25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaBerita UtamaHidup daif bawah jejantas, keluarga Prebet Suria kini ditempatkan sementara di rumah...

Hidup daif bawah jejantas, keluarga Prebet Suria kini ditempatkan sementara di rumah transit

Beberapa hari lepas, tular nasib seorang pesara tentera, Prebet Suria Mohamad Hassan yang tinggal di bawah jejantas di Jalan Loke Yew bersama keluarganya selama 2 tahun.

Suria, isteri dan 5 anak mereka tinggal di dalam sebuah pondok sempit, berdindingkan papan lapis tanpa bumbung.

Malah dapur kayu api digunakan untuk memasak kerana tiada bekalan elektrik, memandangkan tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang lebih selesa.

Rina Mohd Harun/Facebook

Suria sebelum ini difahamkan tinggal di flat Sri Sabah, Cheras bersama keluarga iparnya dan bekerja sebagai penjual buah.

Namun disebabkan oleh penghuni rumah terbabit terlalu ramai – melebihi 13 orang maka Suria terpaksa keluar membawa keluarganya tinggal di bawah jambatan.

Terdahulu, Suria merupakan pesara yang pernah menyertai pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Bosnia.

Rina Mohd Harun/Facebook

Dia juga menerima pencen berjumlah RM900 sebulan namun RM600 terpaksa dibayar atas pinjaman untuk perniagaan buahnya setiap bulan kepada ‘Ah Long’.

Keadaan keluarga ini mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

“Alhamdulillah, berkat niat saya hadir untuk membantu Encik Suria, akhirnya saya dapat meyakinkan beliau sekeluarga untuk berpindah serta merta ke penempatan sementara di rumah transit di Flat Sri Johor”.

Malah Kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah memberi bantuan segera dan bakul makanan pada mereka.

Tambah Rina, anak-anak Suria juga akan menerima bantuan menerusi JKM bermula bulan hadapan.

Rina Mohd Harun/Facebook

“Keluarga ini, terutamanya anak-anak mereka memerlukan bantuan memandangkan mereka masih bersekolah. Mereka perlu diberi rumah dan pendidikan agar tidak ketinggalan”.

“Saya difahamkan akan ambil masa seminggu untuk urusan (rumah) dengan DBKL, sekurang-kurangnya beliau tinggal dahulu di rumah transit ini”, ujarnya lagi.

Pihak JKM difahamkan turut akan menyediakan perkhidmatan kaunseling buatnya kerana menurut Rina, Suria turut memerlukan sokongan psikologi.

Rina Mohd Harun/Facebook

Dalam pada itu, nasib keluarga ini turut menerima perhatian daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menurut JHEV, pihaknya akan terus memantau perkembangan Suria dan keluarganya sehinggalah keluarga itu menerima rumah untuk didiami.

Pada minggu lalu, keluarga Suria difahamkan turut disantuni oleh Baitulmal Wilayah Persekutuan selain JHEV.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...

TREN TERKINI