33.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaGlobalSingapura umum penerima vaksin COVID-19 buatan China tidak diiktiraf sebagai telah divaksinasi

Singapura umum penerima vaksin COVID-19 buatan China tidak diiktiraf sebagai telah divaksinasi

Agensi kesihatan Singapura mengumumkan individu yang menerima vaksin COVID-19 buatan China tidak akan dikira sebagai telah divaksin.

“Angka vaksinasi negara hanya mengambil kira individu yang telah divaksin di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan. Buat masa ini, ia hanya termasuk pemberian vaksin Moderna COVID-19 dan Pfizer-BioNTech / Comirnaty,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura pada 6 Julai.

COVID-19 adalah penyakit yang menjadi pandemik dunia yang disebabkan oleh virus PKC (Parti Komunis China), atau dikenali sebagai coronavirus.

Petugas kesihatan Thailand memberi vaksin CoronaVac keluaran Sinovac dari China di Bangkok pada 7 April, 2021. (Gambar oleh MLADEN ANTONOV/AFP/Getty Images)

Pegawai kesihatan negara itu berkata data keberkesanan yang tidak mencukupi untuk vaksin Sinovac COVID-19, iaitu terhadap strain Delta. Varian ini telah mencetuskan peningkatan kes COVID-19 yang paling banyak berlaku di negara ini.

“Kami tidak benar-benar memiliki asas saintifik atau perubatan, atau memiliki data terkini untuk menentukan betapa berkesannya Sinovac berkaitan perihal jangkitan dan penyakit parah ke atas varian Delta,” kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung kepada media pada 7 Julai.

Singapura mula membenarkan klinik kesihatan swasta untuk mentadbir urus pemberian vaksin CoronaVac keluaran Sinovac bermula pertengahan Jun setelah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberikan kelulusan kecemasan untuk penggunaannya mulai 1 Julai. Pada 3 Julai, kira-kira 17,000 individu telah menerima suntikan dos pertama.

Pengarah perkhidmatan perubatan Singapura, Kenneth Mak berkata bukti dari negara lain menunjukkan individu yang telah mengambil CoronaVac masih berisiko tinggi dan boleh dijangkiti.

Dan Singapura juga berkata individu yang menerima vaksin CoronaVac masih perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum menghadiri acara tertentu atau memasuki beberapa tempat, tidak seperti individu yang telah diberi vaksin di bawah program vaksinasi kebangsaan.

Pihak berkuasa negara itu berkata individu yang menerima suntikan Sinovac di luar negara akan layak mendapat inokulasi penuh dengan vaksin Pfizer atau Moderna di Singapura. Kenneth Mak memberitahu wartawan pada 7 Julai lalu bahawa kerajaan Singapura tidak dapat memberi jaminan keselamatan campuran dua vaksin.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

“Kami tidak menghentikan mereka walaupun terdapat kekurangan data memberangsangkan dalam mempertimbangkan keberkesanan strategi ini untuk menggunakan dua vaksin yang berbeza – kami menggelarnya strategi vaksinasi yang heterologi,” kata Kenneth Mak.

“Jika antara mereka yang layak menerima vaksinasi dari program vaksinasi kebangsaan, kami akan membenarkan mereka untuk mendaftar tetapi kami akan memberitahu mereka mengenai fakta bahawa bukti tidak tersedia berkenaan betapa baik maklum balasnya jika mereka menerima vaksin yang lain selain disyor sebelum ini,” jelas Kenneth Mak.

Pada bulan April, ketua Pusat Kawalan Penyakit China (CDC), Gao Fu, mengakui beberapa produk vaksin buatan China “tidak mempunyai kadar perlindungan yang sangat tinggi” tetapi kemudian membuat kenyataan yang komennya adalah ‘salah faham’. Gao Fu berkata yang beliau memberi komen berkenaan dalam konteks bahawa firma China perlu mengejar teknologi mRNA. Kenyataan itu dibuat ketika laporan mendapati bahawa CoronaVac hanya memiliki kadar keberkesanan sebanyak 50.38 peratus dalam pencegahan virus PKC (COVID-19).

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI