Sekiranya ada manusia yang berasa loya, pening dan sensitif dengan bau kuat raja segala buah, iaitu durian, terdapat kalangan haiwan juga yang tidak gemar akan bau buah itu.
Seekor Shiba Inu mencuri perhatian warganet dengan reaksinya yang melucukan ketika pemiliknya memakan buah durian di timur China.

Video lucu itu yang dirakam di bandar Weihai di wilayah Shandong, menunjukkan anjing itu mencium bahagian bawah punggungnya berulang kali kerana berasa dirinya tidak bersih dan berbau.
Si Shiba Inu ini seperti loya dan pening lalu terus menghidu punggungnya sementara pemiliknya dengan berselera terus memakan buah durian di dalam rumah.

Pemiliknya berkata, “Dia menganggap dirinya tercemar dan mencium punggungnya berulang kali ketika saya sedang menikmati buah durian.”
Buah durian sememangnya mempunyai rasa yang amat sedap di kalangan pencinta durian tetapi juga terkenal kerana mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Video tersebut mendapat perhatian warganet kerana mereka berasa lucu melihat reaksi spontan Shiba Inu yang tidak gemar langsung akan bau durian.
Bukan anjing Shiba Inu ini sahaja, malahan ada kucing yang cuba mengambus beberapa ulas durian yang berada di dalam mangkuk.

Juga seekor beruk yang mencium bau tangannya yang tiba-tiba pelik berbau busuk selepas dihulurkan seulas durian.

Tambah menggelikan hati, kucing yang seekor ini memberi reaksi terperanjat dengan matanya yang terbeliak selepas dihulurkan sebungkus durian.

Dan si bulus terus pengsan selepas itu.

Reaksi yang sungguh melucukan. Tetapi jangan diingat perkara yang main-main atau mengada-ngada jika ada orang dan haiwan yang menolak mentah-mentah untuk menyentuh durian selepas mereka berasa pening kepala dengan baunya.
Tonton video di sini.