31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
UtamaGlobalKRI Nanggala-402 disahkan tenggelam pada kedalaman 838 meter, kesemua kru kapal terkorban

KRI Nanggala-402 disahkan tenggelam pada kedalaman 838 meter, kesemua kru kapal terkorban

Panglima Tentera Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto telah mengumumkan bahawa kesemua kru kapal selam KRI Nanggala-402 telah terkorban.

“Seramai 53 personnel yang onboard KRI Nanggala-402 telah gugur, berdasarkan bukti-bukti authentic itu. Dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala-402 telah tenggelam”, ujarnya.

Tambah beliau, beberapa bahagian kapal selam itu juga sudah ditemukan berdasarkan visual bawah air yang dilakukan oleh kapal tentera Singapura, MV Swift.

Kompas.com

Difahamkan bahawa KRI Nanggala-402 telah pecah kepada tiga bahagian dan tenggelam pada kedalaman 838 meter.

Tambah Hadi, antara bahagian yang dikenal pasti termasuklah bahagian belakang dan luar badan kapal selam, sauh serta jaket keselamatan anak kapal.

Bernama

Dalam pada itu, jenazah kru kapal akan dibawa ke Surabaya, Jawa Timur, menurut Ketua Angkatan Laut Laksamana, Yudo Margono.

Katanya lagi, proses evakuasi mangsa dan bagaimana caranya akan diberitahu kemudian. “Evakuasi nanti kita ke Surabaya atau sesuai permintaan keluarga”.

Antara barang lain yang dijumpai/Reuters

Kapal selam buatan Jerman itu dilaporkan terputus hubungan pada jam 4:25 pagi, 21 April lalu ketika dalam misi latihan tembakan torpedo.

Ia disertai oleh 21 kapal TNI yang lain, bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI