26.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 15, 2024
UtamaGaya HidupVideo bapa layankan anak main 'osom' atas motosikal buat ramai mengalirkan air...

Video bapa layankan anak main ‘osom’ atas motosikal buat ramai mengalirkan air mata

Bapa merupakan lelaki pertama dalam hidup setiap anak perempuan. Kasih sayang antara seorang bapa dan anak perempuan memang benar-benar sejati malah boleh membuatkan si isteri kadangkala cemburu. Hati bapa mana yang tidak akan cair apabila melihat kecomelan anak perempuan bukan?

Baru-baru ini tular satu video yang berjaya membuatkan warganet hampir mengalirkan air mata melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh dua beranak ini. Video yang dikongsikan di laman Instagram oleh akaun sahabatsurga dengan kapsyen, “Mengharukan. Ayah.. Cinta pertama puteri kesayangannya” itu berjaya menarik sehingga 68,693 tanda suka dan 355,000 tontonan.

Dalam video berkenaan, kelihatan si bapa dan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya sedang berhenti di tepi jalan untuk bermain ‘osom’. Kasih sayang seorang bapa jelas terpancar apabila dia sanggup berhenti seketika demi melayan kerenah anak kecilnya itu.

Lebih mengharukan lagi, setiap kali bapanya kalah dalam permainan osom tersebut, si anak akan memberikan kucupan mesra di pipi bapa tercinta. Ternyata, dengan hanya satu perkara yang mudah, kita dapat membahagiakan orang tersayang tanpa perlu berhabis wang ringgit.

Setelah video ini menular dengan rancaknya di media sosial, majoriti warganet mula mengimbau kembali kenangan lama bersama bapa masing-masing sewaktu zaman kecil dahulu. Ada yang juga yang menjadikan video ini sebagai iktibar untuk sentiasa menghargai jasa kedua orang tua kita.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI