Keadaan sampah memenuhi ruangan berhampiran stadium selepas perlawanan bola adalah satu permandangan biasa di mana-mana sahaja.
Baru-baru ini, penyokong Scotland dilihat mengutip sampah usai sahaja perlawanan Scotland menentang England pada Kejuaraan Bola Sepak Eropah UEFA 2020.
Mereka dilihat mengutip sampah yang memenuhi di jalan-jalan sekitar Leicester Square, London – lokasi para penyokong berkumpul untuk bersorak dan memberi semangat kepada pasukan mereka.
Penyokong yang memakai Kilt turut dilihat mengutip sampah
LADbible Australia/Facebook
Walau bagaimanapun, perlawanan yang berlangsung pada 18 Jun itu mencatatkan keputusan seri tanpa sebarang gol.
Dalam pada itu, pihak berkuasa turut menahan 30 orang kerana menyerang orang lain, melanggar peraturan dan melakukan kesalahan awam.
LADbible Australia/Facebook
Menurut laporan, sekitar 22,000 orang penyokong Scotland melakukan perjalanan ke London, dengan hanya 2,600 orang sahaja yang memiliki tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut.
Hasil laporan Scotland Yard pula merekodkan 13 tangkapan dibuat atas kesalahan awam, 6 daripadanya ditahan kerana mabuk.
LADbible Australia/Facebook
4 orang pula ditahan kerana menyerang polis, 3 orang lagi kerana menyerang. Manakala 2 orang pula berkaitan dengan dadah dan masing-masing satu kes ekoran melanggar perintah larangan.
Beberapa penyokong juga menyatakan kekecewaan mereka dan beranggapan bahawa perhimpunan besar-besaran sebegitu sepatutnya dielakkan.
Ramai di antara mereka yang tidak juga mengamalkan penjarakan fizikal tatkala pandemik masing lagi berlaku.