Gara-gara menyamar sebagai doktor, individu di Sarawak baru-baru ini telah ditahan di pusat pemberian vaksin (PPV) Stadium Perpaduan, Petra Jaya.
Insiden itu turut disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Satawak, Datuk Aidi Ismail. Menurutnya, lelaki menyamar sebagai doktor dari Hospital Umum Sarawak (HUS).
Ujar beliau lagi, penahanan individu terbabit dibuat selepas pihak polis menerima maklumat daripada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Apabila disoal oleh polis, suspek mengatakan bahawa perbuatan itu dilakukannya kerana menjadi seorang doktor adalah cita-citanya. Ujarnya, dia mempelajari bidang perubatan secara dalam talian.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamar sebagai seorang penjawat awam.
Pihak pendakwa masih menunggu laporan akhlak suspek pada ketika ini dan kes itu akan disebut semula di Mahkamah Majistret Kuching pada 17 Ogos ini.
Tidak dapat kita nafi hakikat bahawa COVID-19 telah membawa pelbagai masalah kepada kita semua, terutamanya daripada segi kewangan.
Situasi ini membawa kepada kempen kibar bendera putih dan atas sebab itu, banyak pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) bersama membantu golongan ini.
Kerajaan juga memahami keadaan ini dan memutuskan untuk memberikan bantuan sebanyak RM300 kepada keluarga yang terkesan menerusi program PRIHATIN Kasih.
Difahamkan bahawa jumlah itu diberikan untuk tempoh 3 bulan – sebulan RM100 bagi membolehkan golongan ini mendapatkan keperluan asas dan makanan.
Keluarga yang layak hanya perlu membawa kad pengenalan ke mana-mana pasaraya terpilih untuk mendapatkan wang terbabit.
Pasaraya yang terlibat dengan program ini adalah Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus’ Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.
Program ini akan disalurkan oleh pelbagai jabatan kerajaan untuk memilih keluarga yang layak dan tidak memerlukan orang ramai untuk membuat permohonan.
Jika layak, anda akan menerima pemberitahuan SMS dari MyKasih untuk mengesahkan identiti anda. Tarikh dan waktu taklimat juga akan diberikan di kedai runcit berdekatan untuk anda menebusnya.
Pembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan, selama 3 bulan.
Jika di Malaysia, kita pernah melihat bagaimana orang kampung zaman dahulu bergotong-royong mengangkat rumah kampung secara tradisional dan memindahkannya ke satu lokasi lain, maka di Amerika Syarikat juga terdapat golongan yang mengamalkan cara bergotong-royong seperti itu.
Banyak perkara boleh dipelajari ketika melakukan kerja berpasukan, dan selalu amat menyenangkan apabila melihat orang berusaha untuk mencapai tujuan bersama.
Sekiranya anda dan rakan sepasukan berkongsi satu tujuan bersama dan memasangkannya dengan disiplin, hasilnya amat berkesan dan anda menjadi semakin cekap dalam mencapai matlamat.
80 lelaki Amish dalam satu rakaman video telah berjaya memindahkan sebuah rumah menurut cara tradisional dengan hanya menggunakan tangan dan kudrat mereka.
Kadang kala, memindahkan rumah anda dari satu tempat ke satu tempat lain adalah cara berpindah yang paling praktikal. Biasa kita melihat mesin berat digunakan untuk memindahkan keseluruhan rumah dan cara itu lebih mudah.
Tetapi memindah rumah dengan hanya menggunakan tangan semestinya cukup hebat, bukan?
Memindahkan rumah bermaksud mengangkat seluruh rumah lama dari tapak atau lokasi asal dan meletak atau memindahkannya ke lokasi lain yang baru.
80 lelaki Amish membawa seluruh rumah, mengangkatnya dari satu tempat ke tempat lain, sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam gaya hidup mereka tetapi masyarakat moden kini jarang melihat.
Sedangkan jentera boleh melakukan pekerjaan itu, mengapa pula masyarakat Amish ini melakukannya menggunakan tulang empat kerat?
Bagi masyarakat Amish, dari Spartansburg, Pennsylvania di Amerika Syarikat, perkara ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia adalah cara hidup mereka yang telah menjadi kebiasaan.
Masyarakat Amish adalah sekumpulan penganut Kristian tradisional yang berkaitan dengan gereja Mennonite.
Masyarakat Amish terkenal dengan disiplin dan ketaatan mereka yang begitu tegas kepada Ordnung, atau perintah. Mereka juga terkenal dengan gaya hidup pilihan mereka yang menjauhi dunia moden.
Tuntutan atau peraturan golongan Amish adalah berbeza-berbeza dalam setiap komuniti, tetapi kebanyakan mereka tidak membenarkan penggunaan teknologi. Ini bermakna, dengan seboleh mungkin, masyarakat Amish perlu melakukan sesuatu mengikut cara lama seperti masyarakat zaman dahulu dengan tidak bergantung kepada teknologi seperti penggunaan apa sahaja jenis telefon, elektrik, televisyen, dan gajet berkomputer.
Masyarakat Amish percaya dengan mencintai dan berdamping dengan teknologi mungkin akan menyebabkan mereka mula hidup dalam kesombongan peribadi.
Rakaman video berdurasi kira-kira 6 minit ini memaparkan 80 lelaki mengangkat sebuah rumah ke tapak baru yang lain, dan banyak perkara boleh dihargai apabila melihatnya.
Bagaimana masyarakat Amish menghargai kerja berpasukan, dan ini menunjukkan betapa mereka menghargai nilai hidup dan kepentingan satu sama lain untuk sama-sama bekerjasama. Masing-masing memberikan yang terbaik untuk membantu memindahkan seluruh rumah itu.
Bermula saat 80 lelaki ini mengangkat sebuah rumah sehingga mereka berjaya memindahkannya secara perlahan-lahan ke lokasi baru tanpa menjejaskan strukturnya adalah sangat hebat.
Mereka juga menunggu arahan dan panduan ketua yang berada di luar, masing-masing sabar menunggu untuk bergerak sesuai dengan satu tujuan dan matlamat kerja berpasukan.
Rakaman video ini bukan sahaja menunjukkan kemampuan kumpulan orang ini untuk mengangkat keseluruhan rumah tetapi juga dedikasi dan disiplin mereka terhadap cara hidup dengan tegas.
Pilihan hidup untuk melakukan sesuatu dengan cara tradisional dan sudah menjadi kebiasaan tanpa pernah menghiraukan kemaraan teknologi yang semakin pesat, masyarakat Amish memelihara nilai dan ajaran agama, bahkan budaya mereka.
Tidak mahu terus membuang elemen kisah dongeng itu dalam hidupnya, Kunika memutuskan untuk ‘mencipta’ sendiri kisah dongeng itu menerusi biskut-biskutnya.
Tidak seperti rakan-rakannya yang melanjutkan pengajian ke menara gading, Kunika mengorak langkah untuk mencapai cita-citanya dengan memasuki Nippon Confectionary College.
Sebaik sahaja tamat belajar di sana, Kunika kemudian berhijrah ke Eropah dan menetap di sana selama dua tahun.
Pengalaman selama berada di sana membolehkannya memperluaskan idea, sekaligus turut menambah kreativitinya dalam menghasilkan dekorasi biskut yang unik.
Akhirnya dapat juga Kunika mencapai impiannya. Bakat dan kebolehannya dalam menghasilkan seni pada biskut bersaiz kecil memerlukan tahap penelitian yang tinggi.
Varian terbaru COVID-19 yang dikatakan lebih berbahaya membimbangkan para saintis sehingga mereka tidak dapat memberi jaminan sama ada vaksin yang sedia ada yang mampu digunakan untuk menghalang jangkitan.
Varian yang pertama kali dikesan di Peru sekitar Ogos 2020 dikatakan mempunyai mutasi yang ‘luar biasa’ yang membuatkannya tahan kepada vaksin.
Para penyelidik dari University of Chile di Santiago mengatakan dalam sebuah penelitian yang diterbitkan bahwa varian tersebut memiliki “potensi besar untuk menjadi varian yang perlu diberi perhatian.”
Varian Lambda, juga dikenal sebagai C.37, diyakini pertama kali muncul di Peru pada bulan Ogos tahun lalu, tetapi hanya menjadi ancaman global dalam beberapa minggu terakhir ini apabila Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) pada 17 Jun lalu telah ‘mengisytiharkan’ kemunculan varian ini di beberapa negara secara serentak.
Di Peru, varian Lambda kini menyumbang kepada 82 peratus jangkitan baru. Sementara itu, Chile, Argentina, Brazil, Colombia, Ecuador, dan Mexico, semuanya telah mengesahkan bahawa varian ini telah merebak secara berleluasa.
Ahli virologi WHO, Jairo Mendez-Rico, memberitahu DW bahawa walaupun varian ini menunjukkan kadar jangkitan yang lebih tinggi, tidak ada petunjuk bahawa varian ini lebih agresif.
Mendez-Rico memberitahu bahawa lebih banyak data diperlukan untuk membandingkan varian yang baru ditemui dengan varian lain yang ada seperti gamma (P.1) dan delta (B.1.617.2), yang telah dikategorikan oleh WHO sebagai varian yang perlu diberi perhatian.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, setakat ini tidak ada kes varian Lambda yang direkodkan di Amerika Syarikat.
Memandangkan varian ini telah tersebar dengan cepat di Peru, Ekuador, Chile, dan Argentina, WHO percaya bahawa varian Lambda memiliki potensi besar untuk menjadi varian yang perlu diberi perhatian.
WHO juga mengatakan bahawa kajian lebih lanjut diperlukan untuk “mengesahkan keberkesanan vaksin yang berterusan” ke atas varian Lambda.
Pakar menjelaskan bahawa kanak-kanak yang membesar bersama-sama haiwan peliharaan lazimnya lebih sensitif, peka dan mengambil berat terhadap orang lain.
Membesar bersama haiwan buat mereka agak menarik dan menggembirakan, malah mereka turut membina ikatan bermakna bersama haiwan kesayangan.
Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang budak lelaki 6 tahun yang terpaksa berhadapan dengan detik duka dalam hidupnya.
Budak tersebut perlu menyaksikan ayam belaannya dibawa lori untuk dijadikan sumber makanan buat manusia.
Ia bukanlah satu situasi yang mudah buat kanak-kanak sekecil itu, di mana dia yang berasa dari Sikkim, India terpaksa berpisah dengan ayam belaan kesayangannya.
Dia diberitahu bahawa ayamnya itu akan dipulangkan semula kepadanya. Namun sebaik sahaja dia diberitahu ayamnya itu akan menjadi makanan, dia tersentak.
Kemudian budak terbabit terduduk lalu menangis kesedihan mengenangkan nasib ayam kesayangannya. “Saya mahu ayam saya kembali”, katanya.
Budak lelaki itu juga berasa sedih melihat keadaan ayamnya yang bersesak-sesak di atas lori. “Saya tidak gembira sekarang. Ayam, bye-bye..”, kata budak penyayang itu. Kasihannya!
Dia kemudian bertanya kepada ayamnya, “Apa terjadi pada kamu?”, memandangkan ada ayam yang mengeluarkan lidahnya. Setelah itu, dia meminta agar ayamnya tidak lagi menjelirkan lidah.
Betapa murninya hati seorang kanak-kanak yang dipenuhi dengan kasih sayang walaupun hanya terhadap haiwan. Ia ternyata membuka mata kita semua.
Walaupun masih setahun jagung, dia memiliki kasih sayang yang sungguh ikhlas terhadap ayamnya. Semoga dia terus membesar menjadi insan yang empati dan penyayang hendaknya.
Khidmat pesanan makanan kini boleh dikatakan satu kemestian, apatah lagi sewaktu pandemik masih belum reda.
Jika anda sering memesan makanan menggunakan aplikasi tertentu, anda perasan akan satu ruangan untuk pelanggan meninggalkan nota (pesanan) kepada restoran.
Misalnya, jika anda membeli ayam goreng, anda boleh meninggalkan pesan agar diberi bahagian ayam tertentu, yang menjadi kegemaran anda.
Itulah yang berlaku baru-baru ini, di mana seorang pengguna Facebook, Darryl Ezreen berkongsi ‘bukti’ bahawa dia benar-benar memanfaatkan ruangan itu sepenuhnya!
Memang lain daripada yang lain bukan? Yang penting, ayat kenalah bunga-bunga..
“Sekiranya KFC mempunyai jutaan peminat, saya adalah salah seorang dari mereka. Jika KFC mempunyai sepuluh peminat, saya adalah salah seorang daripada mereka”.
“Jika KFC hanya mempunyai satu peminat dan itu adalah saya. Jika KFC tidak lagi mempunyai peminat, itu bermakna saya tidak lagi berada di bumi”.
“Jika dunia menentang KFC, saya menentang dunia. Saya suka KFC sehingga nafas terakhir saya. Tolong kasi saya bahagian ‘thigh’ please”.
Ia turut meraih perhatian warga Facebook untuk meninggalkan komen-komen :
Berinspirasi daripada inisiatif #BenderaPutih, sekumpulan pelajar telah membina satu aplikasi yang membolehkan golongan yang memerlukan mendapatkan bantuan dengan lebih pantas atau segera.
Kemudahan aplikasi dikenali Sambal SOS, akan membolehkan pengguna memuat naik gambar isi rumah yang memasang bendera putih di luar kediaman mereka, dan lokasinya akan dikenali pasti dalam peta.
Sebagai ganti, ini akan membolehkan pengguna lain yang berminat untuk membantu menghantar bantuan makanan kepada individu atau keluarga yang memerlukan.
Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mencari ‘Food Bank’ berdekatan di dalam peta supaya pengguna itu atau orang ramai yang memerlukan tahu di mana mereka boleh mendapatkan makanan sekiranya tidak mampu membeli keperluan makanan.
Aplikasi berasaskan web ini mulanya dikenali ‘Aplikasi Bendera Putih’ tetapi kemudian diberi nama baru ‘Sambal SOS’ pada 5 Julai.
Pasukan tiga pelajar pengekodan ini berkata mereka mendapat motivasi untuk membangunkan aplikasi yang mewujudkan platform berpusat di mana pengguna dapat menyedia dan memohon bantuan dengan lebih mudah, sekali gus akan membantu mereka yang sedang berada dalam kesusahan.
Kumpulan pelajar ini terdiri daripada remaja dikenali Sidharrth, Shaun, dan Cornelius, yang berusia antara 18 dan 21 tahun.
“Pada masa ini, data untuk individu memerlukan bantuan akan dilaporkan melalui talian WhatsApp dan telefon, lebih banyak dalam sumber yang berbeza. Jadi, kami cuba mengusahakan untuk mengumpul data ke satu tempat di mana pengguna boleh merujuk. Aplikasi ini seperti lebih memusatkan ia,” jelas mereka kepada media.
Mereka berkongsi yang aplikasi tersebut dibina dalam masa tiga hari secara terburu-buru. Oleh itu, pasukan ini sedang berusaha memperbaiki sebarang pepijat, sebelum menambah baik lebih banyak ciri dan menerima sukarelawan untuk bersama-sama membangunkan projek ini.
Semasa memuat naik gambar isi rumah yang mengibarkan bendera putih di luar kediaman mereka, pasukan ini meminta pengguna untuk mengambil gambar tersebut tanpa mendedahkan wajah anggota keluarga, plat nombor kenderaan, atau maklumat yang mengganggu privasi mereka.
Pasukan ini berkata mereka akan memeriksa dan menapis semua gambar yang dihantar sebelum menghantar maklumat di peta sumber untuk rujukan awam.
“Ini untuk mencegah ‘spam’ dalam peta, melindungi privasi mereka, dan hanya memaparkan individu-individu sebenar yang benar-benar memerlukan bantuan,” kata mereka.
Kini terdapat lebih 20 ‘Food Bank’ di dalam Aplikasi Sambal SOS lengkap dengan nama, alamat, dan laman web.
Ini termasuk The Lost Food Project, Yayasan Food Bank Malaysia, Kechara Soup Kitchen, dan lain-lain.
Mereka berkata pasukan itu akan mengumpulkan lebih banyak lokasi bank makanan untuk di masukkan ke dalam peta aplikasi itu kelak.
