29 C
Kuala Lumpur
Monday, September 15, 2025
Utama Blog Laman 346

Buntu genggam RM2, pak cik pangku anak hanya mampu buka puasa dengan air dan kurma sambil tenung menu Burger King

0

Bulan Ramadan yang mewajibkan seluruh umat Islam berpuasa, adalah masa di mana mereka yang berpuasa itu untuk memperbanyakkan ibadah, membuat amal kebajikan dan kebaikan serta merenung kekurangan dan kelebihan diri sendiri.

Dengan berpuasa, umat Islam diharapkan dapat meningkatkan disiplin diri menahan lapar dan dahaga serta menjadi pemurah, iaitu dengan mengingati kesusahan hidup orang lain yang tidak berkemampuan.

Facebook

Seorang warganet @prof_dr_firdaus berkongsi di Facebook tentang pengertian bulan Ramadan pada tahun ini. Ikuti hantarannya di bawah ini:

Kita ini kadang-kadang rasa tidak tahu hendak buka puasa apa sebab tak boleh memutuskan hendak makan mana satu sebab banyak sangat pilihan. 

Tapi hakikatnya dekat luar sana ada orang yang tak boleh memutuskan hendak berbuka puasa apa sebab dalam poket hanya ada RM2.00 sahaja.

Hendak bagi makan apa dekat anak. Dekat tangan ada sekotak kurma.

Pak cik ini saya jumpa dekat depan 7 Eleven Taman Melati waktu saya baru keluar membeli Burger King untuk berbuka puasa pada pukul 8 malam. 

Lambat buka puasa sebab petang tadi asyik membebel sorang-sorang tak boleh memutuskan hendak berbuka apa dalam ofis. Saya tanya pak cik ini sudah buka ke belum, dan dia kata sudah minum air dengan kurma.

Saya jenis yang tiada tunai jadi tidak sampai hati pula tinggal macam itu sahaja sebab tengok anak dia umur 5 tahun. Tentu lapar!

Akhir sekali beli sahaja apa yang dia hendak makan dekat Burger King tu. Dekat rumah, dia cakap ada isteri dan 2 orang anak yang masih kecil. 

Dia kerja jual kotak-kotak, sebelum ini saya rasa selalu juga nampak dia dekat sini.

Hari ini pak cik tak kerja sebab itu dia bawa anak dia yang kecil jalan-jalan keluar sebab lama sangat anak dia tak keluar jalan-jalan sebab takut lapar, nanti kena makan dekat luar kena ada duit lagi, katanya.

Pengajaran yang telah saya dipelajari. Saya balik ofis rasa sebak sangat sebab petang tadi asyik membebel sebab tidak reti memutuskan hendak makan apa sebab kita ada banyak pilihan. 

Padahal pak cik tu dengan anak dia buntu tidak boleh memutuskan hendak makan apa sebab dia dan keluarganya tidak bernasib baik macam kita semua.

Facebook

Mari kita renung dan fikirkan akan kelebihan juga kekurangan diri sendiri ketika berada di bulan yang mulia ini, sambil sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang kita masih ada. Elakkan pembaziran dan hidup bersederhana.

Anak ayam yang diselamatkan lalu membesar dengan gembira, bijak membalas budi pemiliknya dengan bersikap ‘tidak seperti ayam’

0

Apabila kita bercakap tentang haiwan ayam, lantas di fikiran untuk membayangkannya sebagai lauk yang enak dimakan sehingga menjilat jari, atau haiwan pengecut dan dungu yang mana mungkin dia boleh berfikir dengan baik.

Tetapi ayam peliharaan yang ini amat unik, dan kelakuannya yang mengagumkan akan mengejutkan anda.

Instagram

Camille dari New York bekerja dengan sebuah agensi penyelamat. Dia mengadopsi seekor anak ayam yang ditemuinya di tepi jalan metropolitan itu secara kebetulan. Anak ayam itu kemudian dinamakan Bree.

Kerana jagaan Camille yang baik, Bree membesar menjadi ayam jantan yang gah dan tampan. Ayam jantan ini menganggap Camille sebagai ibunya sendiri, kerana wanita ini melayannya seperti haiwan peliharaan anjing dan kucing sejak dari mula.

Instagram

Apa yang menarik ialah apabila Camille membesarkan Bree tanpa mendedahkannya dengan persekitaran kelompok ayam, kelakuan anak ayam ini semakin menjadi-jadi seperti manusia. 

Facebook

Camille berkata kepada The Dodo, apabila Bree dijumpai di jalanan New York, dan keadaannya berada dalam bahaya, dia tidak sampai hati meninggalkan anak ayam berusia kurang 5 hari itu selepas mendengarnya terus merintih kerana ditinggalkan atau tersesat. 

Camille menghantarnya ke pusat perlindungan haiwan berdekatan secara sementara, yang kebetulan di mana dia bekerja, dan membawa anak ayam itu pulang dan menjaganya.

Instagram

Anak ayam ini pada mulanya memerlukan rawatan dan kehangatan, jadi Camille membawanya ke mana sahaja bersama di dalam poket bajunya sehingga ketika pergi bekerja, dan dengan itu dia cepat dikejutkan oleh si kecil comel ini yang mudah mesra serta terus mengekorinya walaupun dilepaskan.

Instagram

Untuk memastikan Bree tetap hangat, Camille akan memakai mantel dan baju tidur yang hangat untuk menjaga anak ayam ini seperti dia berada dalam sarang yang disediakan oleh ibu kandungnya sendiri. 

Instagram

Boleh dikatakan Camille membawa Bree selama 24 jam di bawah naungannya.

Instagram

Ketika itu Bree masih kecil, dan Camille tidak pasti sama ada Bree itu ayam jantan atau betina, tetapi dia tetap menganggap Bree sebagai anak kesayangannya, dan Bree juga membalas kasih sayang ibunya. 

Instagram

Oleh kerana Bree nampak Camille itu sebagai ibunya, ketika dia bangun pagi, kelihatan Bree sedang terbaring di atas dadanya dan mereka sering tidur bersama!

Facebook

Camille berkata walaupun pada mulanya dia berniat untuk hanya membantu ayam ini membesar secara sementara, tetapi kasih sayang antara kedua mereka telah terjalin dan dia tidak sanggup memikirkan untuk menghantar Bree pergi ke mana-mana.

Instagram

Kemudian, Bree membesar menjadi ayam jantan dan sudah semestinya dia berkokok di waktu pagi dan ketika pada waktu dia suka untuk mengejutkan semua orang yang terdiri daripada jiran-jiran Camille yang berasa tidak senang hati.

Instagram

Semestinya satu gangguan bunyi ketika membesarkan ayam jantan yang berada di pusat metropolitan New York dan mereka mula membuat aduan. Pada masa ini, Camille berkorban membuat keputusan demi seekor ayam yang disayanginya.

Instagram

Kerana Camille benar-benar tidak dapat melepaskan Bree, jadi dia telah berpindah ke pinggir bandar, yang mana sangat bagus, kerana kediaman itu terdapat halaman dan taman untuk Bree berlari, melompat serta berkokok dengan sesuka hatinya.

Instagram

Apabila Camille pulang dari kerja, Bree akan teruja untuk menyambut ibunya dengan terlompat-lompat.

Facebook

Semasa Camille bekerja dari rumah, Bree juga akan menemani ibunya …

Facebook

Camille sambil ketawa berkata ayam sebenarnya adalah spesies haiwan yang sangat pintar.

Facebook

Seperti Bree sangat berminat dengan produk teknologi. Setiap kali dia melihat Camille menggunakan komputer, tablet atau menonton video atau perkara lain di dalamnya, ayam ini akan datang untuk bersama-sama turut serta berada dalam keseronokan itu.

Instagram

Setiap kali bangun pada waktu pagi, Bree akan menggunakan cakarnya untuk membantu melicinkan tempat tidur ibunya. Pintarnya dia kerana manusia sendiri pun malas mengemas tempat tidur!

Facebook

Bree akan melompat seperti anjing ketika meminta makanan ringan.

Facebook

Selain membaca buku di halaman rumah bersama ibunya, Bree juga akan membantu mencabut rumput ketika membantu Camille dan datuk membersihkan kebun.

Facebook

Bree boleh menjadi pembantu datuk yang baik ketika membuat kerja-kerja di rumah dan di kebun.

Instagram

Bree juga mempunyai hubungan yang baik dengan anjing-anjing peliharaan keluarga Camille dan mereka seperti adik-beradik.

Instagram

Melihat nenek membuat sup sayur-sayuran berkrim dan organik di dapur, Bree dan anjing kecil di rumah datang menjenguk kerana ia berbau lazat!

Instagram

Di samping itu, Camille juga menyiapkan kain kantung comel untuk Bree, dan dia boleh memakainya semasa keadaan memerlukan, serta demi menjaga kebersihan.

Instagram

Camille bersyukur dan berterima kasih kepada Bree yang sentiasa ceria dan tiada stres sebagai ayam yang telah memperkayakan hidupnya.

Facebook

“Tanpa Bree, hidup saya mungkin tidak semenarik hari ini,” kata Camille.

Facebook

Bree segera mengepak-ngepak sayapnya tanda tindak balas bersetuju kerana hidupnya juga sama menarik dan gembira, tidak seperti ayam lain setelah bertemu Camille.

Facebook

Bree yang memahami kata-kata manusia dan dia ayam yang agak unik kerana sangat pintar!

Tonton video di sini.

‘Juruterbang’ ini gembira lain daripada yang lain ketika meraikan pendaratan pertamanya, buat semua terhibur

0

Siapa yang tidak gembira selepas cita-cita menjadi juruterbang akhirnya terlaksana, dengan perasaan begitu mengujakan ketika menerbangkan pesawat yang membawa penumpang dan melakukan pendaratan penerbangan pertama dengan jayanya.

Semua juruterbang bertauliah pertama kali mendarat akan meraikan dengan rasa penuh kesyukuran dan berterima kasih, tetapi mungkin tidak akan seperti ‘juruterbang’ yang satu ini. Kerana biasanya juruterbang yang baik itu diam-diam ubi berisi.

Facebook

Sebaik sahaja keluar dari pintu ketibaan di lapangan terbang, juruterbang ini bersorak gembira dengan menghebohkan kepada semua yang dia telah berjaya melakukan pendaratan dalam penerbangan pertamanya.

“Pada altitud 70,000, saya di atas sana!” kata juruterbang ini dengan bangga.

Facebook

Kemudian dia menari kegembiraan dan bersorak kepada semua, “Saya telah berjaya melakukannya!”

Dan memeluk rakan sekerjanya sambil beberapa penumpang lain yang mengucapkan tahniah.

Facebook

Kemudian dengan selambanya dia menari dan melompat-lompat teruja.

“Emak saya akan jadi amat berbangga dengan saya sekarang,” soraknya dengan penuh bersemangat.

Facebook

Aksinya yang telah menarik perhatian kebanyakan penumpang dan pengunjung Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London dengan hilai tawa dan senyuman.

Rupa-rupanya ia hanya satu ‘prank’ di mana ‘juruterbang’ ini adalah pelakon komedi yang dirakam sedang meraikan pendaratan penerbangan pertamannya di lapangan terbang itu, yang mana akhirnya disorak oleh orang ramai kerana gayanya yang lucu dan terlalu ‘over’.

Facebook

Saluran YouTube Trollstation membuat ‘prank’ ini di mana pelakon komedi itu berpakaian sebagai juruterbang dan dengan selamba meraikan ‘pendaratan penerbangan pertamanya’ di hadapan khalayak ramai.

Dalam rakaman video tersebut, penumpang dan pengunjung pada mulanya kelihatan agak terkejut dan keliru tetapi kemudian menyertai ‘juruterbang’ teruja itu sambil mengucapkan tahniah kepadanya.

Facebook

Trollstation berkata, “Kami menyewa uniform juruterbang itu dan membuat video untuk menghiburkan orang ramai. Dan mereka amat menyukainya!”

Tonton video di sini.

Kisah benar mengenai ‘Sistem Skor Kredit Sosial’ di China

0

Aktivis hak asasi manusia Jennifer Zeng menyiarkan satu kisah benar di laman blog ‘Jennifer’s World’ mengenai pasangan yang mengamalkan Falun Gong di China. 

Pasangan ini menaiki kereta api ke Beijing tetapi telah ditahan dan diperintahkan turun di stesen sebelum tiba di Beijing atas permintaan polis tempatan, yang mendapat tahu bahawa mereka telah membeli tiket kereta api sehala ke Beijing. 

Mereka tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membeli dua tiket perjalanan dua hala. Ketika mereka memanggil polis tempatan seperti yang diarahkan, polis sudah mengetahui bahawa mereka telah pun membeli tiket dua hala pergi dan balik.

Facebook

Jennifer mendengar kisah ini daripada pasangan yang dinyatakan di atas yang baru-baru ini telah berjaya melarikan diri dari China. Mereka mendedahkan semua ini berlaku kerana sistem skor kredit sosial.

Sistem Skor Kredit Sosial di China merupakan inisiatif yang memuatkan pelbagai pangkalan data negara dan membolehkan kerajaan mengawal selia serta menilai kredibiliti seseorang penduduk, syarikat dan badan kerajaan. Masing-masing akan diberikan kredit skor, dengan pemberian ganjaran bagi yang meraih skor tinggi dan hukuman buat mereka yang mendapat skor rendah.

Pangkalan data yang diuruskan oleh badan perancangan ekonomi China, NDRC bersama bank negara PBOC dan sistem mahkamah negara. Kebanyakan sumber data akan diambil daripada sumber tradisional meliputi data kewangan, jenayah, rekod kerajaan dan rekod pendaftaran. Selain turut mengguna pakai sumber lain seperti platform kredit dalam talian.

Twitter

Jennifer dalam catatan di blog itu turut mendedahkan seseorang telah meninggalkan komen setelah beliau menyiarkan kisah ini di Facebook seperti berikut:

“Semasa saya di China, saya mengenali seorang pengamal Falun Gong yang berasal dari Wuxi dan bekerja di Shandong, dan dia pulang ke kampung halaman untuk mengunjungi keluarganya dalam sebulan sekali. Setiap kali dia meninggalkan Wuxi untuk ke Shandong, dan sebaik sahaja tiketnya diimbas, sekumpulan pegawai polis bergegas datang kepadanya untuk membalikkan barang-barangnya dari dalam bagasi. Mereka memeriksa kesemuanya dengan teliti.”

Jennifer Zeng adalah aktivis hak asasi manusia dan penulis kelahiran China, yang terkenal dengan amalan Falun Gong. Pernah mengalami sendiri penindasan dan penganiayaan yang dilakukan oleh Parti Komunis China dalam gerakan kerajaan untuk memerangi Falun Gong.

Twitter

Jennifer Zeng mula mengamal Falun Gong pada tahun 1997 ketika kerajaan PKC mula menangkap semua individu yang terlibat dengan kumpulan itu.

Jennifer pernah ditangkap sebanyak empat kali, dan dihantar ke kem tahanan buruh dan kem pendidikan semula. Jennifer mendedahkan di kem buruh wanita, beliau telah didera secara fizikal dan mental, dikenakan cubaan pencucian otak bahkan menghadapi rawatan renjatan elektrik. Ketika hari-hari dimana terdapat pengunjung luar, beliau dan tahanan lain akan dipaksa bermain kad atau bola keranjang untuk dilihat dengan pandangan yang baik di mata pengunjung.

Pada tahun 2001, Jennifer Zeng berjaya melarikan diri ke Australia dan kini menetap di Amerika Syarikat sejak tahun 2011, yang terus aktif memperjuangkan hak asasi pengamal Falun Gong. Penulis buku Falun Gong: Witnessing History: One Chinese Woman’s Fight for Freedom and Falun Gong.

Pembelian impulsif yang berbaloi, wanita Jepun gembira permaidani baru jadi ‘katil’ kucing-kucingnya

0

Menyediakan persekitaran rumah yang selesa merupakan antara tanggungjawab buat rata-rata pemilik kucing domestik di rumah.

Jika berasa selesa, mereka tentunya akan lebih tenang dan gembira di rumah. Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @RAIRAIRA05 baru-baru ini.

@RAIRAIRA05/Twitter

Menurut pengguna terbabit, pada suatu hari dia memutuskan untuk membeli permaidani baru di rumah bagi menggantikan permaidani lamanya.

Idea untuk menukar permaidani itu datang secara tiba-tiba dan dia pun membeli permaidani berbulu tebal yang dirasakannya selesa.

Ya, ianya memang selesa. “Ia selesa apabila dipijak dan lembut pada kaki”, tulisnya sambil menyambung bahawa, ‘anak-anak bulunya’ juga sangat menyukai permaidani baru itu.

@RAIRAIRA05/Twitter

Sampai terbongkang tidur ya?

@RAIRAIRA05/Twitter

“Selesalah baring atas ni..”

@RAIRAIRA05/Twitter

Lena betul!

@RAIRAIRA05/Twitter

Satu pembelian yang sangat menggembirakan hati pengguna terbabit. Tidak sia-sia ianya dibeli, selain jadi permaidani, ia juga berfungsi sebagai ‘katil’ bagi anak-anak kesayangannya itu.

“Permaidani baru ni, kami yang punya..”

@RAIRAIRA05/Twitter

Mungkin selepas ini, pengguna terbabit perlu berhati-hati semasa memijak permaidani tersebut..

Ipoh ke Amsterdam menaiki kereta api dalam 45 hari dengan kos RM12,000, perkongsian lelaki ini mengujakan warganet

0

Menjelajah ke Amsterdam melalui jalan darat? Sukar untuk percaya bukan? Tetapi itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki ini yang bergerak dari Ipoh ke Amsterdam.

Aminfadhli Abd Rami pada 16 Mac 2019 berkongsi pengalamannya melakukan perjalanan sejauh 16,000 kilometer, merentasi 12 buah negara dalam masa 45 hari untuk ke Amsterdam.

Aminfadhli Abd Rami/Facebook

Menariknya, kos perjalanannya itu secara keseluruhannya berjumlah RM12,000. Berikut cara beliau ke sana :

Mula-mula, dia menaiki Perkhidmatan Keretapi Elektronik (ETS) dari Ipoh ke Padang Besar, Perlis yang memakan masa selama 3 jam.

Dari Padang Besar, dia bergerak ke Bangkok menaiki Keretapi Thailand selama 16 jam sebelum menyambung perjalanan menaiki kereta api lain ke Nong Khai selama 12 jam.

Aminfadhli Abd Rami/Facebook

Setelah sampai di sempadan Thailand, dia menaiki tuk-tuk ke Vientiane di Laos. Untuk mencapai menuju ke destinasi seterusnya iaitu Vinh, Vietnam, dia menaiki bas selama 19 jam. Dari Vinh ke Hanoi, Aminfadhli terpaksa menghabiskan enam jam dengan menaiki kereta api.

Aminfadhli Abd Rami/Facebook
Aminfadhli Abd Rami/Facebook

Dari Hanoi ke Beijing, dia menghabiskan selama 36 jam menaiki kereta api sebelum beralih ke kereta api lain ke Jining Nan yang memakan masa 9 jam.

Aminfadhli Abd Rami/Facebook

Setelah itu, dia menghabiskan masa di dalam kereta api dari Jining Nan untuk ke Erlian. Di sempadan China, dia menaiki teksi ke Zamyn-Üüd, Mongolia.

Aminfadhli Abd Rami/Facebook

Kemudian, dia menaiki kereta api ke Ulaanbaatar yang memakan masa 16 jam, sebelum menuju ke Irkutsk, Rusia, dengan menaiki kereta api selama 24 jam.

Aminfadhli Abd Rami/Facebook

Kereta api paling lama dalam ekspedisinya itu adalah kereta api dari Irkutsk ke Kazan, yang memakan masa selama 69 jam! Lamanya..

Dari Kazan ke Moscow pula, dia perlu menaiki kereta api selama 16 jam. Selepas singgah di Rusia, destinasi seterus Amainfadhli adalah Latvia.

Aminfadhli Abd Rami/Facebook

Dari Moscow, dia menaiki kereta api selama 16 jam ke Riga dan dari sana, dia menaiki bas ke Warsaw, ibu kota Poland.

Aminfadhli Abd Rami/Facebook

Perjalanannya kemudian diteruskan dan dia menaiki bas 8 jam ke Berlin. Dari Berlin, dia sampai di destinasi terakhirnya, Amsterdam, dengan menaiki bas selama 12 jam.

Jenuh naik kereta api sahaja bukan? Menurut beliau, perjalanan pulangnya ke Malaysia selepas itu adalah dengan menaiki kapal terbang.

Ada yang teringin mahu ikut jejak langkah Aminfadhli nanti?

PDRM buru lelaki disyaki beri dadah pada anak tiri berusia 3 tahun

0

Pihak berkuasa kini sedang memburu seorang lelaki yang disyaki telah memberikan dadah kepada kanak-kanak berusia 3 tahun, yang juga merupakan anak tirinya.

Perbuatan tersebut menyebabkan kanak-kanak berkenaan didapati positif dengan dadah jenis Amfetamina dan Methapetamina.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman, laporan mengenai kes itu diterima daripada doktor yang bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (Wad Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur).

Clinical Research Malaysia

Ia berikutan dengan ujian air kencing yang dijalankan terhadap kanak-kanak tersebut tiga hari sebelum itu.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati kanak-kanak tersebut telah dijaga oleh bapa tirinya di Nilai pada 14 April lalu.

“Keesokan harinya, ibu kepada kanak-kanak itu telah membawa anaknya ke hospital untuk mendapat rawatan kerana melihat anaknya berkelakuan aneh dan tidak seperti kebiasaan”.

Suspek dikenali sebagai lelaki berusia 38 tahun, Mohd Faresh Khalid yang bekerja sebagai tukang jahit.

Harian Metro

Alamat terakhir suspek adalah di C-13-7, Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan juga di PT 8413 Jalan 5/4B, Taman Desa Jasmin, Nilai.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001. Jika sabit kesalahan,  hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya akan dikenakan.

Selain turut disiasat di bawah Seksyen 14(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mereka yang mempunyai maklumat diminta untuk hubungi :

  •  ASP Md Nurazam Md Ghazali di talian +6013-8005225,
  •  Insp Rozainita Mohamed di talian +6011-33330025, atau balai polis terdekat.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kebocoran oksigen di hospital India korbankan sekurang-kurangnya 22 orang pesakit COVID-19

0

NASHIK, INDIA– Sekurang-kurangnya 22 orang pesakit COVID-19 dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital setelah kehabisan bekalan oksigen akibat kebocoran yang berlaku.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada hari Rabu ketika sebuah kapal tangki oksigen mengisi semula tangki simpanan di Hospital Zakir Hussain di bandar Nashik.

Punca kemalangan tersebut berlaku masih tidak diketahui tetapi akibat kejadian tersebut bekalan oksigen pada mesin ventilator terhenti selama kira-kira 30 minit.

“Kami akan meneliti perkara itu dan tindakan akan diambil,” kata pesuruhjaya perbandaran kota, Kailash Jadhav.

Pihak hospital dikatakan telah menghubungi kapal tangki untuk mendapatkan bekalan oksigen setelah kehabisan bekalan. Hospital di seluruh negara itu kini sedang berusaha untuk memastikan bekalan oksigen terus meningkat di tengah-tengah kemelut di mana permintaan terhadap bekalan oksigen semakin melambung tinggi.

“Kami ingin tindakan tegas diambil terhadap pelakunya,” ujar Amol Vyavhare yang merupakan salah seorang cucu kepada pesakit yang meninggal dunia akibat kejadian tersebut.

Menurut seorang lagi waris mangsa akibat tiada bekalan oksigen, Vicky Jadhav dia mengatakan bahawa neneknya dalam keadaan “baik-baik saja” ketika dia meninggalkan hospital untuk membawa makanan untuknya.

“Ketika itulah saya mendapat panggilan bahawa dia berada dalam keadaan kritikal. Ketika saya bertanya kepada pihak berkuasa hospital, mereka mengatakan bahawa tidak ada bekalan oksigen yang masih ada di hospital.”

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian Perdana Menteri India, Narendra Modi dan beliau menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah berlaku di akaun Twitter rasmi miliknya.

India kini berada di tengah-tengah gelombang kedua jangkitan COVID-19. Baru-baru ini negara tersebut melaporkan lebih daripada 200,000 kes setiap hari. Lonjakan itu melanda kebanyakan hospital di negara itu. Hal tersebut menyebabkan hospital bukan sahaja kekurangan oksigen malah turut kekurangan katil dan ubat-ubatan untuk pesakit.

Daerah Maharashtra, di Nashik dikatakan merupakan salah satu kawasan yang paling teruk terjejas dan menghadapi kekurangan oksigen yang kritikal.

Di tempat lain, hospital di Delhi turut membuat aduan pada malam Selasa lalu bahawa mereka juga kehabisan bekalan oksigen, dan bekalan oksigen hanya diisi semula pada larut malam dengan menggunakan kapal tangki dari bandar jiran, Uttar Pradesh.

Tangkap dan susun tikus-tikus yang ditangkap, pemilik terkejut kucingnya sangat ‘pro’ memburu mangsa

0

Selain telatah mereka yang menghiburkan, haiwan peliharaan seperti kucing sebenarnya mempunya ‘fungsi’ mereka yang tersendiri.

Contohnya, mereka biasanya akan menangkap tikus yang ada di rumah. Tanpa disuruh, pantas sahaja mereka melakukan kerja-kerja tersebut.

Seorang pemilik berkongsi kisah tentang kucing kesayangannya yang nampaknya sangat pantas dalam melaksanakan ‘tugas’nya iaitu dengan menangkap tikus.

Gambar Hiasan/Pixabay

Pada mulanya, pemilik tersebut hanya membela kucing sebagai penemannya di rumah. Dia langsung tidak pernah terfikir untuk menyuruh kucingnya menangkap tikus atau melakukan perkara-perkara yang mengotorkan.

Namun, pada suatu hari ibunya di kampung menghubunginya untuk meminjam kucingnya untuk menangkap tikus yang banyak di rumah.

Pemilik tersebut pada awalnya tidak bersetuju. Dia tidak mahu kucing kesayangannya melakukan kerja-kerja kotor tersebut. Namun, setelah didesak oleh ibunya dia terpaksa bersetuju.

Dia kemudian menghantar kucingnya ke rumah ibunya dan ketika itu dia menyangka kucingnya tidak akan mampu untuk melakukan apa yang ibunya mahukan.

Namun, sangkaannya meleset sama sekali. Kucingnya sangat ‘pro’ dalam menangkan tikus di rumah. Ibunya siap menghantar gambar yang menunjukkan ‘hasil kerja’ kucingnya.

lifenewsjr

Kucingnya bukan sahaja berjaya menangkap tikus dengan jumlah yang banyak, malah dia siap boleh menyusunnya pula!

lifenewsjr
lifenewsjr

Ternyata kucingnya sangat hebat. Walaupun sebelum ini dia tidak pernah melakukan kerja-kerja menangkap tikus tetapi apabila diminta, dia dengan efisiennya melakukan kerja-kerja tersebut. Memang terbaik!

COVID-19 : 37 pelajar positif, Kolej Vokasional Melaka diarah tutup dua minggu

0

Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zain (KVDSMZ) Alor Gajah, Melaka diarahkan tutup selama 2 minggu bermula 21 April hingga 4 Mei berikutan 37 orang pelajar positif COVID-19.

Menurut Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman, keputusan itu dibuat susulan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka menerima notifikasi kes positif seorang pelajar.

“Jangkitan pertama berpunca dari seorang pelajar yang kembali ke asrama KVDSMZ setelah keluar daripada zon merah pada 16 April”.

Bernama

“Berikutan itu, saringan segera ke atas 196 orang kontak rapat kepada kes positif itu yang melibatkan rakan kolej dan guru telah dijalankan”.

“Manakala kesemua pelajar yang positif telah diasingkan dan dirujuk untuk rawatan lanjut”, katanya dalam satu kenyataan pada 21 April.

Tambah beliau, kesemua kontak rapat yang disaring telah diarahkan untuk menjalani kuarantin dan dipakaikan gelang kuarantin.

Selain itu, pemantauan berterusan bagi kontak rapat kes-kes positif di blok terlibat akan diteruskan, disamping kerja-kerja disinfeksi akan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.