26.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 15, 2024
UtamaGaya HidupWanita ini mengetahui dia adalah seorang puteri diraja pada usia 28 tahun

Wanita ini mengetahui dia adalah seorang puteri diraja pada usia 28 tahun

Sejak kecil, pasti kebanyakan anak gadis pernah memasang angan-angan untuk menjadi seorang puteri diraja. Tapi bagi wanita ini, dia tidak menyangka apabila mendapat berita bahawa dia adalah seorang puteri sebenar ketika berusia 28 tahun.

Sarah Culberson dijadikan sebagai anak angkat kepada sebuah keluarga orang putih sebelum usianya mencecah setahun. Sejak kecil lagi, dia tahu dia lain daripada ‘adik-beradiknya’ yang lain dan kakaknya sering menjelaskan kepada semua orang yang tertanya-tanya mengenai warna kulit Sarah.

PrincessSarahCulberson/Facebook

Sarah kemudiannya mula terdetik untuk mencari identiti kedua ibu bapa kandungnya. Namun ketika itu, tidak banyak maklumat yang berjaya Sarah peroleh. Dia cuma mengetahui ibunya berdarah kulit putih manakala bapanya pula berasal daripada Afrika Barat.

Paparan Skrin/Facebook

“Saya berjaya menemui keluarga ibu saya setelah memasuki tahun pertama pengajian ketika berusia awal 20-an. Saya mengetahui ibu meninggal dunia akibat kanser dan saya mula belajar untuk mengenali ibu kandung saya”.

Paparan Skrin/Facebook

Pada tahun 2004 ketika Sarah berusia 28 tahun, hidupnya berubah dalam sekelip mata. Penyiasat persendirian yang diupah oleh Sarah telah berjaya menemui jejak bapa kandungnya di Maryland.

Sarah dinasihatkan untuk menulis sepucuk surat kepada keluarga berkenaan untuk memperkenalkan diri. Empat hari kemudian, Sarah telah menerima satu panggilan telefon daripada ibu dan bapa saudaranya.

“Oh Sarah, kami sangat gembira kerana dapat menghubungi kamu. Kamu tahu tak kamu siapa? Kamu adalah sebahagian daripada keluarga diraja. Kamu adalah puteri di negara itu” kata pak cik Sarah di dalam panggilan telefon berkenaan.

Paparan Skrin/Facebook

Pak cik Sarah kemudiannya menghubungi bapa kandung Sarah yang pada ketika itu berada di Sierra Leone, Afrika untuk mengaturkan pertemuan kali pertama anak-beranak itu.

Jelas Sarah, sebaik sahaja melihat bapanya sedang menunggu ketibaannya di lapangan terbang, dia dapat melihat dari mata bapanya yang mengharapkan Sarah dapat menerima kewujudannya sebagai bapa.

Paparan Skrin/Facebook

Pada hari pertama, bapa Sarah telah membawa puterinya itu ke sebuah perkampungan di mana mereka disambut dengan meriah oleh sekitar 300 penduduk. Akan tetapi, Sierra Leone pada ketika itu baru sahaja bebas daripada Perang Saudara selama 11 tahun yang menyebabkan lebih daripada 50,000 penduduk terkorban.

Paparan Skrin/Facebook

Hal ini secara tidak langsung menyedarkan Sarah akan tanggungjawabnya sebagai seorang puteri. Lawatan ke Sierra Leone seolah-olah menjadi pencetus kepada identiti dan tanggungjawab baharu yang perlu Sarah pikul.

“Saya tidak boleh kembali ke Amerika Syarikat dan berharap masyarakat di sana dapat bangun daripada apa yang telah berlaku. Saya sedar, ini adalah keluarga saya dan saya harus melakukan sesuatu”.

PrincessSarahCulberson/Facebook

Tahun seterusnya, Sarah bersama-sama dengan keluarga kandung dan keluarga angkatnya telah berganding bahu dalam menubuhkan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan bagi menyokong masyarakat tempatan di negara berkenaan.

Paparan Skrin/Facebook

Pada tahun 2009 pula, Sarah telah menulis sebuah buku yang mengisarkan tentang kisah hidup dirinya dan pengalaman bapa kandungnya selain berharap agar kisah tersebut dapat dijadikan sebagai salah satu filem Disney.

Sarah juga berharap agar kisahnya dapat dijadikan sebagai inspirasi buat masyarakat kulit hitam yang berada di Amerika Syarikat supaya mereka lebih memahami serta mengenali asal usul masing-masing.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI