26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
UtamaInspirasiIbu bapa terima kejutan 100 bungkus mi selepas si kecil ‘bijak’ buat...

Ibu bapa terima kejutan 100 bungkus mi selepas si kecil ‘bijak’ buat pesanan dalam talian, ada lebih beri pekerja pembersihan dan golongan memerlukan

Kanak-kanak zaman sekarang memang pandai dan bijak menggunakan gajet seperti telefon pintar atau tablet, tetapi kadangkala mereka yang kecil masih belum cukup baik dan mahir. Namanya pun si kecil.

Dalam satu kejadian melucukan tetapi boleh membuat ibu bapa menjadi pokai di China, seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun secara tidak sengaja telah memesan 100 mangkuk ‘zhajiangmian’ atau mi pes soya dengan menggunakan telefon pintar bapanya.

Pada 15 Jun 2021 anak kecil dari bandar Jilin itu telah terasa lapar dan cuba memesan satu bungkus mi dengan menggunakan telefon pintar bapanya, tetapi secara tidak sengaja menekan dua ‘sifar’ tambahan ketika memasukkan pesanan makanan itu.

Paparan Skrin / Sohu

Ketika pesanan tiba, NetEase News melaporkan penghantar makanan terpaksa melakukan tujuh hingga lapan perjalanan untuk menghantar 100 bungkusan mi, dan keluarga itu tinggal di tingkat 13. Bayangkan.

Paparan Skrin / Sohu

Pada mulanya ibu bapa kanak-kanak ini mengandaikan yang mereka telah memenangi hadiah bertuah berupa mi zhajiangmian, tetapi setelah memeriksa telefon pintarnya, si bapa amat terkejut selepas menyedari yang anak perempuannya telah menghabiskan RMB1,350 (kira-kira RM868) untuk semangkuk mi dalam bentuk ‘100’ penghantaran.

Insiden melucukan ini telah dirakam dan dimuat naik di media sosial negara itu. Menurut Sohu, keluarga itu menyimpan 8 mangkuk mi, dan menyerahkan selebihnya kepada pekerja pembersihan dan golongan yang memerlukan.

Paparan Skrin / Sohu

Ibu bapa si kecil nakal ini tidak membuang makanan dan mereka memberi makan kepada golongan yang memerlukan, dan tidak menyalahkan anak mereka. Apa yang si kecil ini tahu. Dia hanya lapar dan teringin menikmati makanan kegemarannya. Satu sikap terpuji yang perlu dipelajari oleh ibu bapa lain. 

Walau bagaimanapun, ibu bapa juga perlu selalu berhati-hati dengan penggunaan gajet dan telefon pintar ketika menyerahkannya kepada anak-anak dan mendidik mereka dengan betul.

Paparan Skrin / NetEase News

Ini bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini seperti kehilangan wang atau terjebak dalam penipuan dalam talian. Berhati-hatilah para ibu bapa kerana anak-anak anda itu naif.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI