Memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan boleh membawa perubahan yang besar pada kehidupan seseorang sama ada menjadikan individu berkenaan lebih matang, penyayang, bertanggungjawab, ceria sentiasa dan macam-macam lagi.
Gelagat kucing yang pelbagai sememangnya menghiburkan dan boleh mengubat hati yang luka. Baru-baru ini di Twitter, telah tular sebuah video memaparkan reaksi seekor kucing gebu yang melucukan sebaik sahaja menghidu bau udang.

Menerusi video berdurasi 7 saat itu, kelihatan seekor kucing sedang menghidu udang yang diberikan oleh tuannya. Selepas beberapa saat menghidu bau udang berkenaan, kucing ini berlalu pergi dan sempat menunjukkan reaksi seperti hendak muntah.
Lebih melucukan lagi, kucing comel ini memberikan reaksi yang sama sebanyak dua kali seoleh-olah kucing ini benar-benar mahu muntah akibat bau udang berkenaan.

Sehingga kini, video yang menular dengan hebatnya itu berjaya meraih 12.5K ulang ciapan dengan 34.4K tanda suka. Ramai pengguna Twitter mula melemparkan komen masing-masing. Antaranya:
“Udangnya mungkin tidak segar”.
“Saya tidak boleh berhenti ketawa”.
“Comel!! Kesian dia tapi sangat comel”.