25.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 2, 2024
UtamaGlobalDokumen yang bocor dedah kes-kes dengan reaksi buruk terhadap vaksin COVID-19 buatan...

Dokumen yang bocor dedah kes-kes dengan reaksi buruk terhadap vaksin COVID-19 buatan China

Individu yang disuntik dengan vaksin buatan China telah melaporkan mengalami pelbagai reaksi dan kesan buruk, termasuk demam, mual, dan cirit-birit, demikian menurut dokumen dalaman yang baru-baru ini diperoleh oleh The Epoch Times.

Dokumen-dokumen tersebut yang diperolehi oleh sumber yang dipercayai, turut mendedahkan kes seorang lelaki China yang telah diberi vaksin dengan dos sepenuhnya yang kemudian berulang kali didapati positif COVID-19.

Dokumen 8 April yang bertajuk ‘Statistic Table of Adverse Reactions of COVID-19 Vaccines’ yang dikeluarkan oleh pusat kesihatan komuniti Daerah Laishui, Bandar Baoding di utara Wilayah Hebei, China menunjukkan bahawa warga tempatan yang disuntik dengan vaksin buatan China telah mengalami pelbagai reaksi yang buruk seperti ruam, demam, loya, cirit-birit, sakit dada dan sesak nafas.

Warga China menunggu untuk menerima vaksinasi di Chaoyang Museum of Urban Planning di Beijing, China pada 15 Januari, 2021. (Gambar oleh Noel Celis /AFP /Getty Images)

Dokumen lain yang dikeluarkan oleh pejabat Pasukan Kepimpinan Perbandaran Baoding untuk Tindak Balas Epidemik pada 3 Mac mencatatkan kes seorang penduduk tempatan yang dikuarantin oleh pihak berkuasa selama 47 hari setelah dia diberi vaksin sepenuhnya.

Menurut dokumen itu, Sui, seorang penduduk di daerah Lianchi di bandar Baoding, telah menerima dua dos vaksin buatan China pada bulan Disember 2020. Selepas itu, dia pergi ke Jerman pada bulan Januari. Ketika dia kembali ke Baoding pada 11 Januari, dia diletakkan di bawah kuarantin berpusat.

Sui telah menjalani ujian komprehensif COVID-19 sebanyak lima kali selama kuarantin, yang merangkumi ujian rutin darah, CT, serum darah, dan asid nukleik, kata dokumen itu. 

Antibodi IgMnya dalam ujian serum darah adalah positif pada setiap kali. Akibatnya, dia dikuarantin selama 47 hari dan seterusnya, sehingga tarikh dokumen itu dikeluarkan.

Pengesanan antibodi IgM adalah ujian serologi yang mungkin menunjukkan jangkitan yang terkini.

Paparan Skrin “Request for Consultation with Provincial Experts on a Resident Surnamed Sui” (The Epoch Times)

Kerana pengasingan yang lama, Sui ‘sangat gelisah’ dan memanggil jabatan kerajaan yang berlainan berkali-kali, menurut dokumen tersebut. Oleh itu, pejabat Pasukan Kepemimpinan Baoding untuk Respons terhadap Epidemik meminta agar pakar dari wilayah mengadakan perbincangan berkenaan kesnya.

Mengenai kuarantin Sui, seorang kakitangan dari Pejabat Luar Negeri Kerajaan Tempatan Baoding berkata kepada The Epoch Times, “Polisi menetapkan bahawa seseorang yang diuji IgM positif perlu menjalani kuarantin di pusat kuarantin, dan hanya apabila mereka disahkan berubah negatif, baharu boleh dikeluarkan.”

“Pada dasarnya kami mempunyai pakar yang berunding dengannya sebanyak seminggu sekali, dan kesimpulan daripada setiap perbincangan adalah meneruskan kuarantin,” menurut mereka.

Menurut para pakar, antibodi IgM muncul pada tahap awal jangkitan manusia terhadap COVID-19. Setelah diberi vaksin dan dalam kuarantin selama 47 hari, sangat luar biasa bagi antibodi IgM untuk positif.

Kakitangan itu juga mendedahkan bahawa para pakar yang berunding mengenai kes Sui mengatakan bahawa hasil positif IgM mungkin ada kaitan dengan vaksinnya. Kesan sampingan bergantung pada keadaan fizikal seseorang. Setelah divaksinasi, beberapa orang mungkin positif IgM selama setengah tahun, sementara yang lain diuji negatif.

Seorang lelaki tiba di Chaoyang Museum of Urban Planning di Beijing untuk menerima vaksinasi pada 15 Januari, 2021. (Gambar oleh Noel Celis / AFP / Getty Images)

Kualiti dan keberkesanan vaksin buatan China telah menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia. Pengarah Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China , Gao Fu mengakui dalam Persidangan Vaksin dan Kesihatan Kebangsaan China pada 10 April bahawa vaksin China mempunyai ‘kadar keberkesanan yang rendah’ dan beliau sedang mempertimbangkan untuk mencampurkan vaksin pelbagai teknologi.

Gao Fu sebelumnya telah menyatakan bahawa dos ketiga mungkin diperlukan agar vaksin buatan China dapat berfungsi, sebagai tindak balas kepada doktor yang didapati positif jangkitan setelah mendapat vaksin sepenuhnya, yang menimbulkan kekecohan di negara ini.

Dokumen dalaman yang lain adalah “Notis mengenai Pengukuhan Lebih Lanjut Pengurusan Keselamatan Vaksinasi COVID-19” yang dikeluarkan pada 6 April oleh pejabat Pasukan Kepemimpinan Kerajaan Wilayah Hebei untuk Respon Epidemik. Dokumen tersebut, ditandakan sebagai ‘sangat penting dan tidak boleh didedahkan kepada umum’ yang meminta peningkatan pemantauan terhadap golongan penerima vaksin yang mendapat reaksi dan kesan buruk.

Jabatan peraturan kesihatan dan ubat-ubatan di peringkat bandar atau ke atas mesti menyiasat dan menangani dengan teliti di mana vaksinasi telah menyebabkan kematian, kecacatan teruk, atau reaksi buruk lain yang boleh memberi kesan yang besar kepada masyarakat, menurut dokumen itu.

Paparan Skrin “Notice on Further Strengthening the Safety Management of COVID-19 Vaccination” pada 6 April 2020 (The Epoch Times)

Dikatakan agensi kerajaan diminta untuk mempergiatkan pemantauan dan menangani ‘reaksi buruk yang akan memberi kesan negatif yang besar kepada masyarakat.”

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI