30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGlobalTentera Laut Indonesia kerah aset cari KRI Nanggala-402, ada masa hingga Sabtu...

Tentera Laut Indonesia kerah aset cari KRI Nanggala-402, ada masa hingga Sabtu sebelum bekalan oksigen habis

Bekalan oksigen kapal selam KRI Naggala-402 yang dipercayai hilang kira-kira 60 batu di perairan Bali difahamkan hanya bertahan sehingga 24 April.

Perkara itu sekaligus menyebabkan kerja-kerja operasi mencari dan menyelamat (SAR) krew kapal selam tersebut terus dipergiat.

Kata Panglima Tentera Laut Indonesia, Laksamana Yudo Margono pada 22 April, bekalan oksigen hanya mampu bertahan 72 jam, sekali gus memberi masa kepada pasukan SAR sehingga Sabtu pagi.

Reuters

“Lebih kurang tiga hari (bekalan oksigen). Kalau hilang kontak pada hari Rabu, jam 3 (pagi), maka ia boleh bertahan sehingga hari Sabtu, pukul 3 pagi, iaitu 72 jam,” kata Yudo.

Difahamkan bahawa pasukan SAR turut menemukan petunjuk awal iaitu kesan tompokan minyak, selain sebuah kapal SAR mengesan pergerakan di dalam air.

Menurut Yudo, kapal selam itu mungkin berada pada kedalaman 50 hingga 100 meter kerana tumpahan minyak tersebut.

“Ada minyak yang dibuang. Ia dilakukan dengan harapan untuk meringankan berat kapal selam sehingga ia boleh terapung”.

Atau tumpahan minyak berkenaan berkemungkinan disebabkan oleh keretakan dan kebocoran pada tangki bahan api kapal selam tersebut, menurutnya.

AP

Dalam pada itu, pasukan penyelamat turut khuatir jika KRI Nanggala tenggelam. Ini kerana, kedalaman maksimum yang mampu diselaminya hanya 250 hingga 500 meter sahaja.

“Jika lebih dari itu, ia boleh membawa maut,” kata Ketua Laksamana Angkatan Laut (Kadispenal) Laksamana Pertama, Yulius Widjojono.

Sungguhpun begitu, Yudo berkata bahawa sehingga kini kapal selam itu masih belum ditemukan dan tiada bukti kukuh menunjukkan ia tenggelam.

Pada 3:46 pagi 21 April, KRI Naggala difahamkan melaksanakan penyelaman kemudian pada jam 4 pagi, ia bersiap sedia untuk melakukan tembakan torpedo.

Namun pada jam 4:25 pagi selepas arahan kebenaran penembakan dikeluarkan, komunikasi dengan kapal selam tersebut telah terputus.

Kedudukan terakhirnya adalah pada 23 batu di Utara Pulau Bali.

BBC

Sebanyak enam kapal perang, helikopter dan 400 orang terlibat dalam pencarian. Malaysia dan Singapura turut menghantar bantuan.

Selain itu, tujuh buah negara lain iaitu Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Turki, India dan Australia turut menawarkan bantuan dalam pencarian kapal selam berkenaan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI