang peguam di Firma Guaman Tuoyue Sichuan, menyarankan agar pemilik berkomunikasi dan berkoordinasi dengan pemaju, termasuk sama ada untuk membetulkan keadaan, atau berunding memberikan sejumlah pampasan. 

hk01

Sekiranya koordinasi antara kedua-dua pihak gagal, disarankan agar pemilik dapat melaporkan penipuan ini kepada pihak berkuasa dalam industri berkaitan, seperti Biro Perumahan dan Pembangunan Bandar-Luar Bandar, bagi menunjukkan bahawa aduan mereka ini adalah wajar.

Buat masa ini, pemilik telah melaporkan kes ini kepada Biro Perumahan dan Pembangunan Bandar-Luar Bandar serta Biro Pengawasan Pasaran serta jabatan yang berkaitan untuk menjalankan siasatan.

Terhibur dengan ‘silap mata’ yang dilakukan ibu bapanya, gelak tawa si kecil ini pasti buat anda mahu ketawa sama

0

Anak kecil memang banyak ragam dan telatah lucu yang tersendiri. Terkadang apa yang mereka gelakkan bukanlah sesuatu yang lucu pun tetapi gaya ketawa mereka seolah-olah apa yang dilihat adalah perkara paling lucu di dalam dunia ini.

Buktinya, lihat sahaja kanak-kanak lelaki di dalam video ini yang kelihatannya sangat terhibur dengan ‘silap mata’ yang dilakukan oleh ibu bapanya.

Semuanya bermula apabila ibunya mengambil sebotol air dan diletakkan di dahinya.

Facebook

Mereka kemudian bepegangan tangan selah-olah ketika itulah silap mata tersebut berlaku.

Facebook

Tidak lama selepas itu, si bapa terus mengeluarkan air daripada mulutnya seolah-olah air sebenarnya datang daripada ibunya dan mengalir melalui mereka bertiga selepas mereka berpegangan tangan.

Melihat apa yang berlaku terus membuatkan si kecil itu tergelak besar!

Facebook
Facebook

Mungkin bagi kita apa yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini bukanlah sesuatu yang lucu, tetapi bagi anak kecil mereka tindakan tersebut adalah sesuatu yang sangat kelakar.

Kita yang menonton bukan ketawa kerana ‘silap mata’ ini tetapi kerana lucu melihat tawa si kecil yang bersungguh-sungguh. Tawanya yang comel sudah boleh buatkan ramai yang tergelak sama!

Lihatlah betapa lucunya reaksi si kecil ini:

Facebook

Kehilangan kucingnya selama beberapa hari, pemilik minta tolong kucing lain untuk sampaikan pesanan kepada kucingnya supaya pulang

0

Antara perkara yang paling menjadi kebimbangan pemilik haiwan ialah apabila haiwan kesayangan mereka hilang dari rumah.

Pasti satu rumah tidak senang duduk mahu mencari haiwan peliharaan yang hilang, risau-risau jika haiwan mereka kemalangan, sesat atau diambil orang.

Untuk mencari haiwan yang hilang juga terkadang tidak mudah. Bayangkan betapa besarnya kawasan perumahan, haiwan kesayangan mereka boleh berada di mana-mana!

Gambar Hiasan/Unsplash

Namun, sebenarnya ada cara paling ‘legend’ untuk mencari haiwan peliharaan yang hilang iaitu dengan menyampaikan pesan kepada haiwan melalui kawan-kawan mereka di jalanan.

Itulah yang dilakukan oleh seorang pemilik kucing apabila kucingnya sudah berhari-hari tidak pulang ke rumah. Walaupun sebelum ini kucingnya pernah lari dari rumah tetapi ia akan pulang juga, tetapi kali ini sudah berhari-hari ia tidak pulang ke rumah langsung.

Jadi, untuk mencari kucingnya yang hilang pemilik tersebut telah menyiarkan berita tersebut di internet untuk meminta bantuan orang ramai. Di situlah ada seorang pengguna internet yang berkongsi tips dengan menyuruh pemilik haiwan itu meminta kucing jalanan menyampaikan pesan kepada kucingnya yang hilang supaya pulang ke rumah.

Facebook

Pemilik kucing tersebut kemudian mula bercakap dengan kucing-kucing jiran dan kucing-kucing di jalanan dengan memberi pesan kepada mereka supaya memberitahu kepada kucingnya untuk pulang ke rumah.

Facebook

Apa yang mengejutkan apabila sampai sahaja di rumah pemilik kucing tersebut mendapati kucingnya telah berada di depan pintu rumah!

Nampaknya usahanya telah berhasil dan tips yang diberikan memang sangat berguna. Rupa-rupanya sudah ramai yang menggunakan teknik ini untuk memanggil pulang kucing mereka yang tidak pulang ke rumah dan kebanyakannya memang berhasil!

Jadi, jika suatu hari nanti kucing anda hilang berhari-hari gunakan kaedah ini. Kucing mempunyai daya komunikasi yang baik, jadi kemungkinan besar kucing anda yang hilang pasti akan pulang semula ke rumah.

Kajian buktikan mereka yang mempunyai riak wajah tegang adalah seorang lebih efisien ketika bekerja

0

Setiap orang mempunyai riak wajah yang tersendiri. Ada yang manis sentiasa, tanpa melakukan apa pun mereka sudah kelihatan seperti tersenyum.

Ada pula yang serius dan tegang memanjang, hendak tegur pun takut sehingga ada yang mengatakan mereka seolah-olah tiada perasaan.

Gambar Hiasan/PhotoAC

Namun begitu, tahukah anda bahawa mereka yang mempunyai riak muka tegang sebenarnya mempunyai keistimewaan sendiri?

Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknikal Munich, golongan ini adalah mereka yang lebih cekap dan efisien ketika bekerja. Hal tersebut membuatkan mereka dikatakan lebih berpeluang banyak untuk dinaikkan pangkat di tempat kerja.

Berikut adalah laporan dan hasil kajian yang telah dijalankan:

Jarang membuat kesilapan di tempat kerja

Mereka yang mempunyai riak wajah yang serius dikatakan seorang yang sangat produktif dan memiliki kemahiran komunikasi yag lebih tinggi di tempat kerja jika dibandingkan dengan orang lain. Hal tersebut membuatkan mereka jarang melakukan kesalahan ketika bekerja.

Gambar Hiasan/PhotoAC

Menahan emosi negatif boleh memudaratkan kesihatan

Kajian menunjukkan bahawa jika anda cuba menekan emosi seperti tidak berpuas hati ketika bekerja dan memaksa diri untuk ketawa, anda tidak akan bahagia, dan itu hanya akan membuatkan anda lebih berasa lebih kosong dan kesepian!

Keadaan ini akan mempengaruhi tubuh sehingga membuatkan prestasi kerja anda juga akan menjadi jatuh.

Gambar Hiasan/PhotoAC

Senyum yang tidak selesa adalah berlebihan

Meredith Bennett-Smith, editor kreatif media Amerika terkenal Quart, menyebut dalam artikelnya bahawa majikan atau orang atasan tidak perlu meminta pekerja untuk sentiasa tersenyum setiap masa.

Hal ini kerana mereka mungkin tidak selesa. Adalah lebih baik untuk mencurahkan seluruh tenaga mereka untuk bekerja!

Ahli Parlimen Kepong kesan Kancil Lejen. “Sudah tiba masanya kereta ini berehat dari medan pertempuran jalan raya”

0

Kereta Perodua Kancil atau lebih dikenali dengan ‘Kancil Legend” yang pernah mencuri perhatian warga media sosial beberapa tahun lalu, sekali lagi disebut-sebut setelah ditemui di Kepong.

Ia dikongsikan oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng di Facebook, di mana beliau sudah pun memaklumkan mengenainya kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tindakan lanjut.

“Keberadaan kereta ini di jalan raya sangat membahayakan. Tayarnya sudah pecah dan kepala pemandu terkeluar dari kereta”, tulis Lim Lip Eng.

Tambahnya lagi, jika kereta itu dibiarkan untuk terus digunakan di atas jalan raya, pasti akan berlaku sesuatu, memandangkan trafik di Kepong sentiasa sibuk.

“Pihak pejabat saya sudah melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa DBKL dan dalam masa terdekat ini, kereta ini akan ditunda. Lokasi kereta ini sudah dikenal pasti”.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan sebelum berlaku kejadian tidak diingini. “Pihak berkuasa tak mahu buat apa-apa ke?”, soalnya.

Beliau yang mementingkan keselamatan pengguna berkata dirinya akan berjumpa dengan pemilik kenderaan itu untuk berbincang.

“Sudah tiba masanya kereta ini berehat dari medan pertempuran jalan raya,” tulisnya diakhiri ucapan RIP kereta Kancil Lejen.

Difahamkan bahawa pemilik kereta berusia lingkungan 40-an itu pernah diambil tindakan namun menggunakan dua buah kereta Kancil lain yang telah pun disita.

Satu kenderaan tersebut telah dilupuskan sementara sebuah lagi kenderaan kini berada di stor Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Sebelum ini, kereta Kancil Lejen yang lain telah disita oleh pihak berkuasa atas beberapa kesalahan – lesen memandu tamat tempoh dan tidak mempunyai nombor pendaftaran hadapan dan belakang.

Tonton video di sini.

Tentera Laut Indonesia kerah aset cari KRI Nanggala-402, ada masa hingga Sabtu sebelum bekalan oksigen habis

0

Bekalan oksigen kapal selam KRI Naggala-402 yang dipercayai hilang kira-kira 60 batu di perairan Bali difahamkan hanya bertahan sehingga 24 April.

Perkara itu sekaligus menyebabkan kerja-kerja operasi mencari dan menyelamat (SAR) krew kapal selam tersebut terus dipergiat.

Kata Panglima Tentera Laut Indonesia, Laksamana Yudo Margono pada 22 April, bekalan oksigen hanya mampu bertahan 72 jam, sekali gus memberi masa kepada pasukan SAR sehingga Sabtu pagi.

Reuters

“Lebih kurang tiga hari (bekalan oksigen). Kalau hilang kontak pada hari Rabu, jam 3 (pagi), maka ia boleh bertahan sehingga hari Sabtu, pukul 3 pagi, iaitu 72 jam,” kata Yudo.

Difahamkan bahawa pasukan SAR turut menemukan petunjuk awal iaitu kesan tompokan minyak, selain sebuah kapal SAR mengesan pergerakan di dalam air.

Menurut Yudo, kapal selam itu mungkin berada pada kedalaman 50 hingga 100 meter kerana tumpahan minyak tersebut.

“Ada minyak yang dibuang. Ia dilakukan dengan harapan untuk meringankan berat kapal selam sehingga ia boleh terapung”.

Atau tumpahan minyak berkenaan berkemungkinan disebabkan oleh keretakan dan kebocoran pada tangki bahan api kapal selam tersebut, menurutnya.

AP

Dalam pada itu, pasukan penyelamat turut khuatir jika KRI Nanggala tenggelam. Ini kerana, kedalaman maksimum yang mampu diselaminya hanya 250 hingga 500 meter sahaja.

“Jika lebih dari itu, ia boleh membawa maut,” kata Ketua Laksamana Angkatan Laut (Kadispenal) Laksamana Pertama, Yulius Widjojono.

Sungguhpun begitu, Yudo berkata bahawa sehingga kini kapal selam itu masih belum ditemukan dan tiada bukti kukuh menunjukkan ia tenggelam.

Pada 3:46 pagi 21 April, KRI Naggala difahamkan melaksanakan penyelaman kemudian pada jam 4 pagi, ia bersiap sedia untuk melakukan tembakan torpedo.

Namun pada jam 4:25 pagi selepas arahan kebenaran penembakan dikeluarkan, komunikasi dengan kapal selam tersebut telah terputus.

Kedudukan terakhirnya adalah pada 23 batu di Utara Pulau Bali.

BBC

Sebanyak enam kapal perang, helikopter dan 400 orang terlibat dalam pencarian. Malaysia dan Singapura turut menghantar bantuan.

Selain itu, tujuh buah negara lain iaitu Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Turki, India dan Australia turut menawarkan bantuan dalam pencarian kapal selam berkenaan.

Ibu dakwa anak dipukul guna pembaris oleh guru kerana tak siap kerja sekolah

0

Lantaran gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberikan, seorang wanita dari Kedah mendakwa bahawa anaknya yang berusia 9 tahun telah dipukul oleh guru.

Pelajar terbabit difahamkan telah dipukul menggunakan pembaris oleh gurunya pada 22 April yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian itu oleh ibu murid terbabit pada hari yang sama.

“Semasa mengambil anaknya di sekolah pada jam 1 petang, dia mendapati lengan bahagian kiri, jari kiri dan muka sebelah kiri anaknya mengalami kecederaan”.

Tambahnya, mangsa memaklumkan bahawa guru telah memukulnya menggunakan pembaris kerana tidak siap kerja sekolah.

Jelas beliau dalam satu kenyataan, kes itu masih lagi dalam siasatan pihaknya di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, ia membawa kepada hukuman penjara maksimum selama setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Janji hadiahkan PS5 jika cemerlang, kegagalan ibu ini tunaikan janji pada anaknya tagih simpati warganet

0

Melafazkan janji sememangnya mempengaruhi hubungan peribadi, ia adalah komitmen yang melibatkan nilai emosi.

Jika ianya dimungkiri, kepercayaan orang lain terhadap anda mungkin akan terhakis sekaligus memberi kesan kepada hubungan sesama manusia.

Tidak kiralah sesama pasangan mahupun dengan keluarga, janji haruslah ditepati. Lebih-lebih lagi jika berjanji dengan anak. Itulah kisah yang disentuh hari ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi kisah sepupunya yang tidak menepati janji kepada anak lelakinya. Dia mahu kisah ini memberi pengajaran buat semua.

Menurut pengguna itu, sepupunya itu sudah bercerai lalu telah berkahwin lain. Mereka memulakan hidup baru namun anak lelakinya diletakkan di bawah jagaan datuk dan nenek.

Walaupun ibu bapanya bercerai, budak tersebut sering kali mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Budak tersebut sering kali diberi hadiah mainan sebagai ganjaran atas prestasinya. Namun  oleh kerana ibu bapanya berpisah, dia tidak mempunyai model peranan mahupun bimbingan ibu bapa.

Manakala datuk dan neneknya pula tidak begitu mahir untuk mendisiplikannya. Anak tersebut perlahan-lahan berubah menjadi ketagih dengan permainan di telefon bimbit.

Dia sering menghabiskan masa dengan bermain permainan video, menyebabkan markah peperiksaannya merudum.

Melihat kepada perkara ini, ibu budak terbabit akhirnya berjanji bahawa dia akan membelikan Play Station 5 jika anaknya mendapat keputusan yang cemerlang.

Sebaik sahaja mendengar PS5, anaknya lebih bermotivasi untuk mengulangkaji pelajaran dan kemudian berjaya mendapat tempat kedua terbaik di dalam kelasnya.

Malangnya, ibu budak terbabit langsung tidak memeriksa harga PS5 tersebut sebelum berjanji. Dia tidak tahu bahawa harganya agak mahal iaitu antara RM1,869 hingga RM2,299.

Ibunya kemudian memutuskan untuk menangguhkan niat untuk menghadiahkan PS5 tersebut. Ia membuatkan anaknya itu berasa sangat kecewa dan marah.

Itulah, sebelum berjanji, kita kenalah pastikan bahawa kita mampu menunaikannya. Ini kerana ibu bapa merupakan insan yang sangat dipercayai kanak-kanak.

Hati kanak-kanak itu masih suci dan mungkin tindakan ibunya ini akan membuatkannya sukar untuk mendengar kata pabila dewasa kelak.

Kasihan si anak! Sebenarnya tidak perlu pun untuk kita gunakan benda dalam memupuk minat kanak-kanak bukan? Apa pendapat anda?


Dokumen yang bocor dedah kes-kes dengan reaksi buruk terhadap vaksin COVID-19 buatan China

0

Individu yang disuntik dengan vaksin buatan China telah melaporkan mengalami pelbagai reaksi dan kesan buruk, termasuk demam, mual, dan cirit-birit, demikian menurut dokumen dalaman yang baru-baru ini diperoleh oleh The Epoch Times.

Dokumen-dokumen tersebut yang diperolehi oleh sumber yang dipercayai, turut mendedahkan kes seorang lelaki China yang telah diberi vaksin dengan dos sepenuhnya yang kemudian berulang kali didapati positif COVID-19.

Dokumen 8 April yang bertajuk ‘Statistic Table of Adverse Reactions of COVID-19 Vaccines’ yang dikeluarkan oleh pusat kesihatan komuniti Daerah Laishui, Bandar Baoding di utara Wilayah Hebei, China menunjukkan bahawa warga tempatan yang disuntik dengan vaksin buatan China telah mengalami pelbagai reaksi yang buruk seperti ruam, demam, loya, cirit-birit, sakit dada dan sesak nafas.

Warga China menunggu untuk menerima vaksinasi di Chaoyang Museum of Urban Planning di Beijing, China pada 15 Januari, 2021. (Gambar oleh Noel Celis /AFP /Getty Images)

Dokumen lain yang dikeluarkan oleh pejabat Pasukan Kepimpinan Perbandaran Baoding untuk Tindak Balas Epidemik pada 3 Mac mencatatkan kes seorang penduduk tempatan yang dikuarantin oleh pihak berkuasa selama 47 hari setelah dia diberi vaksin sepenuhnya.

Menurut dokumen itu, Sui, seorang penduduk di daerah Lianchi di bandar Baoding, telah menerima dua dos vaksin buatan China pada bulan Disember 2020. Selepas itu, dia pergi ke Jerman pada bulan Januari. Ketika dia kembali ke Baoding pada 11 Januari, dia diletakkan di bawah kuarantin berpusat.

Sui telah menjalani ujian komprehensif COVID-19 sebanyak lima kali selama kuarantin, yang merangkumi ujian rutin darah, CT, serum darah, dan asid nukleik, kata dokumen itu. 

Antibodi IgMnya dalam ujian serum darah adalah positif pada setiap kali. Akibatnya, dia dikuarantin selama 47 hari dan seterusnya, sehingga tarikh dokumen itu dikeluarkan.

Pengesanan antibodi IgM adalah ujian serologi yang mungkin menunjukkan jangkitan yang terkini.

Paparan Skrin “Request for Consultation with Provincial Experts on a Resident Surnamed Sui” (The Epoch Times)

Kerana pengasingan yang lama, Sui ‘sangat gelisah’ dan memanggil jabatan kerajaan yang berlainan berkali-kali, menurut dokumen tersebut. Oleh itu, pejabat Pasukan Kepemimpinan Baoding untuk Respons terhadap Epidemik meminta agar pakar dari wilayah mengadakan perbincangan berkenaan kesnya.

Mengenai kuarantin Sui, seorang kakitangan dari Pejabat Luar Negeri Kerajaan Tempatan Baoding berkata kepada The Epoch Times, “Polisi menetapkan bahawa seseorang yang diuji IgM positif perlu menjalani kuarantin di pusat kuarantin, dan hanya apabila mereka disahkan berubah negatif, baharu boleh dikeluarkan.”

“Pada dasarnya kami mempunyai pakar yang berunding dengannya sebanyak seminggu sekali, dan kesimpulan daripada setiap perbincangan adalah meneruskan kuarantin,” menurut mereka.

Menurut para pakar, antibodi IgM muncul pada tahap awal jangkitan manusia terhadap COVID-19. Setelah diberi vaksin dan dalam kuarantin selama 47 hari, sangat luar biasa bagi antibodi IgM untuk positif.

Kakitangan itu juga mendedahkan bahawa para pakar yang berunding mengenai kes Sui mengatakan bahawa hasil positif IgM mungkin ada kaitan dengan vaksinnya. Kesan sampingan bergantung pada keadaan fizikal seseorang. Setelah divaksinasi, beberapa orang mungkin positif IgM selama setengah tahun, sementara yang lain diuji negatif.

Seorang lelaki tiba di Chaoyang Museum of Urban Planning di Beijing untuk menerima vaksinasi pada 15 Januari, 2021. (Gambar oleh Noel Celis / AFP / Getty Images)

Kualiti dan keberkesanan vaksin buatan China telah menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia. Pengarah Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China , Gao Fu mengakui dalam Persidangan Vaksin dan Kesihatan Kebangsaan China pada 10 April bahawa vaksin China mempunyai ‘kadar keberkesanan yang rendah’ dan beliau sedang mempertimbangkan untuk mencampurkan vaksin pelbagai teknologi.

Gao Fu sebelumnya telah menyatakan bahawa dos ketiga mungkin diperlukan agar vaksin buatan China dapat berfungsi, sebagai tindak balas kepada doktor yang didapati positif jangkitan setelah mendapat vaksin sepenuhnya, yang menimbulkan kekecohan di negara ini.

Dokumen dalaman yang lain adalah “Notis mengenai Pengukuhan Lebih Lanjut Pengurusan Keselamatan Vaksinasi COVID-19” yang dikeluarkan pada 6 April oleh pejabat Pasukan Kepemimpinan Kerajaan Wilayah Hebei untuk Respon Epidemik. Dokumen tersebut, ditandakan sebagai ‘sangat penting dan tidak boleh didedahkan kepada umum’ yang meminta peningkatan pemantauan terhadap golongan penerima vaksin yang mendapat reaksi dan kesan buruk.

Jabatan peraturan kesihatan dan ubat-ubatan di peringkat bandar atau ke atas mesti menyiasat dan menangani dengan teliti di mana vaksinasi telah menyebabkan kematian, kecacatan teruk, atau reaksi buruk lain yang boleh memberi kesan yang besar kepada masyarakat, menurut dokumen itu.

Paparan Skrin “Notice on Further Strengthening the Safety Management of COVID-19 Vaccination” pada 6 April 2020 (The Epoch Times)

Dikatakan agensi kerajaan diminta untuk mempergiatkan pemantauan dan menangani ‘reaksi buruk yang akan memberi kesan negatif yang besar kepada masyarakat.”