Melafazkan janji sememangnya mempengaruhi hubungan peribadi, ia adalah komitmen yang melibatkan nilai emosi.
Jika ianya dimungkiri, kepercayaan orang lain terhadap anda mungkin akan terhakis sekaligus memberi kesan kepada hubungan sesama manusia.
Tidak kiralah sesama pasangan mahupun dengan keluarga, janji haruslah ditepati. Lebih-lebih lagi jika berjanji dengan anak. Itulah kisah yang disentuh hari ini.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi kisah sepupunya yang tidak menepati janji kepada anak lelakinya. Dia mahu kisah ini memberi pengajaran buat semua.
Menurut pengguna itu, sepupunya itu sudah bercerai lalu telah berkahwin lain. Mereka memulakan hidup baru namun anak lelakinya diletakkan di bawah jagaan datuk dan nenek.
Walaupun ibu bapanya bercerai, budak tersebut sering kali mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Budak tersebut sering kali diberi hadiah mainan sebagai ganjaran atas prestasinya. Namun oleh kerana ibu bapanya berpisah, dia tidak mempunyai model peranan mahupun bimbingan ibu bapa.
Manakala datuk dan neneknya pula tidak begitu mahir untuk mendisiplikannya. Anak tersebut perlahan-lahan berubah menjadi ketagih dengan permainan di telefon bimbit.
Dia sering menghabiskan masa dengan bermain permainan video, menyebabkan markah peperiksaannya merudum.
Foto hiasan/Pixabay
Melihat kepada perkara ini, ibu budak terbabit akhirnya berjanji bahawa dia akan membelikan Play Station 5 jika anaknya mendapat keputusan yang cemerlang.
Sebaik sahaja mendengar PS5, anaknya lebih bermotivasi untuk mengulangkaji pelajaran dan kemudian berjaya mendapat tempat kedua terbaik di dalam kelasnya.
Malangnya, ibu budak terbabit langsung tidak memeriksa harga PS5 tersebut sebelum berjanji. Dia tidak tahu bahawa harganya agak mahal iaitu antara RM1,869 hingga RM2,299.
Ibunya kemudian memutuskan untuk menangguhkan niat untuk menghadiahkan PS5 tersebut. Ia membuatkan anaknya itu berasa sangat kecewa dan marah.
Foto hiasan/Pinterest
Itulah, sebelum berjanji, kita kenalah pastikan bahawa kita mampu menunaikannya. Ini kerana ibu bapa merupakan insan yang sangat dipercayai kanak-kanak.
Hati kanak-kanak itu masih suci dan mungkin tindakan ibunya ini akan membuatkannya sukar untuk mendengar kata pabila dewasa kelak.
Kasihan si anak! Sebenarnya tidak perlu pun untuk kita gunakan benda dalam memupuk minat kanak-kanak bukan? Apa pendapat anda?