Setiap orang mempunyai riak wajah yang tersendiri. Ada yang manis sentiasa, tanpa melakukan apa pun mereka sudah kelihatan seperti tersenyum.
Ada pula yang serius dan tegang memanjang, hendak tegur pun takut sehingga ada yang mengatakan mereka seolah-olah tiada perasaan.
Namun begitu, tahukah anda bahawa mereka yang mempunyai riak muka tegang sebenarnya mempunyai keistimewaan sendiri?
Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknikal Munich, golongan ini adalah mereka yang lebih cekap dan efisien ketika bekerja. Hal tersebut membuatkan mereka dikatakan lebih berpeluang banyak untuk dinaikkan pangkat di tempat kerja.
Berikut adalah laporan dan hasil kajian yang telah dijalankan:
Jarang membuat kesilapan di tempat kerja
Mereka yang mempunyai riak wajah yang serius dikatakan seorang yang sangat produktif dan memiliki kemahiran komunikasi yag lebih tinggi di tempat kerja jika dibandingkan dengan orang lain. Hal tersebut membuatkan mereka jarang melakukan kesalahan ketika bekerja.
Menahan emosi negatif boleh memudaratkan kesihatan
Kajian menunjukkan bahawa jika anda cuba menekan emosi seperti tidak berpuas hati ketika bekerja dan memaksa diri untuk ketawa, anda tidak akan bahagia, dan itu hanya akan membuatkan anda lebih berasa lebih kosong dan kesepian!
Keadaan ini akan mempengaruhi tubuh sehingga membuatkan prestasi kerja anda juga akan menjadi jatuh.
Senyum yang tidak selesa adalah berlebihan
Meredith Bennett-Smith, editor kreatif media Amerika terkenal Quart, menyebut dalam artikelnya bahawa majikan atau orang atasan tidak perlu meminta pekerja untuk sentiasa tersenyum setiap masa.
Hal ini kerana mereka mungkin tidak selesa. Adalah lebih baik untuk mencurahkan seluruh tenaga mereka untuk bekerja!