Ikon siren merah dalam peta di aplikasi itu menunjukkan isi rumah memerlukan bantuan makanan. Jumlah ikon siren dalam peta dijangka bertambah sebaik sahaja aplikasi ini menerima lebih ramai pengguna.
Aplikasi Sambal SOS adalah aplikasi web progresif (PWA) – perisian aplikasi yang disampaikan melalui web yang dibina dengan menggunakan teknologi web biasa termasuk HTML, CSS dan JavaScript.
Namun, aplikasi ini juga boleh digunakan menerusi aplikasi di telefon pintar seperti aplikasi biasa, sama ada pengguna iOS atau Android.
Media sosial digemparkan oleh rakaman video tular memaparkan fenomena letusan api dengan apa digelar beberapa warganet sebagai ‘mata api’ atau ‘cincin api’ yang berlaku di tengah perairan Teluk Mexico.
Pemandangan yang diperkatakan mereka sebagai gabungan sesuatu yang menakutkan tetapi ajaib.
Yang pada mulanya, mereka berpendapat dan membuat spekulasi mungkin pintu neraka akhirnya terbuka atau di sinilah kaijus akan menyeberang ke alam semesta seperti dalam filem Pacific Rim.
Spekulasi ‘mata api’ itu akhirnya terlerai selepas syarikat minyak milik kerajaan Mexico, Pemex dengan pantas menjelaskan semua khabar angin dalam satu kenyataan rasmi bahawa insiden satu kebakaran besar telah berlaku di perairan Teluk Mexico berdekatan Semenanjung Yucata yang disebabkan oleh kebocoran paip gas bawah laut.
Kebakaran bawah laut akibat saluran paip gas yang pecah itu telah menyebabkan api merebak ke permukaan laut.
NY Post melaporkan masa selama lebih lima jam telah diambil bagi memadamkan kebakaran dengan sepenuhnya yang bermula kira-kira jam 5.15 pagi waktu tempatan, yang mencetuskan api pada jarak 150 meter dari pelantar minyak.
Sumber memaklumkan api bermula dari saluran paip bawah laut yang menghubungkan kepada pelantar minyak luar pesisir utama Pemex, Ku Maloob Zaap yang terletak di selatan Teluk Mexico.
Para pekerja terpaksa menggunakan nitrogen yang dibawa oleh beberapa bot pemadam api untuk memadamkan kebakaran itu yang kelihatan seperti lava gunung berapi bawah laut yang menggelegak ke permukaaan lautan seperti dalam rakaman video yang tular.
Saluran paip gas yang bocor ini dihubungkan dengan sistem pembangunan minyak terpenting untuk Mexico yang menghasilkan 726,000 tong minyak sehari.
Ketua pengatur keselamatan minyak Mexico, Angel Carrizales dalam kenyataan di Twitter berkata insiden itu tidak menyebabkan apa-apa tumpahan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Ia juga tidak memberi kesan kepada kerja-kerja di lapangan, dan siasatan dalaman sedang dijalankan.
The ocean is on fire in the Gulf of Mexico after a pipeline ruptured. Good system.
Sebelum ini kecoh mengenai kenduri durian yang diadakan di sebuah kebun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh berlangsung melibatkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon pada mulanya berkata bahawa video yang tular itu adalah video yang dirakamkan pada tahun lalu.
Beliau kemudiannya mengakui bahawa dirinya terlibat dan menghadiri kenduri durian terbabit pada 27 Jun lepas di sebuah kebun di Batu Pahat, Johor.
Berdasarkan video terbabit, Mohd Harun dilihat memakan durian beramai-ramai bersama rombongan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraidah Kamaruddin.
Difahamkan bahawa pihak polis juga telah memanggil beliau bersama 14 individu lain untuk memberi keterangan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, Mohd Rashid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada 1 Julai lalu.
“Pihak polis sudah selesai merakam keterangan kesemua mereka dan akan melengkapkan siasatan serta merujuk kes berkenaan kepada Pejabat Pendakwa Raya”, ujarnya.
Tambah Ismail, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Jelas Mohd Rashid, video itu dirakam ketika lawatannya ke kebun durian diusahakan penduduk setempat yang terkesan dengan pelaksanaan PKP.
Beliau kemudiannya memohon maaf atas tindakan berkenaan.