28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 8, 2025
Utama Blog Laman 310

Pemotong rumput dipenjara tiga minggu kerana tanggalkan pelitup muka untuk bernafas

0

KOTA KINABALU- Seorang lelaki didijatuhi hukuman penjara tiga minggu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Tertuduh yang merupakan pemegang pas IMM13 berusia 25 tahun itu telah mengaku bersalah di hadapan hakim Lovely Natasha Charlesis di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada hari semalam, 18 Jun.

IMM13 adalah pas sementara yang dikeluarkan kepada pelarian oleh Jabatan Imigresen Sabah.

Dia ditahan pada 4 Jun lalu kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah tempat awam yang berhampiran sebuah jambatan di One Borneo di Menggatal.

Ketika ditanya oleh mahkamah, dia menjelaskan apa yang berlaku ketika dia ditahan.

Dia memberitahu bahawa pada kira-kira jam 2.00 petang dia menyedari dia tertinggal pelitup mukanya di kawasan berhampiran. Dia kemudian bergegas mengambil pelitup muka, memakainya dan terus kembali semula ke tempat kerjanya.

Namun, apabila sampai sahaja di tempat dia memotong rumput dia telah membuka pelitup mukanya sebentar untuk bernafas dan menghirup udara. Ketika itulah polis yang meronda kawasan tersebut melihatnya tanpa menggunakan pelitup muka.

Setelah mendengar penjelasannya, mahkamah bertanya adakah dia masih mahu mengaku bersalah dan dia memutuskan untuk mengekalkan pengakuan salahnya.

Semasa Rayuan Khas dilakukan, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta hukuman diringankan dan memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai kad IMM13 yang sah.

Mahkamah memerintahkannya untuk menjalani hukuman tahanan dari tarikh tangkapan, 4 Jun, dan dia akan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.

Pengorbanan ibu kucing ulang-alik bawa daging demi anak-anak, runtun jiwa warganet

0

Pengorbanan dan kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya ternyata luar biasa. Bukan sahaja manusia, malah ia turut berlaku pada haiwan.

Itulah yang dilakukan oleh seekor kucing betina bernama Sinja di Korea Selatan, di mana setiap hari Sinja akan ke sebuah restoran untuk merayu diberikan makanan.

Menurut pemilik kedai makan tersebut, Sinja akan muncul di hadapan restorannya dan mengiau seakan merayu agar dirinya diberi sedikit makanan.

Disebabkan simpati yang menebal, pemilik restoran itu akan memasakkan Sinja daging pada setiap hari, khas untuk Sinja.

“Sinja tidak akan meninggalkan restoran saya jika tidak diberikan daging. Jadi sebelum pelanggan tiba, saya akan sediakan makanan buatnya dahulu”.

Sungguh pun begitu, Sinja tidak terus makan sebaik sahaja diberikan daging tersebut. Kucing tersebut dilihat sering membawa daging itu ke suatu tempat.

Sinja berulang-alik daripada lokasi persembunyiannya ke restoran itu sebanyak 4 kali untuk membawa pulang kesemua kepingan daging berkenaan.

Ke manakah agaknya Sinja membawa daging itu ya? Untuk menjawab persoalan itu, beberapa kamera dipasang untuk mengetahuinya.

Maka terungkailah misteri ke mana Sinja pergi. Rupanya Sinja membawa pulang daging untuk diberikan kepada 4 ekor anaknya. Setiap seekor mendapat sekeping daging.

Tidak dapat dipastikan sama ada Sinja berpeluang atau tidak makan sedikit daging itu untuk dirinya sendiri. Semua diberikan kepada anak-anaknya.

Saksikan video penuh Sinja dan anak-anaknya menerusi video di bawah :

Tidak mengapa jika dirinya tidak makan, asalkan kesemua anak-anaknya kenyang dan sihat. Begitu hebatnya pengorbanan ibu..

Pening semut ‘serang’ bekas gula? Campak 4 bahan ini, gerenti semut akan keluar sendiri..

0

Sudah lumrahnya bahawa serangga kecil iaitu semut sangat tertarik dengan makanan yang manis, seperti gula misalnya.

Gula pada dasarnya adalah satu bentuk tenaga yang dapat dimakan, jadi semut menyedari hal ini dan memanfaatkan sumber gula berkenaan semampunya.

Mesti ramai yang pening bagaimana mahu mencegah koloni semut ini menyerang simpanan gula di dapur anda bukan?

Berikut adalah petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, yang menggunakan nama akaun @kakrad76.

Anda hanya perlukan 4 jenis rempah ratus, seperti :

  • Kulit kayu manis
  • Biji limau
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang

Letakkan sahaja di dalam bekas simpanan gula anda di dapur dan buat seketika, biarkan ianya terbuka dahulu.

Ini bagi membolehkan semut-semut yang berada di dalam bekas, keluar sepenuhnya. Biarkan lebih kurang setengah jam.

Selepas setengah jam, anda akan dapati semut-semut tadi telah pun tiada.

Semut sebenarnya merupakan serangga yang tidak gemarkan bauan dan aroma yang kuat – seperti yang terdapat pada rempah ratus berkenaan.

Jadi, ia merupakan kaedah berkesan dalam mengusir dan menghalang semut daripada terus berleluasa di dapur anda.

Tonton video di sini.

Khairy Jamaluddin : Vaksinasi ‘walk-in’ selepas selesai individu berdaftar

0

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata vaksinasi secara ‘walk-in’ bakal dilaksanakan.

Ia melibatkan penerimaan suntikan vaksin COVID-19, tanpa penerima mendaftarkan diri mereka terlebih dahulu.

Namun demikian, beliau menjelaskan bahawa keutamaan masih lagi diberikan kepada individu yang telah berdaftar dan masih belum diberi janji temu vaksinasi.

Bernama

“Kita akan melaksanakan ‘walk-in’ tetapi biarlah selesaikan dahulu mereka yang berdaftar, namun belum menerima janji temu vaksinasi”, kata Khairy.

Menurutnya, kerajaan berharap proses vaksinasi ini dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini ataupun lebih awal.

“Tidak adil untuk melaksanakan vaksinasi  secara ‘walk-in’ sekarang kerana masih ada individu berdaftar yang tidak menerima janji temu vaksinasi”.

Berita Harian

“Jadi, kita akan utamakan mereka yang telah berdaftar terlebih dahulu”, ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, pendekatan suntik dahulu, daftar kemudian turut akan digunakan Sarawak, selepas diumumkan oleh Ketua Menterinya, Datuk Patinggi Abang Johari minggu lalu.

Selain pendaftaran menerusi MySejahtera, Sarawak juga menggunakan kaedah hibrid – pendaftaran secara manual selepas vaksin, khususnya bagi masyarakat luar bandar.

Kluster baru di Sabah mungkin berkait sambutan Pesta Kaamatan, 40 diuji positif

0

Satu kluster COVID-19 di pinggir Kota Kinabalu, Sabah telah dikesan, melibatkan sambutan Pesta Kaamatan yang disambut pada 31 Mei lalu.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, Kluster Kionsom Kecil itu mula dikesan pada 9 Jun lalu, melalui saringan bergejala di Jesselton Medical Centre, Kota Kinabalu.

Malay Mail

Kes indeks menurutnya adalah lelaki 31 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan yang terletak di Inanam – lebih kurang 10 kilometer dari Kota Kinabalu.

Pesakit itu walau bagaimanapun telah diasing dan dibawa ke PKRC untuk rawatan lanjut selepas disahkan positif menerusi ujian RT-PCR.

“Susulan kes itu, seramai 86 kontak rapat menjalani ujian saringan COVID-19 pada 12 hingga 13 Jun”, katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah/Facebook

Ujarnya lagi, kluster berkenaan setakat ini telah mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 40 kes. Manakala, Kampung Kionsom Kecil kini telah ditempatkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dalam pada itu, Sabah pada 17 Jun telah mencatatkan pertambahan kes COVID-19 tiga digit iaitu sebanyak 248 kes.

Netizen berkongsi slaid pembentangan guna PowerPoint dan hasilnya sungguh memukau

0

Tugasan dan pembentangan dengan kehidupan setiap pelajar ibarat berpisah tiada. Untuk mendapatkan markah yang tinggi, kita bukan sahaja perlu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi kita juga perlu menjayakan setiap pembentangan dengan yakin.

Dalam sesebuah pembentangan, program yang biasa digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Ia berguna untuk membantu kita menghasilkan format persembahan berdasarkan slaid.

Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa PowerPoint mempunyai ciri yang sangat menarik untuk diterokai dan bukan sekadar slaid yang membosankan.

@syaz_bay/Twitter

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah berkongsi sebuah video berdurasi 31 saat yang tular dan sehingga kini berjaya mencapai 156.3 ribu jumlah tontonan!

@syaz_bay/Twitter

Video yang dikongsikan oleh @syaz_bay itu memaparkan pembentangan bertajuk Anatomi Jantung yang cukup interaktif dan jauh berbeza berbanding pembentangan yang pernah kebanyakan daripada kita lakukan ketika zaman belajar.

@syaz_bay/Twitter

Sejak perkongsian itu tular, ramai warganet meluahkan rasa kagum masing-masing terhadap ciri PowerPoint yang canggih itu.

@syaz_bay/Twitter

“Tak tahu pula PowerPoint ada ciri begini”.

“Rajinnya buat animasi, transisi itu. Kalau saya letak point dan kandungan sahaja sebab pensyarah tak minat kreatif macam ini”.

“Morph adalah ciri terbaharu dalam tab Transitions di PowerPoint 2019, 365. Mobile dan versi web sahaja yang boleh guna”.

Pasangan anak-beranak tunjuk kemahiran memotong yang mengagumkan. Siapa sahaja tak bangga?

0

‘Bapak borek anak rintik’ merupakan peribahasa yang membawa maksud perangai atau tingkah laku seorang anak yang sama seperti sifat si bapa.

Satu lagi perumpamaan sesuai dengan kisah yang bakal dikongsikan dalam artikel ini adalah ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’.

Proud to be a Chef/Facebook

Dalam video yang dikongsikan di Facebook oleh Proud to be a Chef memaparkan gelagat anak beranak yang sedang menunjukkan kemahiran memotong buah tomato di dapur.

Proud to be a Chef/Facebook

Video berdurasi 49 saat itu menunjukkan si bapa yang merupakan seorang tukang masak sedang mempamerkan kemahirannya menggunakan pisau dengan cekap sambil diperhatikan oleh kanak-kanak lelaki itu.

Proud to be a Chef/Facebook

Selepas menunjukkan contoh, bapa ini menyerahkan pisau ke tangan anaknya dan mengejutkan, anak ini turut mahir memegang pisau dan menunjukkan kemahiran hebat sama seperti bapanya!

Proud to be a Chef/Facebook

Lihatlah reaksi si bapa ketika berdiri di sebelah anak lelakinya sambil memerhatikan dengan penuh rasa bangga.

Proud to be a Chef/Facebook

Kecil-kecil lagi sudah mempunyai bakat dan masa depan yang cerah, semoga anak ini akan mewarisi bakat dan kemahiran bapanya serta menjadi seorang yang berjaya dalam hidup.

Ibu keluar sebentar minta suami perhatikan anak, sudahnya anak tidak berganjak memperhatikan bapanya sebaik mungkin

0

Sekiranya anda memikirkan bagaimana seorang bapa menjaga anak-anak, gambaran yang muncul di kepala mungkin aksi menghangatkan seorang bapa yang bermain dengan anak-anak seperti dalam rancangan realiti ‘Return of Superman’, atau gambar lembut tetapi menggelikan hati anak menjaga bapanya yang sedang tidur di sebelah.

Ketika mengharapkan suami menemani anak-anak, sering kali anda yang kepenatan tertidur di sebelah suami yang turut tertidur sementara anak-anak masih giat bermain penuh keletah dengan pelbagai aktiviti. 

Seorang netizen dari Taiwan memuat naik gambar lucu suaminya memperhatikan anak kecil mereka di laman Facebook ‘Breaking News’. Tulisnya, ketika mahu keluar sebentar, dia telah meminta suaminya untuk menjaga anak dengan baik. Namun, ketika dia pulang ke rumah, didapatinya rumah senyap sunyi. Netizen ini membuka pintu bilik tidur anaknya dan mendapati anaknya sedang duduk memperhatikan bapanya yang sedang tidur nyenyak di sebelah.

mombaby

Si kecil ini memperhatikan bapanya dengan sebaik mungkin. Terdapat jagaan yang teliti, tetapi hanya peranannya yang terbalik.

Netizen geli hati dengan memberi komen: Mungkinkah ini langkah pertama didikan untuk menyemai sikap berdikari anak-anak apabila menyerahkan mereka kepada si bapa untuk dijaga?

Sudah tentu, gambar yang menghangatkan hati ini telah menarik perbincangan kalangan netizen. Ramailah yang mula menganalisis ‘faedah membawa anak-anak diserahkan kepada bapa’, cara membesarkan anak-anak tidak sesukar seperti dilihat. 

mombaby

Di bawah pemantauan si bapa, anak boleh bebas membentuk dunianya sendiri dan menyaksikan bapanya tertidur dengan penuh perhatian juga adalah satu pembelajaran yang berguna. 

Inilah caranya untuk memupuk perwatakan anak-anak yang berdikari dan menunjukkan kasih sayang anak untuk menjaga orang lain. Bapa juga akan makan bersama anak dengan makanan ringan kegemaran mereka, boleh ambil sebanyak mana yang mereka suka sehingga ketika dewasa mereka pasti muak untuk memakan makanan ringan, maka dengan sukarela mencari makanan berzat demi kebaikan diri sendiri. Semuanya secara terbalik, tetapi lebih banyak memberi manfaat kepada anak-anak tanpa kita sedari.

Ada netizen memberi komen, “Anak-anak akan bertanya, ‘Bila sekolah akan bermula? Amat memenatkan menjaga ayah saya di rumah!’.” 

mombaby

Walaupun tidak semua keluarga mempunyai pandangan dan senario keibubapaan seperti ini, peluang untuk mengalaminya sendiri adalah sangat tinggi!

Jika dilihat daripada gambar yang disiarkan oleh netizen, pengalaman itu dikongsikan dengan melihat bagaimana si bapa tertidur nyenyak di sebelah anak kecil yang sedang bermain, cara biasa yang para ibu rakamkan di media sosial. 100 cara kreatif bapa bermain bersama anak-anak di rumah adalah seperti tidak wujud!

mombaby

Tetapi adakah semua ibu tahu bahawa dalam tinjauan Hari Bapa menyatakan 90 peratus kaum bapa bersedia meluangkan masa dengan anak-anak. Kebanyakan bapa merasa puas hati ketika membesarkan anak-anak dan berasa lebih gembira setelah mempunyai anak. Sehingga 90 peratus bapa juga menganggap diri mereka adalah bapa yang baik dan cekap.

mombaby

Tidak kira sama ada ibu atau bapa, tanggungjawab dalam hal keibubapaan itu adalah bersama-sama demi memastikan anak-anak mempunyai kehidupan yang baik dan bahagia.

Menjadi ibu bapa yang terbaik adalah impian setiap pasangan yang telah berkeluarga. Berikan pujian kepada semua ibu bapa yang telah bekerja keras membesarkan anak-anak mereka.

Pogba alihkan botol Heineken semasa sidang akhbar, sehari lepas Cristiano alih Coca-Cola

0

Gelagat pemain tengah Perancis, Paul Pogba mengalihkan minuman tajaan di hadapannya sebelum memulakan sesi sidang akhbar baru-baru ini mencuri tumpuan ramai.

Pogba yang beragama Islam, dilihat mengalihkan botol minuman keras berlabel Heineken yang diletakkan di atas meja, tatkala selesai perlawanan Euro 2020 antara Perancis dan Jerman.

The Telegraph/YouTube

Perlawanan tersebut berakhir dengan Perancis berjaya menumpaskan Jerman 1-0, sementara Pogba dinobatkan sebagai ‘Man of the Match’.

Sehari sebelum itu, terdahulu tular gelagat pemain Portugal, Cristiano Ronaldo yang turut mengalihkan dua botol Coca-Cola semasa sidang akhbar.  

@MarketingMvrick/Twitter

Cristiano kemudian dilihat mengangkat botol berisi air mineral dan kemudian berkata ‘Agua’ yang bermaksud air di dalam bahasa ibundanya.

Namun bezanya, Cristiano hanya mengalihkan botol Coca-Cola ke tepi meja sedangkan Pogba pula terus mengalihkan botol Heineken ke bawah.

The Telegraph/YouTube

The Telegraph/YouTube

Untuk makluman, Heineken merupakan penaja rasmi bir untuk Euro 2020.

Dalam pada itu, UEFA tidak melihat tindakan kedua-dua pemain itu sebagai satu isu, walaupun ia melibatkan dua penaja berprofil tinggi mereka.

Paip pecah punca jalan mendap, kereta terperosok ke dalam lubang buat penduduk JB bimbang

0

Malang menimpa sebuah kereta di Johor Bahru apabila terperosok ke dalam sebuah lubang, hasil mendapan pada jalan raya di Jalan Lampam, Tanjung Puteri Resort.

Kejadian itu difahamkan berlaku pada 16 Jun, di mana bahagian hadapan kereta jenis Proton Wira dilihat terperosok ke dalam lubang yang agak besar.

Insiden tersebut membuatkan penduduk tempatan berasa bimbang dengan tahap keselamatan jalan di sana, memandangkan ia digunakan ribuan pengguna setiap hari ke tempat kerja.

Harian Metro

Menurut seorang penduduk, lubang itu berada di laluan utama dari Pelabuhan Tanjung Langsat menghala ke perkampungan Pasir Putih dan Pelabuhan Johor.

Mendapan tanah pada jalan tersebut difahamkan berpunca daripada paip pecah.

“Jika insiden itu berlaku pada penunggang motosikal, impaknya pasti lebih teruk dan mungkin boleh meragut nyawa”, ujar penduduk lagi.

Penduduk terbabit turut meminta agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa untuk memantau keselamatan laluan utama tersebut.

Harian Metro

Memandangkan bahawa ia turut digunakan oleh ratusan kenderaan berat setiap hari, selain digunakan oleh pengguna jalan raya yang lain.

Dalam pada itu, jurucakap Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada SAJ Ranhill.

“Ia membabitkan paip SAJ pecah dan MBPG sudah memaklumkan kepada SAJ untuk membaik pulih jalan tersebut. Kini kerja baik pulih sedang dijalankan”.

MBPG juga meminta bantuan kumpulan konsesi untuk bersedia jika ada keperluan untuk membantu kerja membaik pulih berkenaan.