Istilah ‘mat rempit’ sering kali membawa konotasi negatif memandangkan golongan tersebut kerap sahaja mengundang masalah dan bahaya ketika di atas jalan raya.
Baru-baru ini, tular satu video seorang lelaki dipercayai mat rempit sedang menunjukkan aksi menunggang motosikal bak ‘Superman’.
我们是马来西亚人 We are Malaysians/Facebook
Namun nasib akhirnya tidak menyebelahi lelaki itu apabila dia akhirnya melanggar bahagian belakang sebuah lori yang melakukan pusingan-U. Laporan juga mendedahkan bahawa lelaki terbabit meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian difahamkan berlaku di hadapan Masjid Bandar Satelit, Pasir Tumboh, Kelantan, di mana mangsa didapati tidak memakai topi keledar.
Gaya tunggangannya juga agak merbahaya kerana posisi sebegitu ternyata menyukarkan lelaki terbabit untuk mengawal motosikal itu sepenuhnya.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Taraff Mohd Bin Zachariah, mangsa tersepit di bahagian belakang lori – tayar belakang.
我们是马来西亚人 We are Malaysians/Facebook
Akibat hentaman yang kuat pada kepala, mangsa dilaporkan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
Semoga tiada insiden sebegini berlaku lagi di masa akan datang. Buat para ibu bapa, sentiasa pantau aktiviti anak masing-masing.