Pasti pemilik kucing sekalian perasan bahawa kucing-kucing anda di rumah gemar benar duduk dalam keadaan kesemua kakinya disembunyikan di bawah tubuh.
Mengapa agaknya ya? Pernahkah anda terfikir? Sebenarnya terdapat beberapa sebab mereka duduk begitu. Antaranya :
#1 Enggan disentuh
Kucing kadangkala menyembunyikan tapak kakinya di bawah tubuh kerana mereka berkemungkinan tidak mahu disentuh atau diganggu. Bahkan ada sesetengah kucing bertindak begitu kerana mahu mengelak kuku mereka dipotong oleh tuannya!
#2 Melindungi kuku
Kebanyakan kucing liar mempunyai tingkah laku yang sebegini. Ini kerana, mereka mesti melindungi ‘senjata’ mereka dan memastikan ianya sentiasa tajam. Oleh itu, mereka akan menyembunyikan kaki mereka di bawah tubuh bagi melindungi kukunya.
#3 Mahu kekal hangat
Kucing tidak mempunyai perlindungan di sekitar tapak kaki mereka. Jadi apabila cuaca sejuk, mereka akan meletakkan kaki mereka di bawah tubuh – tapak kaki tidak diletakkan menghadap ke tanah tetapi dibengkokkan menghadap ke dada.
Dengan itu, tapak kaki mereka tidak akan bersentuhan dengan tanah, sekaligus mengurangkan pelepasan haba dan kondusif untuk mengekalkan kehangatan.
#4 Selesa
Pendek kata, posisi duduk menyembunyikan kaki ini sama seperti manusia menggoyangkan kaki ketika duduk. Tindakan ini membuatkan kucing berasa selesa dan santai.
Postur ini akan dilakukan secara spontan oleh kucing dan ianya akan membentuk tabiat kebiasaan mereka.
#5 Simbol kepercayaan
Untuk kucing, posisi ini tidak sesuai jika mereka mahu melarikan diri apabila berhadapan dengan bahaya. Jadi jika kucing anda duduk dalam postur begini di hadapan anda, maknanya kucing anda berasa persekitarannya adalah selamat.