Bukan mudah untuk berhadapan dengan orang ramai apabila kita sedar bahawa kita punya kelemahan diri terutama dari segi fizikal. Antara perkara yang sering menghantui diri ialah bagaimana orang melihat dan berfikir mengenai kekurangan diri kita. Keadaan itulah yang akhirnya membuatkan kita hilang keyakinan diri.
Namun begitu, masih ada yang sangat berani dan berkeyakinan walaupun sedar mereka tidak sama dengan orang lain. Mereka bahkan lebih berani dan yakin dengan diri mereka walaupun beradapan dengan orang ramai.
Itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda yang berjaya menarik perhatian ramai dengan perkongsiannya di TikTok tentang masalah kulit wajah yang dialaminya. Pemuda tersebut mengalami Vitiligo atau sopak pada wajah.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @wanhakimwh, dia ada mendedahkan mengenai keadaan kulit mukanya yang bersopak. Menurutnya, sopak yang dialami bermula dari tompok kecil di dagu tetapi kini merebak hampir di seluruh muka
“Umur saya sekarang 22 tahun, saya kena daripada umur 19 tahun. Mula-mula saya perasan dia ada ‘small white spots’ di dagu. Kita ingatkan panau sebab I pernah je kena panau masa kecik-kecik.”
Keadaan tersebut kemudian merebak dan mula membuatkannya bimbang. Dia kemudian berjumpa dengan doktor kulit dan mereka memberitahu bahawa dia menghidap Vitiligo.
Video yang dikongsikan itu kini telah ditonton oleh hampir sejuta kali dan menerima lebih daripada 66,000 ‘like’ di laman sosial itu. Tidak hanya itu, perkongsian tersebut turut dikongsikan lebih daripada 900 kali oleh pengguna TikTok.