KOTA BHARU – Seorang penjual burger meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila pihak polis mengenakan kompaun sebanyak RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had waktu yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut peniaga yang dikenali sebagai Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38 tahun, dia menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di hadapan rumahnya yang terletak di Kampung Rambutan Rendang.
Bagaimanapun sekitar jam 11.10 malam, dia telah didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan 15 burger dari pelanggan sebuah kilang di Pengkalan Chepa untuk juadah sahur.
“Ketika itu tiada seorang pelanggan di kedai dan saya sedang menyiapkan tempahan daripada pekerja kilang. Memang saya belum tutup kedai tapi meja sudah disimpan. Saya hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar kepada pekerja kilang”.
Jelas Faisal lagi, “Saya agak terkejut apabila dikenakan kompaun setinggi itu hanya untuk kesalahan ini. Sudahlah musim PKP, berniaga pun bukannya laris sebagaimana sebelum ini”.
Difahamkan, Faisal sebelum ini pernah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 bagi kesalahan yang sama. Namun, tidak menyangka akan dikenakan jumlah kompaun maksimum kerana kes berulang. Dia turut berharap agar jumlah kompaun ini akan dipertimbangkan semula memandangkan sumber pendapatan utamanya hanyalah dengan berniaga burger.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan mengenai laporan kompaun berkenaan dan menegaskan bahawa jumlah kompaun pada kertas sama sebanyak RM50,000 merupakan jumlah maksimum bagi kedai yang berniaga lebih masa atau membuka meja untuk pelanggan atau tidak menyediakan penyukat suhu.
“Bagi kesalahan individu akan ditulis jumlah maksimum RM10,000. Bagaimanapun, peniaga berkenaan boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Itu cuma dinyatakan jumlah maksimum,” jelas Abdul Rahim.
Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dikatakan tidur lena di dalam sebuah kereta.
Walaupun kereta itu sudah digoncang, budak terbabit masih lagi tidak sedarkan diri. Ibunya juga puas memanggil dan mengetuk tingkap daripada luar.
“Dia memang tidur mati”, kata ibunya di dalam video tersebut. Mujurlah dengan bantuan orang-orang di sekitar yang terus menggoncangkan kereta, budak itu sedar.
Apa yang mengagumkan, orang ramai yang datang menghulurkan bantuan terdiri dari berbilang bangsa dan agama apabila berlakunya detik-detik cemas. Mereka semua bekerjasama memberi bantuan mengoncangkan kereta tersebut agar kanak-kanak tersebut sedarkan diri dari tidur.
Inilah semangat perpaduan dan keprihatinan yang diterapkan pada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, mereka benar-benar saling tolong-menolong antara satu sama lain.
Sungguhpun begitu, tinjauan pada komen netizen rata-ratanya berasa sedih kerana kejadian tinggalkan anak dalam kereta masih lagi berlaku.
Panglima Tentera Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto telah mengumumkan bahawa kesemua kru kapal selam KRI Nanggala-402 telah terkorban.
“Seramai 53 personnel yang onboard KRI Nanggala-402 telah gugur, berdasarkan bukti-bukti authentic itu. Dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala-402 telah tenggelam”, ujarnya.
Tambah beliau, beberapa bahagian kapal selam itu juga sudah ditemukan berdasarkan visual bawah air yang dilakukan oleh kapal tentera Singapura, MV Swift.
Dalam pada itu, jenazah kru kapal akan dibawa ke Surabaya, Jawa Timur, menurut Ketua Angkatan Laut Laksamana, Yudo Margono.
Katanya lagi, proses evakuasi mangsa dan bagaimana caranya akan diberitahu kemudian. “Evakuasi nanti kita ke Surabaya atau sesuai permintaan keluarga”.
Kita semua tahu kucing memiliki personaliti yang boleh dikatakan sebagai sombong. Kucing cenderung untuk inginkan kawasan peribadi dan tidak suka apabila sering diganggu oleh manusia yang geram dengan kecomelannya.
Namun, bukan semua kucing begitu. Ada juga kucing yang sangat manja dan gemar berkepit dengan tuannya tanpa mengira masa. Seperti video berdurasi 2 minit 3 saat yang dikongsikan di YouTube ini. Dalam video berkenaan memaparkan gelagat seekor anak kucing yang sangat manja dengan tuannya.
Anak kucing yang mengantuk ini pada awalnya tidur lena di atas riba tuan yang baik hati. Tuannya yang mahukan si comel tidur dalam keadaan lebih selesa telah mengangkat anak kucing ini dan meletakkannya di bawah secara perlahan-lahan.
Bimbang anak kucingnya itu terjaga, tuannya sempat membelai supaya anak kucing itu terus tidur dengan nyenyak dibuai mimpi. Namun, tidak sampai berapa saat, anak kucing yang comel ini telah terjaga dari tidurnya dan kelihatan seperti mamai.
Reaksinya sungguh comel apatah lagi apabila anak kucing ini mula menyedari tempat tidurnya sudah beralih lantas bingkas bangun dan naik semula ke kaki tuannya. Anak kucing ini kemudian terus melelapkan matanya. Agaknya tidur di atas kaki lebih selesa berbanding tempat lain…
Comel betul! Pasti tuannya bertuah kerana memiliki kucing yang manja seperti ini.
TAIPEI- Seorang budak lelaki berusia 7 tahun bernama Huang disahkan mengalami kecederaan otak selepas menyertai kelas judo. Dia dikatakan baru dua minggu menyertai kelas tersebut yang berlokasi di sebuah gim di Taichung, Taiwan.
Kanak-kanak tersebut dikatakan telah dijatuhkan ke lantai sebanyak 27 kali berturut-turut oleh jurulatih dan senior semasa latihan. Hal tersebut membuatkan dia mengalami pendarahan pada otak yang akhirnya membawa kepada mati otak.
Bapa kepada Huang memberitahu bahawa ketika doktor melakukan pembedahan ke atas anaknya, dia terkejut kerana kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak itu sangat teruk seolah-olah dia dilanggar oleh sebuah kereta. Polis kini melakukan siasatan terhadap jurulatih judo atas sebab kecuaian sehingga menyebabkan kecederaan pada pelatihnya.
Menurut tiga rakaman video telefon bimbit yang diberikan oleh ayah Huang kepada pihak media, video menunjukkan bahawa anaknya itu dilemparkan ke lantai oleh seorang budak lelaki yang lebih tua. Huang kemudian kelihatan enggan bangun dan berlutut sambil menangis dengan mengatakan, “Kaki saya, kaki saya!”
Dalam video lain pula, seorang budak lelaki yang lebih tua sekali lagi menjatuhkan Huang ke lantai. Selepas dijatuhkan Huang terbaring dan tidak dapat bangun semula. Di situ terdapat dua orang kanak-kanak yang sedang memerhatikan apa yang berlaku.
Dalam filem ketiga, Huang kelihatan masih terbaring di lantai. Jurulatih pula berdiri di hadapannya dengan tangan di pinggulnya. Seorang budak lelaki yang lebih tua menghulurkan tangan untuk membantu Huang, tetapi tindakannya dihalang oleh jurulatih tersebut.
Jurulatih tersebut kemudian mengarahkan Huang untuk bangun sendiri tetapi kanak-kanak itu enggan dan menangis dalam kesakitan.
Ayah Huang mendakwa anaknya telah terjatuh di lantai lebih daripada 20 kali dan tidak dapat bangun. Jurulatih berfikir kanak-kanak itu hanya berpura-pura, jadi dia menyeretnya dan menjatuhkannya ke lantai sebanyak 7 atau 8 kali sebelum dia berhenti.
Ekoran kejadian tersebut jurulatih tersebut kini disiasat atau kecuaian yang menyebabkan kecederaan parah tetapi dia meminta supaya pihak kehakiman tetap membenarkannya menjalani latihan judo seperti biasa.
Pihak pendakwa raya akan memangil saksi kejadian terlebih dahulu sebelum memanggil semula jurulatih tersebut untuk menjalankan siasatan susulan atas ke tersebut.
PANAMA- Isu dadah adalah antara masalah global yang serius. Pelbagai cara digunakan oleh sindiket dadah untuk mengaburi mata pihak berkuasa dalam melakukan kegiatan haram mereka.
Baru-baru ini sebuah lagi kes penyeludupan dadah dilaporkan dan kali ini ianya berlaku di sebuah penjara di Panama.
Pada 16 April lalu, seorang petugas penjara terlihat seekor kucing berwarna oren dan putih memasuki penjara berkenaan bersama kain kecil yang diikat pada lehernya.
Ketua Sistem Penjara Panama, Andres Gutierrez berkata, pemeriksaan pada kain putih berkenaan terdapat paket kecil yang mengandungi serbuk putih dan daun. Pemeriksaan lanjut mendapati bahan tersebut merupakan dadah jenis kokain dan marijuana.
Sebelum ini pengawal penjara berkenaan berjaya mengesan burung merpati yang dilatih untuk menyeludup dadah ke dalam penjara itu, lapor AFP.
Bapa merupakan lelaki pertama dalam hidup setiap anak perempuan. Kasih sayang antara seorang bapa dan anak perempuan memang benar-benar sejati malah boleh membuatkan si isteri kadangkala cemburu. Hati bapa mana yang tidak akan cair apabila melihat kecomelan anak perempuan bukan?
Baru-baru ini tular satu video yang berjaya membuatkan warganet hampir mengalirkan air mata melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh dua beranak ini. Video yang dikongsikan di laman Instagram oleh akaun sahabatsurgadengan kapsyen, “Mengharukan. Ayah.. Cinta pertama puteri kesayangannya” itu berjaya menarik sehingga 68,693 tanda suka dan 355,000 tontonan.
Dalam video berkenaan, kelihatan si bapa dan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya sedang berhenti di tepi jalan untuk bermain ‘osom’. Kasih sayang seorang bapa jelas terpancar apabila dia sanggup berhenti seketika demi melayan kerenah anak kecilnya itu.
Lebih mengharukan lagi, setiap kali bapanya kalah dalam permainan osom tersebut, si anak akan memberikan kucupan mesra di pipi bapa tercinta. Ternyata, dengan hanya satu perkara yang mudah, kita dapat membahagiakan orang tersayang tanpa perlu berhabis wang ringgit.
Setelah video ini menular dengan rancaknya di media sosial, majoriti warganet mula mengimbau kembali kenangan lama bersama bapa masing-masing sewaktu zaman kecil dahulu. Ada yang juga yang menjadikan video ini sebagai iktibar untuk sentiasa menghargai jasa kedua orang tua kita.
Memasuki bulan April 2021, data pandemik di Amerika Syarikat terus meningkat selama 4 minggu berturut-turut. Lisa Zhao, seorang jurutera mekanikal yang telah bersara dan tinggal di Amerika Syarikat, melihat data pandemik dalam talian dengan perasaan bercampur baur. Setiap kali 25 April merupakan hari terpenting dalam hidup Lisa.
Sejak berhijrah ke Amerika Syarikat dari China, Lisa akan berpakaian dengan penuh semangat dan mengambil bahagian dalam perhimpunan peringatan berskala besar pada 25 April pada setiap tahun.
Pada bulan April tahun lalu, virus yang luar biasa telah mengasingkan semua orang di seluruh dunia untuk terus berada di rumah, dan perhimpunan peringatan besar pada 25 April tidak dapat diadakan. Seperti mana orang lain, Lisa menanti dan berharap pandemik ini akan cepat berlalu.
Lisa Zhao, pengamal Falun Gong yang secara peribadi menyertai Petisyen 425 di Beijing (Li Zhenting / The Epoch Times)
Dalam sekelip mata, pada bulan April 2021, vaksinasi di Amerika Syarikat telah berlangsung sejak beberapa bulan. Peningkatan data pandemik baru-baru ini telah menambahkan kebimbangan semua orang yang baru sahaja menyangka akan melihat harapan.
Tetapi ini tidak termasuk Lisa. Lebih dua puluh tahun yang lalu, Lisa telah menemui penawar untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan mindanya dengan baik serta dapat menjauhi penyakit.
Sumber keberanian
April adalah bulan yang penuh dengan keberanian dan harapan. Tarikh 25 April 1999 merupakan hari yang Lisa tidak dapat lupakan buat seumur hidup.
Lisa adalah pangamal Falun Gong yang tinggal di Beijing ketika itu. Lisa mengingati pada 24 April 1999, rakan pengamal memberitahunya, “Institut Pendidikan Tianjin telah menerbitkan artikel yang memfitnah Falun Gong. Sebahagian pengamal Falun Gong di Tianjin mahu mendapatkan penjelasan mengenai berita tidak benar itu. Akibatnya mereka telah ditangkap.”
Tahun 1999 adalah tahun ketiga Lisa mengamalkan Falun Dafa. Tiga tahun sebelumnya, penyakit ‘myasthenia gravis’ yang teruk telah merebak di tubuh badannya sehingga Lisa sukar untuk berjalan, juga sukar untuk menelan sesuatu apabila makan.
Dalam beberapa tahun kebelakangannya, semua rawatan berakhir dengan kegagalan. Yang memburukkan lagi keadaan adalah penyakit tuberkulosis dikesan di paru-paru Lisa. Lisa merasakan hidupnya telah berakhir, sehingga bersedia menulis nota bunuh diri. Itu harus dengan kehendak Tuhan.
Dalam tempoh putus asa itu, Lisa cukup beruntung setelah bertemu dengan Falun Dafa. Latihan ini berdasarkan prinsip Sejati, Baik, Sabar dengan lima latihan yang mudah dipelajari, menjadikan Lisa secara ajaibnya telah beransur pulih. Sepanjang perjalanan menjalani latihan, tubuh, minda dan jiwa Lisa telah dibangkitkan dengan semangat yang dia tidak pernah alami sebelum ini.
Falun Gong ditubuhkan sejak 13 Mei 1992 oleh Li Hongzhi, pengasas Falun Gong yang pertama kali memperkenalkan kepada masyarakat umum dan sejak itu penyembuhan dan latihan kecergasan yang ajaib itu telah diperkatakan dari mulut ke mulut di China. Perkembangan pesat dengan jumlah pengamal Falun Gong yang ramai telah cepat menarik perhatian pegawai kanan Parti Komunis China.
Sejak tahun 1999, tempat latihan Falun Gong yang berada berdekatan dengan rumah Lisa juga diganggu, dan orang asing datang untuk mengambil gambar semua orang yang berlatih dengan jelas. Lisa masih terkejut ketika mendengar berita penangkapan rakan pengamal yang lain. Falun Gong telah menjadikan ramai orang semakin sihat tubuh badan dan mengajar mereka untuk mengamalkan sikap yang baik. Ini sudah diketahui kebenarannya. Lisa masih ragu-ragu dengan merasakan keadaannya tidak begitu optimis, dan terasa seperti dia kembali ke masa ketika Revolusi Budaya.
Lisa mengimbau pada hari itu, “Bagaimana orang ini boleh ditangkap? Ini adalah pelakuan yang tidak adil terhadap Falun Gong. Seperti kata pepatah, rahmat menitiskan air, perlu dibayar ketika musim bunga. Saya harus mengatakan sesuatu tentang Falun Gong dan membiarkan negara mengetahui bahawa amalan ini adalah baik.”
Selama bertahun-tahun latihan Falun Gong tidak hanya memberi manfaat kesihatan yang baik kepada Lisa, tetapi juga memberinya keberanian untuk menjaga hati nuraninya.
Lisa berkata kepada Gongyou, “Kita harus bercakap dengan jabatan petisyen.” Jadi Lisa dan Gongyou mahu membincangkannya dengan pergi ke jabatan petisyen untuk mengemukakan petisyen pada keesokan harinya.
Lisa dan rakan pengamalnya bukan satu-satunya pengamal Falun Gong yang mendapat idea ini. Menurut angka rasmi China, terdapat hampir 100 juta pengamal Falun Gong di China pada tahun 1999. Berhadapan dengan fitnah Falun Gong, dalam masa sama berkeinginan baik dan damai untuk mempercayai kerajaan PKC di China.
Pada 25 April 1999, merupakan hari ketika para pengamal Falun Gong di China bergegas ke Beijing untuk membuat laporan mengenai fitnah tersebut ke Pejabat Surat dan Panggilan Negara.
Saksi kepada sejarah
Lisa mengingati ketika dia keluar pagi itu dan pergi ke Jalan Fuyou berhampiran Biro Surat dan Panggilan Negara bersama rakan-rakannya, yang berada di pintu masuk Hospital Universiti Peking, yang masih jauh dari jabatan surat dan lawatan.
Lisa melihat tempat ini dipenuhi dengan orang ramai, jalanan dari Beihai ke Jalan Fuyou penuh dengan orang, dan kemudian Zhongnanhai. Lisa dan Gongyou masih mahu pergi ke Pejabat Surat dan Panggilan pada waktu itu. Seseorang berkata kepada mereka, “Jangan pergi ke Pejabat Surat dan Panggilan. Tunggu saja di sini. Ada ramai orang di sana.”
Lisa mengingatinya, “Seorang demi seorang yang datang, semakin ramai orang. Seluruh jalanan dipenuhi ramai orang. Himpunan itu sangat sunyi dan tiada suara atau bunyi bising. Beberapa orang sedang belajar, sementara yang lain sedang bermeditasi Falun Gong.
Terdapat juga beberapa anggota polis di tempat kejadian. Beberapa anggota polis sedang menghisap rokok, dan beberapa orang yang lain mengambil puntung rokok mereka. Beberapa anggota polis juga berbual dengan para pengamal dan memberitahu mereka bahawa Falun Gong itu baik dan kesihatan menjadi baik setelah melakukan latihan. Polis itu hanya mengangguk.
Sedikit demi sedikit masa berlalu, dan tidak ada seorang pun pengamal Falun Gong yang pergi. Lisa, yang belum lagi makan tengah hari, berasa bimbang yang dia kena melaporkan situasi itu nanti, jadi dia tidak berani beredar, lalu membeli bekalan makanan tengah hari untuk dimakan. Lisa teringat akan perniagaan penjual makan tengah hari dalam kotak pada hari itu sangat baik dan laris. Mereka menjual banyak pek makan tengah hari dan botol minuman, tetapi tiada sampah yang dibuang ke tanah. Sampah dibuang di dalam tong sampah dengan etika pengamal yang baik.
Pada jam 9 malam, seseorang memberitahu Lisa dan rakan-rakannya bahawa Perdana Menteri kena bertemu dengan mereka semua untuk diselesaikan, dan mereka diarahkan supaya bersedia untuk beredar.
Lisa dan rakan-rakannya beredar dengan tertib dan tenang walaupun terdapat ramai orang yang bersesak. Lisa menyedari bahawa di sepanjang jalan, pengamal Falun Gong memungut sampah dari tanah, menyedari untuk menjaga alam sekitar dan tidak menimbulkan kesulitan kepada penduduk setempat setelah mereka berhimpun.
Inilah bagaimana yang Lisa alami secara peribadi ketika proses petisyen perdamaian “Empat Dua Lima” berlangsung di Beijing, China ketika 22 tahun yang lalu. Menurut laman rasmi Falun Dafa Minghui.net, pada 25 April 1999, lebih daripada 10,000 pengamal Falun Gong dari Beijing, Tianjin, Hebei dan tempat-tempat lain telah mengemukakan petisyen di Pejabat Surat dan Lawatan Majlis Negara di Beijing. Wakil petisyen mengemukakan tiga syarat iaitu pertama, membebaskan para pengamal Falun Gong yang ditangkap di Tianjin. Kedua, menyediakan persekitaran yang baik dan santai untuk para pengamal Falun Gong. Dan ketiga, membenarkan buku-buku Falun Gong diterbitkan.
Pada masa itu, Perdana Menteri Zhu Rongji dari Majlis Negara telah tampil untuk menerimanya daripada wakil pelajar. Pengamal yang ditangkap di Tianjin telah dibebaskan pada hari yang sama. Pengamal Falun Gong yang mengemukakan petisyen itu berangkat pulang kira-kira jam sembilan malam.
Ketika ‘Empat Dua Lima’, sepuluh ribu orang telah mengemukakan petisyen untuk berdamai, dan keberanian serta penanaman ajaran pengamal Falun Gong yang mulia dalam menjaga hati nurani mereka telah membuat dunia melihatnya.
Falun Dafa, latihan hati nurani yang mengikuti prinsip ‘Sejati, Baik, Sabar’, telah menarik perhatian dunia. Penyelesaian damai mengenai insiden 25 April boleh dikatakan telah memberi peluang kepada kerajaan China pada masa itu untuk memilih bahawa mereka ini tidak terlibat dalam gerakan politik.
Namun, pada malam 25 April 1999, Jiang Zemin, Setiausaha Agung Parti Komunis China ketika itu, telah mengirim sepucuk surat kepada Jawatankuasa Tetap Biro Politik Parti Komunis China dan para pemimpin lain yang berkaitan, dengan menyatakan, “Sekiranya Parti Komunis tidak dapat mengalahkan Falun Gong, maka itu akan menjadi jenaka besar.”
Pada 20 Julai 1999, PKC sekali lagi merampas dan menyalahgunakan aset negara dan mendorong penindasan besar-besaran terhadap Falun Gong.
Rahmat Tuhan
Selama 22 tahun yang lalu, Lisa dan rakan-rakan Falun Gong telah menggunakan kisah benar mereka sendiri untuk menceritakan keindahan Falun Dafa kepada orang lain. Pada tahun 2015, Lisa berjaya melarikan diri dari China ketika dia hampir ditangkap. Berhijrah ke Amerika Syarikat, tempat di mana anda boleh melakukan amalan Falun Gong dengan bebas.
Perhimpunan anti-penganiayaan yang memperingati petisyen damai 425 di luar negara setiap tahun mempunyai makna mendalam buat Lisa. Lisa merasakan bahawa setiap perjumpaan pengamal Falun Gong di luar negara adalah peluang berharga untuk semua orang memahami akan kebenaran. Lisa yakin bahawa mereka yang memahami kebenaran akan memiliki kesempatan untuk memilih kebaikan, dan kebaikan itu akan diberkati Tuhan.
Lisa melihat kembali jalan yang dilaluinya. Selama 22 tahun terakhir, latihan Falun Dafa telah memungkinkannya untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Buku Zhuan Falun oleh pengasas Falun Dafa, Li Hongzhi, telah membuat dirinya memahami makna kehidupan dan mendapatkan keberanian serta meraih kebijaksanaan. Dan untungnya, dia dapat menyedari satu atau dua keajaiban dan misteri alam semesta serta kehidupan.
Apabila tiba waktunya pada bulan April 2021, lebih ramai orang membincangkan mengenai virus, varian dan vaksin …
Lisa berkata, “Melihat orang yang ketakutan dan cemas akibat pandemik itu, yang telah lama saya ingin katakan. Sila bertenang dan baca buku Zhuan Falun. Anda akan faham mengapa PKC begitu berkuasa dan negara autoritarian. Dengan prestasi yang sedemikian sehingga 10,000 pengamal Falun Gong secara aman mengemukakan petisyen ‘Empat Dua Lima’ kepada pihak atasan dan memahami sumber keberanian pengamal Falun Gong.”
“Setelah membaca ‘Zhuan Falun’, anda mungkin dapat memahami satu atau dua keajaiban dan misteri alam semesta dan kehidupan, serta mencari jalan untuk menjauhkan diri dari penyakit dan memberi manfaat kepada tubuh, minda, dan jiwa seperti saya,” tambah Lisa.
Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa pun.
Walaupun kadang-kadang kita sudah berhati-hati dengan segala kemungkinan tetapi kemalangan tetap berlaku di luar kawalan kita.
Baru-baru ini tular sebuah kisah yang memberi inspirasi ramai apabila seorang lelaki sanggup membahayakan diri untuk membantu seorang kanak-kanak lelaki.
Apa yang berlaku ialah kanak-kanak tersebut telah terjatuh ke landasan kereta api. Dimana pada ketika itu dia bersama dengan ibunya yang buta. Tidak tahu bagaimana kanak-kanak tersebut boleh terjatuh di landasan dan menyebabkan ibunya sangat cemas untuk mencari menyelamatkan anaknya.
Namun, mujur ada seorang lelaki yang dengan pantas berlari ke arah tempat kejadian dan terus menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Dia terus mengangkat tubuh kanak-kanak tersebut untuk naik semula ke platform sebelum dia menyelamatkan dirinya pula.
Hanya selepas beberapa saat kereta api dengan laju muncul ke arah mereka. Detik tersebut sememangnya sangat mendebarkan bagi sesiapa sahaja yang melihat kejadian tersebut.
Andai sahaja lelaki tersebut tiada di situ, tidak tahu apa yang bakal berlaku. Nyawa kanak-kanak tersebut mungkin akan melayang dan ibunya mungkin mengalami nasib yang sama memandangkan dia tidak boleh melihat.
Lelaki berani itu kemudian menerima penghargaan daripada orang ramai termasuk daripada syarikat kereta api tersebut. Keberaniannya dan sikap tidak mementingkan dirinya sangat wajar untuk dicontohi oleh semua orang. Dia memang benar-benar seorang wira!
Melihat pada rakaman litar tertutup ini, keberanian pemuda ini sangat luar biasa: