31.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 6, 2025
Utama Blog Laman 309

Suka betul duduk sorok kaki bawah tubuh. Berikut 5 sebab kucing sukakan posisi ini..

0

Pasti pemilik kucing sekalian perasan bahawa kucing-kucing anda di rumah gemar benar duduk dalam keadaan kesemua kakinya disembunyikan di bawah tubuh.

88 lovely pet

Mengapa agaknya ya? Pernahkah anda terfikir? Sebenarnya terdapat beberapa sebab mereka duduk begitu. Antaranya :

#1 Enggan disentuh

88 lovely pet

Kucing kadangkala menyembunyikan tapak kakinya di bawah tubuh kerana mereka berkemungkinan tidak mahu disentuh atau diganggu. Bahkan ada sesetengah kucing bertindak begitu kerana mahu mengelak kuku mereka dipotong oleh tuannya!

#2 Melindungi kuku

88 lovely pet

Kebanyakan kucing liar mempunyai tingkah laku yang sebegini. Ini kerana, mereka mesti melindungi ‘senjata’ mereka dan memastikan ianya sentiasa tajam. Oleh itu, mereka akan menyembunyikan kaki mereka di bawah tubuh bagi melindungi kukunya.

#3 Mahu kekal hangat

88 lovely pet

Kucing tidak mempunyai perlindungan di sekitar tapak kaki mereka. Jadi apabila cuaca sejuk, mereka akan meletakkan kaki mereka di bawah tubuh – tapak kaki tidak diletakkan menghadap ke tanah tetapi dibengkokkan menghadap ke dada.

Dengan itu, tapak kaki mereka tidak akan bersentuhan dengan tanah, sekaligus mengurangkan pelepasan haba dan kondusif untuk mengekalkan kehangatan.

#4 Selesa

88 lovely pet

Pendek kata, posisi duduk menyembunyikan kaki ini sama seperti manusia menggoyangkan kaki ketika duduk. Tindakan ini membuatkan kucing berasa selesa dan santai.

Postur ini akan dilakukan secara spontan oleh kucing dan ianya akan membentuk tabiat kebiasaan mereka.

#5 Simbol kepercayaan

88 lovely pet

Untuk kucing, posisi ini tidak sesuai jika mereka mahu melarikan diri apabila berhadapan dengan bahaya. Jadi jika kucing anda duduk dalam postur begini di hadapan anda, maknanya kucing anda berasa persekitarannya adalah selamat.

Hidup daif bawah jejantas, keluarga Prebet Suria kini ditempatkan sementara di rumah transit

0

Beberapa hari lepas, tular nasib seorang pesara tentera, Prebet Suria Mohamad Hassan yang tinggal di bawah jejantas di Jalan Loke Yew bersama keluarganya selama 2 tahun.

Suria, isteri dan 5 anak mereka tinggal di dalam sebuah pondok sempit, berdindingkan papan lapis tanpa bumbung.

Malah dapur kayu api digunakan untuk memasak kerana tiada bekalan elektrik, memandangkan tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang lebih selesa.

Rina Mohd Harun/Facebook

Suria sebelum ini difahamkan tinggal di flat Sri Sabah, Cheras bersama keluarga iparnya dan bekerja sebagai penjual buah.

Namun disebabkan oleh penghuni rumah terbabit terlalu ramai – melebihi 13 orang maka Suria terpaksa keluar membawa keluarganya tinggal di bawah jambatan.

Terdahulu, Suria merupakan pesara yang pernah menyertai pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Bosnia.

Rina Mohd Harun/Facebook

Dia juga menerima pencen berjumlah RM900 sebulan namun RM600 terpaksa dibayar atas pinjaman untuk perniagaan buahnya setiap bulan kepada ‘Ah Long’.

Keadaan keluarga ini mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

“Alhamdulillah, berkat niat saya hadir untuk membantu Encik Suria, akhirnya saya dapat meyakinkan beliau sekeluarga untuk berpindah serta merta ke penempatan sementara di rumah transit di Flat Sri Johor”.

Malah Kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah memberi bantuan segera dan bakul makanan pada mereka.

Tambah Rina, anak-anak Suria juga akan menerima bantuan menerusi JKM bermula bulan hadapan.

Rina Mohd Harun/Facebook

“Keluarga ini, terutamanya anak-anak mereka memerlukan bantuan memandangkan mereka masih bersekolah. Mereka perlu diberi rumah dan pendidikan agar tidak ketinggalan”.

