Kita semua tahu kucing memiliki personaliti yang boleh dikatakan sebagai sombong. Kucing cenderung untuk inginkan kawasan peribadi dan tidak suka apabila sering diganggu oleh manusia yang geram dengan kecomelannya.

Namun, bukan semua kucing begitu. Ada juga kucing yang sangat manja dan gemar berkepit dengan tuannya tanpa mengira masa. Seperti video berdurasi 2 minit 3 saat yang dikongsikan di YouTube ini. Dalam video berkenaan memaparkan gelagat seekor anak kucing yang sangat manja dengan tuannya.

Anak kucing yang mengantuk ini pada awalnya tidur lena di atas riba tuan yang baik hati. Tuannya yang mahukan si comel tidur dalam keadaan lebih selesa telah mengangkat anak kucing ini dan meletakkannya di bawah secara perlahan-lahan.

Bimbang anak kucingnya itu terjaga, tuannya sempat membelai supaya anak kucing itu terus tidur dengan nyenyak dibuai mimpi. Namun, tidak sampai berapa saat, anak kucing yang comel ini telah terjaga dari tidurnya dan kelihatan seperti mamai.

Reaksinya sungguh comel apatah lagi apabila anak kucing ini mula menyedari tempat tidurnya sudah beralih lantas bingkas bangun dan naik semula ke kaki tuannya. Anak kucing ini kemudian terus melelapkan matanya. Agaknya tidur di atas kaki lebih selesa berbanding tempat lain…
Comel betul! Pasti tuannya bertuah kerana memiliki kucing yang manja seperti ini.