Ada banyak perkara yang mesti diperjuangkan oleh golongan gelandangan, ketika terpaksa mengais wang demi mendapatkan sedikit makanan sehinggalah mendapatkan tempat untuk berteduh dalam sehari. Hidup yang sangat tertekan.
Kadangkala bantuan sederhana seseorang ke atas golongan gelandangan ini boleh memberi kesan yang besar kepada mereka.
Kisah benar ini terjadi kepada seorang wanita dan ibu muda bernama Casey Fischer setelah dia secara kebetulan bertemu dengan seorang gelandangan yang hanya mempunyai sedikit wang untuk membeli makanannya pada hari itu.
Suatu hari, ketika Casey Fischer berjalan ke Dunkin’ Donuts untuk membeli kopi dan donut, dia melihat seorang gelandangan bernyanyi di tepi jalan dan mengutip syilingnya.
Tidak lama kemudian, lelaki gelandangan itu berjalan menuju ke Dunkin’ Donuts dan duduk di bangku yang berdekatan dengan Casey.
Casey melihat gelandangan ini hanya dapat mengumpulkan satu dolar dengan nyanyiannya, jadi dia menawarkan untuk membelikan bagel dan secawan kopi.
Pada mulanya gelandangan itu enggan dan menolak tawarannya, tetapi pada akhirnya dia mengalah dengan tawaran Casey.
Kemudian, Casey mengajaknya ke meja bersama di mana dari situ mereka telah berkongsi perbualan.
Nama lelaki ini adalah Chris yang berkata dia terkejut dengan kebaikan hati Casey.
Katanya dia biasa dipandang rendah oleh masyarakat hanya kerana dirinya seorang gelandangan.
Kebencian dan penghinaan yang dia terima di kalangan orang ramai telah membuatnya menjadi tertekan.
Chris kemudian mengakui bahawa dia kehilangan tempat tinggal kerana penyalahgunaan dadah yang telah membuatnya berada dalam keadaan sekarang dan sejak itu dia mula menyesal.
Namun, Chris masih mempunyai impian untuk menjadi anak lelaki yang boleh dibanggakan oleh ibunya.
Ibu Chris telah lama meninggal dunia kerana barah, tetapi itu tidak pernah menghalangnya untuk bermimpi menunaikan janjinya.
Chris dan Casey bercakap selama satu jam sebelum Casey menyedari bahawa dia perlu kembali ke kelasnya.
Tetapi sebelum Casey beredar, Chris memintanya untuk menunggu beberapa saat sambil menulis sesuatu di atas resit yang renyuk dan menghulurkannya ke tangan Casey.
Chris sempat meminta maaf kerana tulisan tangannya yang tidak kemas dan dia tergigil-gigil sebelum mereka berpisah dengan membalas senyuman dan pergi dengan urusan masing-masing.
Ketika Casey membuka dan membaca helaian kertas renyuk itu, dia menyedari bahawa sikapnya yang baik dan sederhana ketika melayan Chris bukan sahaja telah membantu menghilangkan dahaga dan kelaparan gelandangan ini malahan kehidupannya pada hari itu, ketika saat itu.
Dalam kertas itu, gelandangan Chris menulis dengan isinya yang mengharukan “Saya ingin membunuh diri hari ini. Tetapi kerana kamu, sekarang saya tidak mahu melakukannya. Terima kasih, wanita cantik.”
Lihat, betapa besarnya impak bantuan kecil Casey yang tanpa disedari telah mampu menyelamatkan nyawa orang lain.