“Saya difahamkan akan ambil masa seminggu untuk urusan (rumah) dengan DBKL, sekurang-kurangnya beliau tinggal dahulu di rumah transit ini”, ujarnya lagi.

Pihak JKM difahamkan turut akan menyediakan perkhidmatan kaunseling buatnya kerana menurut Rina, Suria turut memerlukan sokongan psikologi.

Rina Mohd Harun/Facebook

Dalam pada itu, nasib keluarga ini turut menerima perhatian daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menurut JHEV, pihaknya akan terus memantau perkembangan Suria dan keluarganya sehinggalah keluarga itu menerima rumah untuk didiami.

Pada minggu lalu, keluarga Suria difahamkan turut disantuni oleh Baitulmal Wilayah Persekutuan selain JHEV.

Warganet kongsi fenomena hujan air batu yang melanda Subang Jaya

0

Malaysia merupakan sebuah negara yang sentiasa dilanda cuaca panas dan hujan sepanjang tahun.

Antara fenomena yang biasa berlaku di negara ini adalah seperti hujan lebat, ribut petir dan banjir kilat.

Namun, hujan batu adalah suatu fenomena yang jarang berlaku tetapi apabila ia melanda negara, ramai yang pasti tertanya-tanya bagaimana ia terjadi.

Facebook

Terbaharu pada Sabtu lalu, penduduk di Subang Jaya telah digemparkan dengan fenomena hujan air batu yang menghentam kediaman masing-masing.

Facebook

Menerusi video yang tular di Facebook SJ Echo, video pendek ini memaparkan secara jelas detik-detik hujan air batu turun dari langit.

Facebook

Fenomena ini ternyata membuatkan ramai pihak terkejut sekali gus memberikan kita peluang untuk melihat ‘salji’ buat pertama kalinya di Malaysia.

Facebook

Berikut merupakan fakta-fakta penting tentang hujan air batu oleh Jabatan Meteorologi Malaysia:

  1. Hujan batu biasanya berbentuk bulat atau gumpalan ais yang tidak sekata dan merupakan pepejal yang terhasil oleh awan ribut petir (kumulonimbus).
  2. Pada paras ketinggian tertentu, suhu adalah di bawah takat beku dan proses pemeluwapan berlaku pada debu-debu atau partikel lain yang disebut sebagai nuklei kondensasi.
  3. Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi sekali gus membuatkan titisan air berkenaan membeku.
  4. Hujan air batu juga berlaku disebabkan ais yang terbentuk di dalam awan gagal cair sebelum mencecah bumi.
  5. Memandangkan Malaysia beriklim khatulistiwa dan sering dilanda musim tengkujuh, maka peluang untuk fenomena air hujan batu melanda negara adalah sangat tinggi

Penyokong Scotland kutip sampah usai perlawanan bola EURO 2020

0

Keadaan sampah memenuhi ruangan berhampiran stadium selepas perlawanan bola adalah satu permandangan biasa di mana-mana sahaja.

Baru-baru ini, penyokong Scotland dilihat mengutip sampah usai sahaja perlawanan Scotland menentang England pada Kejuaraan Bola Sepak Eropah UEFA 2020.

Mereka dilihat mengutip sampah yang memenuhi di jalan-jalan sekitar Leicester Square, London – lokasi para penyokong berkumpul untuk bersorak dan memberi semangat kepada pasukan mereka.

Penyokong yang memakai Kilt turut dilihat mengutip sampah

LADbible Australia/Facebook

Walau bagaimanapun, perlawanan yang berlangsung pada 18 Jun itu mencatatkan keputusan seri tanpa sebarang gol.

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut menahan 30 orang kerana menyerang orang lain, melanggar peraturan dan melakukan kesalahan awam.

LADbible Australia/Facebook

Menurut laporan, sekitar 22,000 orang penyokong Scotland melakukan perjalanan ke London, dengan hanya 2,600 orang sahaja yang memiliki tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Hasil laporan Scotland Yard pula merekodkan 13 tangkapan dibuat atas kesalahan awam, 6 daripadanya ditahan kerana mabuk.

LADbible Australia/Facebook

4 orang pula ditahan kerana menyerang polis, 3 orang lagi kerana menyerang. Manakala 2 orang pula berkaitan dengan dadah dan masing-masing satu kes ekoran melanggar perintah larangan.

Beberapa penyokong juga menyatakan kekecewaan mereka dan beranggapan bahawa perhimpunan besar-besaran sebegitu sepatutnya dielakkan.

Ramai di antara mereka yang tidak juga mengamalkan penjarakan fizikal tatkala pandemik masing lagi berlaku.

Padah buat aksi ‘Superman’, mat rempit meninggal dunia serta-merta lepas rempuh belakang lori

0

Istilah ‘mat rempit’ sering kali membawa konotasi negatif memandangkan golongan tersebut kerap sahaja mengundang masalah dan bahaya ketika di atas jalan raya.

Baru-baru ini, tular satu video seorang lelaki dipercayai mat rempit sedang menunjukkan aksi menunggang motosikal bak ‘Superman’.

我们是马来西亚人 We are Malaysians/Facebook

Namun nasib akhirnya tidak menyebelahi lelaki itu apabila dia akhirnya melanggar bahagian belakang sebuah lori yang melakukan pusingan-U. Laporan juga mendedahkan bahawa lelaki terbabit meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian difahamkan berlaku di hadapan Masjid Bandar Satelit, Pasir Tumboh, Kelantan, di mana mangsa didapati tidak memakai topi keledar.

Gaya tunggangannya juga agak merbahaya kerana posisi sebegitu ternyata menyukarkan lelaki terbabit untuk mengawal motosikal itu sepenuhnya.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Taraff Mohd Bin Zachariah, mangsa tersepit di bahagian belakang lori – tayar belakang.

我们是马来西亚人 We are Malaysians/Facebook

Akibat hentaman yang kuat pada kepala, mangsa dilaporkan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

Semoga tiada insiden sebegini berlaku lagi di masa akan datang. Buat para ibu bapa, sentiasa pantau aktiviti anak masing-masing.

Seekor gajah berjalan sejauh 25 km demi ucap selamat tinggal terakhir kepada mendiang sahabat baik yang disayangi selama 25 tahun

0

Apabila seekor haiwan menjalin hubungan persahabatan dengan manusia, rasa kasih sayangnya pasti lebih mendalam dan tidak pula terbatas. 

Dalam beberapa keadaan yang pasti lebih menyentuh hati, haiwan juga mampu menunjukkan rasa kasih dan kesedihan yang sama seperti manusia ketika mereka kehilangan orang yang disayangi.

Buktinya, seekor gajah dari Kerala, India ini telah berjalan sejauh 25 kilometer (15 batu) untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang sahabat baik manusia yang disayanginya, 

Twitter

The News Minute melaporkan Damodaran Nair, yang juga dikenali sebagai Omanchetan, telah meninggal dunia akibat sakit kanser di daerah Kottayam di Kerala, dan sebelum ini mendiang adalah Mahout atau pelatih gajah yang telah berkecimpung dalam kerjaya itu selama hampir 60 tahun.

Pertemuan pertama Damodaran dengan seekor gajah bernama Pallattu Brahmadathan adalah sejak 25 tahun yang lalu ketika kedua anak lelakinya membeli gajah itu dari pemiliknya yang pertama. 

Twitter

Sepanjang zamannya menjadi Mahout, Brahmadathan adalah gajah kesayangan Damodaran yang bahkan dianggap seperti anaknya sendiri.

Dalam satu video yang menjadi tular di media sosial, ia menunjukkan penduduk kampung dan sanak-saudara yang menziarahi pengebumian Damodaran berasa amat tersentuh dan sedih ketika Brahmadathan datang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Damodaran dengan mengangkat belalainya ke udara.

Twitter

Brahmadathan dengan hormat kemudian berundur dan melangkah perlahan-lahan lalu meninggalkan pengebumian itu dengan perasaan sedih setelah anak lelaki Damodaran, Rajesh memeluk belalai dan memegang gading gajah itu.

Video yang memilukan itu menjadi tular dengan lebih 47,000 tontonan di Twitter. Pada 3 Jun lalu, Damodaran berjaya menyatakan hasrat terakhir ketika keadaan kesihatannya bertambah buruk, untuk melihat gajah kesayangannya buat kali terakhir. Beberapa minit selepas menatap wajah Brahmadathan, Damodaran kemudian menghembuskan nafas terakhir.

Twitter

Menganggap Brahmadathan sebagai salah seorang anggota keluarga mereka, anak lelaki Damodaran, Rajesh membawanya ke pengebumian itu dari rumah mereka di Melampara ke Lakkattoor dalam perjalanan sejauh 25 kilometer demi memenuhi hasrat dan wasiat terakhir ayahnya, lapor The News Minute.

Kita pasti dapat memahami bahawa kedua-duanya mempunyai ikatan persahabatan dan kasih sayang yang sungguh istimewa tatkala air mata akan jatuh menitik tanpa sedar apabila melihat kejadian seperti ini di hadapan mata.

Sama-sama kongsi rezeki, gadis baik hati turut hulur bekalan makanan untuk pak cik ini yang datang mencuci keretanya

0

Ketika era pandemik yang menyebabkan ramai terkesan dengan keadaan ekonomi meleset, kita memahami semua orang mengalami kesukaran dalam mencari rezeki demi mencukupkan keperluan hidup masing-masing dan tanggungan mereka.

Bersyukur bagi golongan yang masih memiliki pekerjaan tetap walaupun turut melalui masa sukar, namun terdapat golongan di luar sana yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan mereka perlu melakukan apa sahaja pekerjaan demi mencari sesuap nasi.

Seorang gadis @itissyahira berkongsi di TikTok bagaimana beliau berkongsi rezekinya dengan menghulurkan sedikit bekalan makanan kepada seorang pak cik yang datang ke rumahnya untuk mencuci kereta.

TikTok

Menurutnya, pak cik itu telah datang meminta bantuan untuk mencuci kereta keluarga gadis ini dan menerima upah untuk pekerjaannya.

Gadis ini dan keluarganya amat bersimpati serta menghargai usaha pak cik itu yang tidak malu untuk mendapatkan bantuan demi pencarian rezeki hariannya yang halal dan berkat.

Namun apa yang menarik perhatian ialah keluarga gadis ini turut tidak lokek untuk  membekalkan makanan untuk pak cik itu yang dimaklumkan belum makan selepas ditanya.

TikTok

Selepas kerja mencuci kereta itu selesai, bekalan makanan tersebut telah diberikan kepadanya. 

TikTok

Sudah pasti terpancar kegembiraan di wajah pak cik ini kerana mendapat upah dan juadah percuma untuk menggalas perutnya yang lapar pada hari itu. 

Tindakan baik hati gadis ini yang sudah semestinya mendapat perhatian kerana beliau berkongsi rezekinya bersama orang lain yang memerlukan, dan sudah tentu menerima pujian.

TikTok

Walaupun perkara seperti ini sudah biasa kita lihat di tempat lain, ketika mak cik, nenek, kakak dan pak cik serta datuk memberi upah lebih dan membekalkan makanan yang mereka baru masak kepada abang pekerja kampung, tindakan anak muda seperti ini di bandar patut menerima pujian.

Syabas dan teruskan untuk berkongsi rezeki anda dengan orang lain. Sesungguhnya hati kita akan berasa amat tenang selepas dapat berbuat demikian dan mendoakan keberkatan satu sama lain.

Shiba Inu rasa bersalah fikir dirinya yang berbau ketika pemiliknya memakan buah durian di dalam rumah

0

Sekiranya ada manusia yang berasa loya, pening dan sensitif dengan bau kuat raja segala buah, iaitu durian, terdapat kalangan haiwan juga yang tidak gemar akan bau buah itu.

Seekor Shiba Inu mencuri perhatian warganet dengan reaksinya yang melucukan ketika pemiliknya memakan buah durian di timur China. 

Facebook

Video lucu itu yang dirakam di bandar Weihai di wilayah Shandong, menunjukkan anjing itu mencium bahagian bawah punggungnya berulang kali kerana berasa dirinya tidak bersih dan berbau. 

Si Shiba Inu ini seperti loya dan pening lalu terus menghidu punggungnya sementara pemiliknya dengan berselera terus memakan buah durian di dalam rumah.

Facebook

Pemiliknya berkata, “Dia menganggap dirinya tercemar dan mencium punggungnya berulang kali ketika saya sedang menikmati buah durian.”

Buah durian sememangnya mempunyai rasa yang amat sedap di kalangan pencinta durian tetapi juga terkenal kerana mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Facebook

Video tersebut mendapat perhatian warganet kerana mereka berasa lucu melihat reaksi spontan Shiba Inu yang tidak gemar langsung akan bau durian.

Bukan anjing Shiba Inu ini sahaja, malahan ada kucing yang cuba mengambus beberapa ulas durian yang berada di dalam mangkuk.

Facebook

Juga seekor beruk yang mencium bau tangannya yang tiba-tiba pelik berbau busuk selepas dihulurkan seulas durian.

Facebook

Tambah menggelikan hati, kucing yang seekor ini memberi reaksi terperanjat dengan matanya yang terbeliak selepas dihulurkan sebungkus durian.

Facebook

Dan si bulus terus pengsan selepas itu.

Facebook

Reaksi yang sungguh melucukan. Tetapi jangan diingat perkara yang main-main atau mengada-ngada jika ada orang dan haiwan yang menolak mentah-mentah untuk menyentuh durian selepas mereka berasa pening kepala dengan baunya.

Tonton video di sini.

Dua cedera akibat kepingan konkrit runtuh di lebuh raya NKVE Sg Buloh-Kota Damansara

0

KUALA LUMPUR – Kejadian kepingan konkrit yang jatuh telah mengakibatkan dua orang cedera. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di lebuh raya NKVE Sg Buloh-Kota Damansara sekitar jam 7.00 malam semalam.

Facebook

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, dua lelaki Bangladesh berusia antara 20 dan 40 tahun dikatakan mengalami kecederaan akibat terkena kepingan konkrit daripada runtuhan tersebut.

Facebook

Pekerja-pekerja ini sedang menjalankan kerja mereka di bahagian bawah ketika kejadian itu berlaku. Mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Sg Buloh untuk mendapatkan rawatan.

Facebook
Facebook

Ketika anggota penyelamat tiba di lokasi, mereka menemui runtuhan konkrit dan struktur keluli di tapak pembinaan lebuh raya.

Mereka bertindak dengan cepat memberikan pertolongan cemas kepada mangsa dan memastikan mangsa berada dalam keadaan selamat sehingga pegawai dari Kementerian Kesihatan tiba di lokasi kejadian.

Si kecil tiba-tiba sebak menonton video ‘Twinkle Twinkle Little Stars’, ramai tersentuh faham mengapa

0

Biasa untuk si kecil malahan ketika kita kecil dahulu akan didendangkan dengan beberapa lagu kanak-kanak yang popular supaya dapat membantu diri cepat tidur atau menghilangkan rasa bosan daripada membuat perkara nakal dan aktiviti yang bukan-bukan.

Banyak lagu kanak-kanak popular yang anak-anak boleh tonton menerusi video seperti ‘Baby Shark’, ‘Twinkle Twinkle Little Stars’ dan lain-lain pilihan lagu popular untuk menarik perhatian si kecil.

Fathie PS / Twitter

Tular di Twitter beberapa hari lalu apabila seorang anak kecil yang comel menangis kerana menonton dan mendengar lagu ‘Twinkle Twinkle Little Stars’ yang mencuri tumpuan ramai dan mula ada yang bertanya kenapa pula dia menangis?

Tiba-tiba sebak dan menangis ketika menonton video ‘Twinkle Twinkle Little Stars’.

Fathie PS / Twitter

Dalam muat naik video di Twitter tersebut, kelihatan seorang anak kecil sedang menonton video lagu kanak-kanak popular, ‘Twinkle Twinkle Little Stars’ bersama ibunya.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian dan membuat ramai netizen tersenyum adalah apabila sebaik saja si ibu memasang video lagu tersebut, anak kecilnya mula sedih dan menangis teresak-esak dengan comel.

Fathie PS / Twitter

Keletahnya telah membuatkan ibunya berasa pelik dan terkejut lalu bertanya mengapa anaknya menangis selepas lagu berkenaan dipasang. 

Rupa-rupanya kerana terdapat babak sedih iaitu seekor burung hantu dilihat terpaksa berpisah meninggalkan kawannya iaitu si bintang ‘Twinkle Twinkle’ yang melambai-lambai lalu naik ke atas awan.

Fathie PS / Twitter

Video penuh menyayat hati ada maksud tersirat yang begini memang boleh buat orang dewasa hati tidak tertahan dengan cabaran hidup pun jadi sedih.

Sementara itu, rata-rata netizen yang melihat reaksi si comel ini berasa terhibur juga pada pada masa sama turut berasa tersentuh dengan hati lembut yang ditunjukkan oleh si kecil. 

Fathie PS / Twitter

Malahan ada netizen yang turut berkongsi situasi sama apabila anak mereka juga tiba-tiba menangis selepas menonton video lagu kanak-kanak, atau beberapa babak dalam filem kartun dan animasi.