TAIPEI- Seorang budak lelaki berusia 7 tahun bernama Huang disahkan mengalami kecederaan otak selepas menyertai kelas judo. Dia dikatakan baru dua minggu menyertai kelas tersebut yang berlokasi di sebuah gim di Taichung, Taiwan.
Kanak-kanak tersebut dikatakan telah dijatuhkan ke lantai sebanyak 27 kali berturut-turut oleh jurulatih dan senior semasa latihan. Hal tersebut membuatkan dia mengalami pendarahan pada otak yang akhirnya membawa kepada mati otak.
Bapa kepada Huang memberitahu bahawa ketika doktor melakukan pembedahan ke atas anaknya, dia terkejut kerana kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak itu sangat teruk seolah-olah dia dilanggar oleh sebuah kereta. Polis kini melakukan siasatan terhadap jurulatih judo atas sebab kecuaian sehingga menyebabkan kecederaan pada pelatihnya.

Menurut tiga rakaman video telefon bimbit yang diberikan oleh ayah Huang kepada pihak media, video menunjukkan bahawa anaknya itu dilemparkan ke lantai oleh seorang budak lelaki yang lebih tua. Huang kemudian kelihatan enggan bangun dan berlutut sambil menangis dengan mengatakan, “Kaki saya, kaki saya!”
Dalam video lain pula, seorang budak lelaki yang lebih tua sekali lagi menjatuhkan Huang ke lantai. Selepas dijatuhkan Huang terbaring dan tidak dapat bangun semula. Di situ terdapat dua orang kanak-kanak yang sedang memerhatikan apa yang berlaku.
Dalam filem ketiga, Huang kelihatan masih terbaring di lantai. Jurulatih pula berdiri di hadapannya dengan tangan di pinggulnya. Seorang budak lelaki yang lebih tua menghulurkan tangan untuk membantu Huang, tetapi tindakannya dihalang oleh jurulatih tersebut.
Jurulatih tersebut kemudian mengarahkan Huang untuk bangun sendiri tetapi kanak-kanak itu enggan dan menangis dalam kesakitan.
Ayah Huang mendakwa anaknya telah terjatuh di lantai lebih daripada 20 kali dan tidak dapat bangun. Jurulatih berfikir kanak-kanak itu hanya berpura-pura, jadi dia menyeretnya dan menjatuhkannya ke lantai sebanyak 7 atau 8 kali sebelum dia berhenti.
Ekoran kejadian tersebut jurulatih tersebut kini disiasat atau kecuaian yang menyebabkan kecederaan parah tetapi dia meminta supaya pihak kehakiman tetap membenarkannya menjalani latihan judo seperti biasa.
Pihak pendakwa raya akan memangil saksi kejadian terlebih dahulu sebelum memanggil semula jurulatih tersebut untuk menjalankan siasatan susulan atas ke tersebut.