31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGlobalVideo tular kru KRI Nanggala-402 nyanyi ‘Sampai Jumpa’ runtun hati warganet

Video tular kru KRI Nanggala-402 nyanyi ‘Sampai Jumpa’ runtun hati warganet

Tular satu video yang berdurasi 22 saat menunjukkan kru kapal selam KRI Nanggala-402 di media sosial baru-baru ini.

Facebook

Menerusi video tersebut, sembilan anggota kru kapal selam berkenaan dilihat menyanyikan lagu bertajuk ‘Sampai Jumpa’.

Video terbabit telah dimuat naik oleh penyanyi asal lagu itu, Erix Soekamti di laman Instagram miliknya pada awal pagi 25 April.

Erix Soekamti/Instagram

Dalam video itu, kita boleh lihat mereka berkumpul dan bernyanyi beramai-ramai, dengan salah seorang kru dilihat memainkan gitar.

Kesemua mereka dilihat memakai pakaian seragam hitam dan memakai baret di kepala masing-masing.

Mereka dipercayai menyanyikan lagu tersebut di dalam sebuah ruang kapal selam KRI Nanggala-402. Berikut adalah videonya :

Erix Soekamti/Instagram

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto mengesahkan kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala 402 telah terkorban.

Jelasnya, pengumuman itu dibuat selepas beberapa bahagian kapal selam itu ditemui hasil penelitian dasar laut.

“Meskipun, ku tak siap untuk merindu, ku tak siap tanpa dirimu, kuharap terbaik untukmu”, lantunan lirik lagu yang dinyanyikan mereka.

Kini tontonan video tersebut sudah pun mencecah 1 juta kali.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI