Akhir-akhir ini, banyak kes keracunan monoksida melibatkan kanak-kanak ataupun remaja dilaporkan di dada-dada akhbar.
Keadaan enjin dan penyaman udara yang masih aktif, ditambah lagi jika tingkap kenderaan tidak diturunkan, ia sangatlah berbahaya.
@anthraxxxx/Twitter
Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dikatakan tidur lena di dalam sebuah kereta.
Walaupun kereta itu sudah digoncang, budak terbabit masih lagi tidak sedarkan diri. Ibunya juga puas memanggil dan mengetuk tingkap daripada luar.
“Dia memang tidur mati”, kata ibunya di dalam video tersebut. Mujurlah dengan bantuan orang-orang di sekitar yang terus menggoncangkan kereta, budak itu sedar.
The public tried to wake the kid up because she fell asleep inside the car https://t.co/DdJrXlFR25 pic.twitter.com/YUxByyuyHl
— penanam anggur (@anthraxxxx) April 25, 2021
@anthraxxxx/Twitter
Apa yang mengagumkan, orang ramai yang datang menghulurkan bantuan terdiri dari berbilang bangsa dan agama apabila berlakunya detik-detik cemas. Mereka semua bekerjasama memberi bantuan mengoncangkan kereta tersebut agar kanak-kanak tersebut sedarkan diri dari tidur.
Inilah semangat perpaduan dan keprihatinan yang diterapkan pada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, mereka benar-benar saling tolong-menolong antara satu sama lain.
Sungguhpun begitu, tinjauan pada komen netizen rata-ratanya berasa sedih kerana kejadian tinggalkan anak dalam kereta masih lagi berlaku.
@anthraxxxx/Twitter
@anthraxxxx/Twitter
@anthraxxxx/Twitter
@anthraxxxx/Twitter
@anthraxxxx/Twitter
Sementara itu, ramai juga netizen turut memuji bantuan dan kerjasama oleh orang-orang di sekeliling, tanpa mengira bangsa.
@anthraxxxx/Twitter
@anthraxxxx/Twitter
Ingat ya para ibu bapa jangan leka sangat walaupun perkara yang hendak diuruskan itu sekejap sahaja!